Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, November 12, 2012

Pakej Salam 1Felda dari Perodua

Salam 1Felda Pakej Salam 1Felda dari Perodua
Memang bertuah para peneroka Felda di negara kita. Selain mendapat pegangan saham syarikat Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVHB), para peneroka kini boleh membeli kenderaan keluaran Perodua dengan pelbagai tawaran menarik.

Menurut laporan Bernama, pakej ‘Salam 1Felda’ menawarkan rebat minimum RM1,000.00, baucar servis 50 peratus bagi tempoh 2 tahun dan insuran kemalangan peribadi bernilai RM20,000.00 (bergantung kepada terma dan syarat).

Antara syarat-syarat bagi mendapatkan skim promosi itu ialah seseorang peneroka perlu menunjukkan kad pengenalan, slip pembayaran Felda dan surat pengesahan. Skim tersebut turut diperluaskan kepada pasangan peneroka, termasuk adik-beradik, anak dan anak angkat.

Jadi tunggu apa lagi, ini peluang terbaik kepada semua peneroka Felda untuk memiliki model terbaharu Perodua melalui promosi menarik ‘Salam 1Felda’ yang baru saja diperkenalkan.
Sumber : Bernama

0 comments: