Sumber Arenakereta
Selepas pengumuman mengenai Nissan
ALMERA pada awal Ogos lalu, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari
ini secara rasminya melancarkan model tersebut, sebuah sedan segmen B
yang amat ditunggu-tunggu ke pasaran tempatan di One World Hotel,
Petaling Jaya. Nissan ALMERA dijangka meneruskan rekod cemerlang dan
tradisinya dalam segmen yang cukup kompetitif di Malaysia.
Sudah dibuka untuk tempahan, Nissan ALMERA serba baharu benar-benar menepati janjinya dengan ‘Surprisingly More’.
Biarpun menampilkan ciri-ciri teknologi terkini dan keluasan ruang
dalaman yang biasanya ditemui pada kenderaan lebih premium, Nissan
ALMERA ditawarkan pada harga cukup kompetitif iaitu bermula dari RM66,800.00. Ini selari dengan komitmen Tan Chong untuk menawarkan kenderaan mampu milik kepada lebih ramai rakyat Malaysia.
Harga di atas jalan (termasuk insurans,
cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan) bagi
Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:
Gred |
Varian
|
Harga (RM)
|
E |
1.5 M/T
|
66,800.00
|
1.5 A/T
|
69,800.00
|
|
V |
1.5 A/T
|
76,800.00
|
VL |
1.5 A/T
|
79,800.00
|
Nissan ALMERA dibezakan melalui spesifikasi standard untuk Gred E, well equipped
untuk Gred V dan Gred VL yang hadir dengan spesifikasi penuh. Untuk
lebih peribadi, pelanggan boleh memilih pelbagai pilihan aksesori
eksklusif ALMERA. Aksesori-aksesori premium termasuklah konsol navigasi
multimedia (dilengkapi dengan kamera pandang belakang, pemain DVD,
sambungan iPod, USB dan keupayaan Bluetooth), ‘LED kicking plate’ dan
kerusi saduran kulit yang mewah.
Nissan ALMERA turut hadir bersama
penampilan lebih dinamik, signifikan dan tanda individu menerusi alat
ganti sports IMPUL Motor Racing Development. Ia menampilkan
komponen-komponen eksklusif yang telah direka khas untuk memenuhi
keadaan jalan raya di Malaysia. Pakej Talaan IMPUL disediakan untuk
semua gred ALMERA cuma dengan kos tambahan sebanyak RM9,500.00.
Nissan ALMERA yang serba baharu itu didatangkan sekali dengan tempoh
jaminan 3 tahun atau jarak perbatuan 100,000 km (yang mana tiba terlebih
dahulu).
Bagi menjadikan jentera itu lebih
personal, para pelanggan boleh memilih Aksesori Pilihan ALMERA yang
ditawarkan untuk varian Nissan ALMERA Talaan IMPUL dan Nissan Almera
standard.
Timbalan Pengerusi Eksekutif dan
Pengarah Urusan Tan Chong Motor Holdings Berhad, Dato’ Tan Heng Chew
dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa pelancaran Nissan ALMERA
merupakan peristiwa penting bagi syarikat itu kerana ia menandakan
kemasukan Tan Chong Motor dalam sedan segmen B. Tan Chong telah membina
warisan dan nama yang kukuh buat semua rakyat Malaysia sejak tahun 1957
sebagai sebuah pengedar kereta yang amat dikenali untuk menawarkan
sedan-sedan kompak pada harga yang berpatutan.
“Tan Chong sememangnya telah menjadi
sebagian daripada pembinaan bangsa Malaysia sejak Merdeka lagi. Dari
generasi Sunny, kemudian zaman Sentra dan kini kami meneruskan warisan
ini melalui sebuah sedan segmen B yang baharu. ALMERA terbaharu ini
membuktikan komitmen berterusan kami dalam menawarkan pemilikan
kenderaan yang lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia dari pelbagai
latar belakang,” jelas Dato’ Tan.
Nissan ALMERA ditawarkan dalam tiga gred
berbeza iaitu E, V & VL serta versi lebih sporty, Nissan ALMERA
Talaan IMPUL. Nissan ALMERA dibina di atas platform versatil “V” global
baharu yang menggunakan kerangka ringan dan tegar. Kereta itu dikuasakan
oleh enjin HR15DE terbaharu Nissan bersesaran 1.5 liter yang
menampilkan sistem Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC)
dengan kecekapan bahan api yang cemerlang iaitu 14.9km/l untuk transmisi
automatik dan 15.9km/l untuk transmisi manual (kitaran gabungan
berdasarkan ujian Nissan) serta pemanduan yang mantap.
Nissan ALMERA dilengkapi dengan
ciri-ciri keselamatan seperti front airbags, anti-lock braking system
(ABS), electronic brake distribution (EBD), brake assist dan ISOFIX
Child Seat System, bergantung pada gred masing-masing. Semua gred Nissan
ALMERA ditawarkan dalam pilihan warna emas (Bronze Gold), hitam
(Sapphire Black), kelabu (Twilight Grey), perak (Tungsten Silver) dan
putih (Brilliant White).
Nissan ALMERA telah menerima pelbagai
kejayaan sejak dilancarkan pada tahun 2010, terutamanya di Amerika
Syarikat, Thailand dan China. Sedan itu telah terjual lebih 500,000 unit
di seluruh dunia. Tan Chong yakin bahawa Sedan Global Terlaris Nissan
itu mampu memberi impak dalam pasaran Malaysia. Pengarah Eksekutif ETCM,
Dato’ Dr Ang Bon Beng berkata, sebagai tambahan kepada warisan hebat
dan reputasi Nissan dalam aspek kualiti produk serta perkhidmatan yang
tiada bandingan, para pelanggan pasti akan tertarik dengan harga Nissan
ALMERA, di samping ciri-ciri yang ternyata lebih banyak (Surprisingly
More).
“Para pelanggan pasti akan terkejut dan
gembira dengan reka bentuk mewah, ciri-ciri dan keselesaan yang
memberikan lebih gaya, teknologi serta ruang. Nissan ALMERA bukan
sekadar direka bentuk dengan penuh gaya, malah apa yang membezakannya
dengan pesaing lain adalah ciri-ciri premium yang dimilikinya. Sebagai
contoh, ruang kaki dan but yang terbaik dalam kelasnya serta pelbagai
teknologi premium,” jelas Dato’ Dr Ang.
Beliau turut menjelaskan bahawa selain
daripada harga Nissan ALMERA yang menarik, unsur-unsur lain seperti
penggunaan bahan api yang ekonomi, selang servis pada setiap 10,000 km
dan kos alat ganti yang berpatutan adalah pendorong utama menjadikan
jumlah kos pemilikan ALMERA menjadi amat memberangsangkan.
Dinobatkan oleh Interbrand’s Best 100
Global Brands sebagai jenama automotif paling pantas berkembang pada
tahun 2012 baru-baru ini, Nissan telah mengembangkan nilai jenamanya
sebanyak 30 peratus, jauh daripada purata industri automotif iaitu 11
peratus. Presiden Nissan Motor Asia Pacific Co. Ltd., Takayuki Kimura
menyifatkan kejayaan Nissan adalah hasil daripada komitmen
rakan-rakannya seperti Tan Chong.
“Tan Chong ialah rakan yang amat penting
dan bernilai untuk perniagaan kami. Ia juga merupakan tulang belakang
kepada pertumbuhan Nissan di rantau ini. Kami berbesar hati terhadap
usaha berterusan mereka untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan
memberi kepuasan kepada pelanggan.
Pada tahun ini, terima kasih kepada
komitmen mereka untuk menawarkan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang,
Nissan telah berjaya menduduki tempat No. 1 dalam Kaji Selidik Indeks
Kepuasan Jualan J.D. Power Asia Pacific 2012 Malaysia. Kami percaya
bahawa Nissan ALMERA akan menandakan satu lagi detik pencapaian hebat
dalam kerjasama rapat di antara Nissan dan Tan Chong selama 55 tahun,”
ulas Kimura.
0 comments:
Post a Comment