Rakyat
Malaysia akan berhadapan dengan risiko taraf kehidupan yang rendah
semasa persaraan jika terlalu bergantung kepada (KWSP), kata ketua
eksekutif Pentadbir Pencen Swasta, Datuk Steve Ong.
Ong berkata tahap perpindahan pendapatan semasa rakyat Malaysia untuk
persaraan adalah hanya pada 30 peratus manakala purata bagi negara OECD
adalah 57 peratus.
Beliau berkata seorang rakyat Malaysia memerlukan kira-kira 30-35
peratus daripada gaji bulanan untuk menyumbang dalam dana pencen
sekiranya mahu meningkatkan mencapai kadar pendapatan perpindahan dua
pertiga.
Ong berkata bahawa mereka yang sedang menyumbang kepada KWSP sudah berada pada kira-kira 23 peratus.
“Jika anda menyumbang tambahan 10 peratus lagi, terdapat kebarangkalian
tinggi anda mencapai perpindahan dua pertiga pendapatan bagi persaraan
anda,” kata beliau pada Sidang Kemuncak Pasaran Modal Malaysia hari ini.
Ong berkata mereka yang tidak merancang persaraan berisiko untuk bekerja
lagi atau terpaksa mengurangkan taraf hidup mereka semasa persaraan.
Beliau juga menambah industri dana pencen swasta berpotensi mempeoleh
pertambahan dana kepada RM1 trilion ke dalam pasaran modal Malaysia
memandangkan terdapat sejumlah 13 juta rakyat dewasa Malaysia yang
menyumbang sebanyak RM3,000 dalam dana pencen swasta setiap tahun untuk
tempoh 25 tahun.
“Fikirkan apa RM1 trilion boleh lakukan untuk pasaran modal,” katanya.
Ong berkata bahawa industri dana pencen swasta Australia kini adalah
yang keempat terbesar di dunia dengan bernilai aset AS$1.5 trilion
(RM4.5 trilion) di bawah pengurusan walaupun populasi mereka kecil.
Malaysia kini mempunyai lapan dana pencen swasta yang diluluskan oleh kerajaan.
Rakyat Malaysia yang menyumbang kepada dana pencen swasta juga diberi RM3,000 elaun ditolak cukai.
Friday, November 2, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment