Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, November 18, 2012

Tiada masalah Hadi jadi PM, boleh bincang - Anwar

ceramah selamatkan malaysia pas shah alam 090111 anwar ibrahim dan hadi awangKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tiada masalah sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri seperti yang disyorkan oleh seorang perwakilan Dewan Ulama di Muktamar PAS ke-58.

"Tiada masalah... tiada masalah. Tak ada apa. Kita boleh bincang dengan baik," kata Anwar ringkas ketika ditanya pemberita selepas merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Selangor (Unisel) Shah Alam hari ini.

ceramah selamatkan malaysia pas shah alam 090111 anwar ibrahim dan hadi awangSemalam, perwakilan Dewan Ulama PAS Pusat, Hairun Nizam Mat Hussain menegaskan Abdul Hadi merupakan calon terbaik untuk menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, pada sidang medianya, Abdul Hadi berkata seorang pemimpin diajar dalam Islam bahawa tidak boleh minta untuk menjadi pemimpin.

"Kita anggap (jawatan itu) satu amanah berat dan besar. (Ia) satu tanggungjawab. Apa yang penting kita ambil alih Putrajaya dulu.

"Siapa jadi PM, diterima oleh rakyat. Yang menyatukan rakyat. Tegakkan keadilan untuk rakyat, kita terima... Saya sanggup jadi nelayan balik," kata Hadi.
Bagaimanapun, menurut Sinar Harian, pada Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Jumaat lalu, Penasihat DAP Lim Kit Siang mengumumkan dan melantik Anwar menjadi perdana menteri kerana, katanya, beliau merupakan calon yang paling layak.

Lim berkata, pendirian itu dibuat untuk menyelamatkan negara daripada amalan rasuah yang semakin berleluasa.

0 comments: