Apa yang kami perhatikan sekarang ini, yang mana UMNO memang benar-benar mahu kekal berkuasa
dan berharap diberikan mandat lagi satu penggal lagi selepas
Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Malangnya…situasi politik di Malaysia
tidak seperti dahulu…..Tidak semudah di era zaman Tun Mahathir Mohamad
dahulu…..
Selalunya apa yang kami perhatikan
apabila sesebuah parti politik mahu mengadakan Perhimpunan parti, apa
yang perlu dilakukan adalah :
- mengukuhkan parti
- merencanakan strategi kerja-kerja dalam parti
- perpaduan dalam parti
- perancangan masa depan parti
- membetulkan segala kelemahan dan kesilapan yang pernah berlaku
Kalau pun teringin benar nak menyentuh rumahtangga parti lain pun hanya sekadar secara spontan atau hanya sepintas lalu sahaja.
Janganlah daripada hari pertama sehingga hari terakhir, balik-balik diulang-ulang parti pembangkang, pemimpin seperti Anwar, Anwar dan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Hadi Awang dan Nik Aziz
yang menjadi siulan perwakilan pemimpin tertinggi UMNO. Jikalau begitu
caranya, bila masanya UMNO nak memantapkan jentera parti sebelum
menjelangnya Pilihanraya UMUM ke 13 kelak? Bila masa? Bukankah anda (UMNO) kata mahu berubah & mahu menang?
Yang rakyat mahu mendengar adalah :
Bagaimana dalam persidangan kali ini membincangkan ke arah menyusun strategi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13, naikkan moral dan motivasi ahli. Rakyat nak tengok dan lihat apa pencapaian setakat ini, serta apa yang UMNo boleh tawarkan kepada rakyat
Kami suka mendengar dan mengulang semula
kata-kata dan pendapat Datuk Saifuddin Abdullah semasa Perhimpunan
Agong UMNO 2012 bari-baru ini yang bagi kami pemimpin seperti inilah
yang sepatutnya diletakkan di kepimpinan tertinggi dalam UMNO.
Ideanya, keberaniannya berdepan dengan rakyat dan pemimpin politik
pembangkang, kurang mengampu dan tidak hanya angguk-angguk geleng-geleng
sahaja walaupun ayatnya kadangkala pahit untuk ditelan oleh
rakan-rakan dalam partinya sendirinya. Apa kata beliau yang ingin kami
kongsikan bersama Pembaca Berita semasa di sini….
Kata Datuk Saifuddin Abdullah :
- Rakyat sudah letih dengan politik serang-menyerang
- Tetapi hakikatnya rakyat hari ini, lebih suka kepada politik terang-menerang
- Maksudnya di sin, apa yang UMNO mampu tawarkan kepada golongan pertengahan amnya dan rakyat Malaysia umumnya. Tawaran ini mestilah tawaran baru.
- Tawaran baru ini diumpamakan “produk sendiri”
- Produk sendiri ini lebih mudah kita jaga kualitinya dan boleh diperbaiki daripada masa ke semasa berbanding mengawal produk orang lain (produk parti pembangkang)
- menyerang ini boleh, tetapi haruslah berhemah. Terlau banyak menyerang boleh “overkill”
Tidak dinafikan Datuk Saifuddin Abdullah
akan tetap mempertahankan UMNO, seperti pemimpin PKR, DAP mahupun
mempertahankan parti masing-masing. Itu, biasalah politik. Tetapi
bezanya beliau kerapkali dilihat memberikan kenyataan menongkah arus
dengan harapan mahu melihat UMNO terus berubah dan relevan.
Berbeza dengan 2 pemimpin di bawah ini :
- (i) Pertama kenyataan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia : Datuk Seri Reezal Merican
Sumber : The Malaysia Insider
(i) Pertama kenyataan Ketua wanita UMNO : Datuk Seri Shahrizat Jali
Sumber : Malaysiakini BM
Apabila meneliti kenyataan kedua-dua
mereka ini, kami sarankan ahli UMNO carilah pemimpin yang lebih sesuai
dan layak untuk bersama-sama memimpin UMNO di masa akan datang…Apa kata
anda pula?-Beritasemasa
0 comments:
Post a Comment