Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, November 2, 2012

Kerajaan enggan kaji semula duti eksais kereta import dan kenderaan keluaran tempatan

Turunkan Harga Kereta banner Kerajaan enggan kaji semula duti eksais kereta import dan kenderaan keluaran tempatan
Nampaknya impian rakyat Malaysia untuk memiliki kereta berjenama import mahu pun kenderaan keluaran tempatan pada harga lebih rendah tidak menjadi kenyataan.

Menurut laporan daripada Bernama, pihak kerajaan dikatakan tidak bercadang untuk mengkaji semula duti eksais bagi kereta import dan kenderaan keluaran tempatan buat masa ini.

Ini bagi mengelakkan kesan yang signifikan terhadap kutipan cukai yang berjumlah kira-kira RM7 bilion setahun, sekaligus bakal memberikan kesan kurang baik terhadap pembangunan keseluruhan industri automotif tempatan.

Pihak kerajaan ketika ini sedang menyemak semula Dasar Automotif Negara (NAP) 2012 ekoran tekanan daripada pihak Pakatan Rakyat (PR) yang berjanji untuk mengurangkan harga kereta jika menang pilihan raya umum akan datang.

Sumber : Bernama Auto 

0 comments: