Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, March 28, 2013

Gambar Jelajah Treler Negara Berkebajikan di Dun Sg Rapat

28.3.2013 (IPOH) - Jelajah Treler Negara Berkebajikan PAS di Negeri Perak dijadualkan untuk membuat roadshownya di Station18 dalam Dun Sg Rapat jam 12 tengahari.

Tetapi agak malang sekali apabila treler tersebut telah disekat dan ditahan oleh pihak polis dan JPJ di laluannya ke lokasi yang telah ditetapkan. Laporan mengenai penahanan tersebut boleh dirujuk di dalam entri sebelum ini.

Oleh kerana treler tersebut ditahan, jadual asal jam 12 tengahari telah dilengahkan hampir sejam. Oleh yang demikian, pihak penganjur telah membuat perubahan dengan menukar lokasi daripada Station18 kepada tapak pasar malam Kg Pengkalan Pegoh. Kesemua yang telah lama menunggu di Station18 diminta untuk beralih ke lokasi yang baru.

Perancangan mereka untuk menggagalkan jelajah ini telah digantikan oleh Allah Taala dengan kelebihan dan kebaikan apabila lokasi ditukar. Lebih ramai yang turut serta di dalam jelajah ini kerana kawasan tersebut merupakan laluan utama dan sibuk sepanjang hari.

Mari kita lihat sekitar program tengahari tadi:


Inilah Treler Negara Berkebajikan PAS yang digunakan untuk pimpinan bertemu dengan rakyat di seluruh pelusuk negara
Treler yang boleh berubah menjadi sebuah pentas besar
Ustaz Radzi Zainon memberikan sedikit ucapan di atas pentas treler


Ustaz Radzi memberikan penerangan mengenai beberapa tawaran Pakatan Rakyat 
Ada yang menonton melalui dewan orang ramai
Ada yang datang ke hadapan treler
Pelakon Man Kadir atau lebih dikenali dengan nama Pak Jabit turut berucap
Celoteh pelakon 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' ini berjaya mencuit hati penonton

Muslimat Pas Gopeng mengambil peluang bergambar di atas treler
Geng Taman Song Choon bergambar bersama Ustaz Radzi dan YDP Gopeng, Haji Rahim
Haji Asmuni berbincang mengenai penahanan polis tadi dengan krew treler
Bergambar kenangan dengan 'Optimus Prime' Treler Negara Berkebajikan PAS
Walaupun hanya sebuah treler tetapi gelak sakan tiga pimpinan Pakatan Rakyat itu telah mengganggu tidur dan mimpi pimpinan Umno Perak

Baca Seterusnya......

30 polis dan JPJ tahan treler PAS

Sumber Harakahdaily

(Polis dan JPJ menahan treler PAS)

IPOH: Lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS dekat sini sebaik saja keluar dari lebuhraya.

Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.

Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut selepas melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan.

Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.

Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.

Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.

Program yang pada awalnya dilakukan di Seksyen 18 terpaksa diubah ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.

Pemindahan lokasi terpaksa diubah apabila pihak penganjur mengatakan terdapat ramai anggota FRU dan polis berada di kawasan berkenaan.



Baca Seterusnya......

DUN Negeri Sembilan terbubar, lembaran baru sejarah

PRU13
Sistem pentadbiran dan pilihan raya negara ini menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri hari ini.

Mandat semasa kerajaan Negeri Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari.

Ini kali pertama Dun sebuah kerajaan negeri terbubar dengan sendiri - berbeza dengan apa yang disaksikan sepanjang 12 pilihan raya umum yang lalu.

Dun terbubar dengan sendiri di sebalik spekulasi berterusan Parlimen akan dibubarkan.

Ketika ditemui wartawan di Seremban semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Adun negeri itu perlu terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing walaupun tidak lagi bergelar 'Yang Berhormat' selepas pembubaran Dun secara automatik.

Kata beliau, biarpun mandat rakyat selepas dipilih pada Pilihan Raya Umum 2008 tamat, mereka masih boleh menabur bakti sebagai anggota atau pemimpin dalam parti politik masing-masing.

Beliau yang juga Adun Rantau berkata, semua Adun terutama daripada Barisan Nasional (BN) perlu memainkan peranan itu bagi memastikan masalah rakyat dapat diselesaikan dan meningkatkan sokongan mereka terhadap BN.

Parlimen penggal ke-12 akan terbubar secara automatik pada 30 April ini dan Dun Negeri Sembilan pula merupakan Dewan pertama yang terbubar sendiri iaitu tengah malam tadi.

Mohamad berkata, beliau telah menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bagi memaklumkan Dun akan terbubar secara sendiri dan memberi taklimat kepada baginda mengenai fungsi kerajaan sementara untuk menguruskan negeri.

Katanya, kerajaan sementara itu tidak akan membuat keputusan besar dan hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini selain mengurus soal kebajikan rakyat dan penjawat awam.

Lazimnya, hampir kesemua Dun dan Parlimen telah dibubarkan serentak sepanjang 12 pilihan raya umum lalu.

Malah ini juga kali pertama Dun negeri yang diperintah oleh BN terbubar dengan sendiri sementara mandat penggal ke-12 Parlimen berterusan.

Kesemua negeri kecuali Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor diperintah oleh perikatan bernama Pakatan Rakyat.

Pada 8 Mac lalu, BN memenangi 21 kerusi manakala Pas (satu), DAP (10) dan PKR (empat). Pada Oktober 2009, BN menerusi calonnya Tan Sri Isa Samad mengekalkan kerusi Dun Bagan Pinang.

Baca Seterusnya......

Menteri Kewangan Malaysia 1990-2013

Menteri kewangan mana yang PERFORM dalam pengumpulan hutang negara-Facebook

Baca Seterusnya......

Saturday, March 23, 2013

10 minit parti poltik bentang manifesto di RTM

Parti-parti politik dibenar untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat yang memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
   
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata peluang itu diberikan kepada parti Barisan Nasional (BN) dan juga pihak pembangkang, tetapi pembentangan itu akan dirakam terlebih dahulu.
   
"Semua parti politik yang berganding dan bertanding akan dapat peluang untuk mengumumkan manifesto mereka selama 10 minit, dan kami beri peluang ini sekaligus, baik kepada BN ataupun pihak pembangkang.
   
"Tinggal lagi sama ada mereka menggunakannya atau tidak, ini terserah kepada mereka, tetapi kami di kementerian telah bersedia untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita di Angkasapuri hari ini.
   
Beliau berkata peluang itu ialah satu penghormatan kepada sistem demokrasi negara, dan berharap 10 minit yang diberikan itu, cukup untuk mereka mengemukakan skop dan pengisian manifesto masing-masing.

Rais berkata pembentangan manifesto itu perlu dilakukan mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan, dan akan dibuat secara rakaman, tertakluk kepada peraturan RTM di bawah kawalan ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah penyiaran serta anggota panelnya.
   
"Saya dan mana-mana menteri tidak terlibat dalam proses ini," katanya.
   
Rais berkata manifesto yang dibentangkan tidak boleh mengkeji atau memfitnah orang, mensabitkan perkara berhubung dengan keselamatan negara, mencerca Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja, memperkecil hak asasi manusia ataupun mereka yang dalam keadaan perlu dibela.
   
"Syarat-syarat ini dan lain-lain akan kami beri dan maklumkan dengan jelas kepada pembentang manifesto dan akan juga diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
   
"Usaha ini telah dijalankan tahun demi tahun, dan pada kali ini ia dibuat secara kemas dan tidak akan ada melibatkan apa-apa syak wasangka," katanya.- Bernama

Baca Seterusnya......

BN Johor kecut, dua bekas Jeneral akan bertanding di Johor

PETALING JAYA: Barangkali tidak ada seorangpun yang terfikir mengenai kemungkinan Barisan Nasional akan runtuh di Johor dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Bagi orang Umno ia ibarat mimpi tengah hari, tetapi Pakatan Rakyat telah menghalakan meriam ke Johor.

Bermula dengan kepulangan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hampir setahun lalu. Kini langkah itu diikuti supremo DAP, Lim Kit Siang.

Pemimpin utama Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah. Kit Siang berasal dari Johor tetapi tidak pernah bertanding di negeri kelahirannya itu.

Beliau kini merupakan ahli parlimen Ipoh Timur sejak tiga penggal yang lalu. Walaupun sudah lanjut usia, tetapi perbahasannya di parlimen masih berbisa

Seorang lagi pemimpin DAP iaitu Liew Chin Tong yang kini ahli parlimen Bukit Bendera di Pulau Pinang juga dikatakan akan bertanding di Johor.

Sasaran DAP ialah memenangi kerusi-kerusi bandar majoriti pengundi Cina. Manakala PKR di kawasan pengundi campuran dan PAS majoriti Melayu.

Johor memang ramai pemimpin politik menempa nama di negeri-negeri yang lain. Lim Guan Eng, ketua menteri Pulau Pinang berasal dari Johor, Khalid Samad, ahli parlimen PAS Shah Alam serta Tony Pua (ahli parlimen DAP PJ Utara) juga dari Johor.

Dua pegawai tentera tanding kerusi PKR

Sumber PAS memberitahu dua bekas pegawai kanan tentera akan bertanding atas tiket PKR di parlimen Johor Baru dan Pasir Gudang dalam PRU 13.

Bekas Panglima Turus Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein akan bertanding di parlimen Johor Baru yang kini diwakili tokoh veteran Umno, Tan Sri Shahrir Samad.

Manakala mantan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid disebut-sebut akan bertanding di Pasir Gudang.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfodz Mohamed betika dihubungi berkata, dalam keadaan semasa Pakatan Rakyat boleh menang 15 kerusi parlimen di Johor. Manakala bagi kerusi negeri, Mahfodz meramalkan antara 25 dan 29 kerusi dari 56 di Johor.

“Pada awalnya saya menjangkan kerusi parlimen yang akan dimenangi Pakatan Rakyat sekitar 12 sahaja tetapi dengan ramainya tokoh negeri pulang kampung, sasaran 15 kerusi boleh dicapai,” katanya.

Jika Pakatan Rakyat mampu lebih banyak kerusi parlimen di Johor, laluan menawan Putrajaya lebih terbuka luas.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat menang 82 kerusi parlimen dan menawan empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor – serta mengekalkan Kelantan yang dimenangi sejak tahun 1990. -freemalaysiatoday

Baca Seterusnya......

Thursday, March 21, 2013

PRU13: PAS letak 22 calon wanita

Dari 22 kerusi tersebut, lapan darinya adalah kerusi parlimen, manakala 14 kerusi dewan undangan negeri (Dun).

Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud, berkata 22 kerusi untuk calon wanita itu telah dimuktamadkan parti.

"Setakat ini, 22 kerusi telah dimuktamadkan untuk calon di kalangan muslimat. Mungkin ada pertambahan lagi," tegas beliau pada satu sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Tambah beliau, kerusi-kerusi tersebut meliputi beberapa negeri seperti di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.

Beliau juga berkata, asalnya mereka (muslimat PAS) meminta setiap negeri satu kerusi parlimen, dan satu kerusi Dun.

"Bagaimanapun, kami mendapat kerjasama yang baik apabila ada negeri yang menawarkan lebih dari satu kerusi untuk calon wanita," tegas beliau.

Ketika ditanya tentang kuota 30 peratus yang dituntut, Dr. Mariah berkata ia belum mencapai peratus tersebut kerana ia turut merangkumi calon wanita daripada DAP dan PKR.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan mana-mana calon wanita yang menang pada pilihan raya umum ke-12 lalu, turut dicalonkan semula.

"Insya Allah, semua calon wanita yang menang pada PRU lepas, dicalonkan semula memandangkan laporan prestasi yang baik daripada kami," tegas ahli Parlimen Kota Raja itu.

Selain itu, kata beliau terdapat muka baru yang akan menjadi calon wanita, termasuk aktivis NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli.

Turut serta pada sidang media itu Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah al-Jundi. 

Baca Seterusnya......

Blogger pro umno dedah kekayaan Ketua Pemuda Umno Perak


Aku tahu bilamana aku mula menyatakan sokongan kepada Dato' Ahmad Husni maka akan ada pihak-pihak  yang tidak suka dengan aku. Pelbagai komen yang jijik dihidangkan dalam peti komen aku mengatakan aku dibayar oleh pihak yang ingin melihat Umno tersungkur sekali lagi di negeri Perak.

Sampai begitu sekali. Kenapa tidak ditanya kepada Datuk Seri MB apa perkara yang dia buat sampai buat ahli Umno mcm aku menjadi seolah saldadu Sulu menyerang Malaysia tempohari???

Sudah diberi pelbagai imbuhan namun tergamak menyerang tempat mereka mencari nafkah. Bukan begituuuu. Aku ada asas yang nyata untuk menyerang kepimpinan Datuk Seri MB. Tidak percaya? Ok benda pertama aku nak kongsi dengan anda jika mengaku sayangkan parti keramat melayu ini.

Bukti bergambar di atas ini hasil pencarian yang aku buat dengan team aku untuk membuktikan kebrobrokan pemerintahan Datuk Seri MB yang bersikap jelas hanya menjaga orang-orang yang berkepentingan walaupun orang tersebut masih hijau dalam perjuangan parti keramat ini.

Di sini aku nak lontarkan satu persoalan, siapakah Khairul Azwan Harun??? Tunggu pendedahan selanjutnya selepas ini.

Untuk pendedahan lanjut sila ke blog beliau di SINI

Baca Seterusnya......

Wednesday, March 20, 2013

Najib kata PAS buat tujuh dosa

Oleh Subky Latif
 DALAM usahanya untuk melucutkan kerajaan PAS Kelantan selama 22 tahun itu, Perdana Menteri Najib menyebut bahawa PAS telah melakukan tujuh dosa.Oleh itu rakyat mesti menghukumnya, jatuhkan kerajaan PAS Kelantan itu!

Yang dikatakan dosa itu tidaklah sekadar dosa politik atau dosa pada orang Melayu. Tetapi dosa yang dipercayai tercatit dalam buku amal seseorang di Mahkamah Rabbul Jalil.

Dosa PAS itu tidak disebut lima atau enam. Tidak dikatakan sepuluh atau sebelas atau seterusnya. Ia dikatakan tujuh. Ia sama dengan jumlah tujuh dosa besar yang disenaraikan oleh Islam.

Apabila ia disebut tujuh dosa, maka dosa PAS itu adalah sama denga dosa besar yang Nabi Muhammad SAW sampaikan kepada umatnya.

Dosa besar yang baginda beritahu itu, bukanlan saja-saja baginda sebut atau ia hasil dari kaji selidik baginda atau pengamalannya. Semua yang baginda sabda, buat dan amalkan adalah dari wahyu Allah. Tidak ada yang bersumber dari baginda itu bukan wahyu.

Dosa besar yang baginda gariskan itu adalah bagi menyatakan hukum sebagai panduan semua orang. Jika buat apa yang termasuk dalam dosa besar itu, maka orang itu melakukan dosa besar. Dan barang siapa mengekalkan dosa kecil, tidak bertaubat, maka ia sama dengan satu lagi dosa besar.

Ada pun orang yang melakukan dosa besar itu, dirasakan berdosa dari apa yang dilihat. Sah atau tidak dia sudah berdosa besar hanya Allah yang menentukan. Orang biasa tidak boleh mengatakan sah dia berdosa di sisi Allah.

Nabi Muhammad SAW boleh memberi tahu penghuni kubur itu berdosa dan yang lain tidak berdosa kerana kesalahannya kerana baginda mendapat wahyu mengenainya.

Ada orang yang berhijrah bersama baginda tidak dapat pahala dan ada yang dapat pahala bergantung kepada niatnya. Yang mana satu yang tidak berpahala kita pun tidak tahu. Umumnya orang yang berhijrah itu dapat pahala, maka kita kira mereka mendapat pahala. Yang tidak dapat pahala itu kita tidak tahu siapa. Allah saja yang tahu.

Kalau kita tuduh kerajaan rasuah dan ada orang terlibat dalam pembunuhan, maka tidak dapat menjatuhkan hukuman sendiri melainkan ia ditentukan oleh mahkamah. Yang boleh kita buat ialah minta ia disiasat dan didakwa atas perbuatannya. Selagi dia tidak didakwa dan tidak disabitkan oleh mahkamah, tidak boleh kita katakan dia sudah bersalah.

Dalam kes mengambil untung sampai RM500 juta dalam pembelian kapal selam Perancis, kita tuntut kerajaan mendakwa orang yang disyaki apakah betul atau tidak. Sah tuduhan atas seseorng itu bila dia didakwa dan dijatuhkan hukum. Apabila dia tidak didakwa, tidak dapat disahkan dia bersalah atau tidak. Cuma kerajaan yang tidak mendakwanya memikul beban dosanya.

Apa keistimewaan Najib untuk menjatuhkan PAS dengan tujuh dosa yang dikatakannya? Dari mana dia tahu sah dosa PAS itu sedang dia tidak ada wahyu seperti para nabi?

Najib adalah orang yang berkuasa. Dia boleh dakwa PAS dengan dosa-dosa yang dikatakannya di mahkamah kalau dosa itu mengenai dunia dalam sebuah negara sekular. Dan kalau yang membabitkan syarak boleh diadukan kepada mahkamah syariah.

Mengapa dia tidak dakwa PAS atas tujuh perkara yang dikatakan berdosa itu? Mana boleh dia sendiri membuat hukuman. Apakah di sisi Allah orang yang melakukan tujuh dosa besar itu sah atau tidak hanya Allah yang tahu. Tetapi mahkamah diberi kuasa menghakimkan pihak yang dituduh.

Najib dengan ini menghukum PAS tanpa dakwaan, dan seolah-olah dia tahu kedudukan PAS itu di sisi Allah seperti yang diwahyukan kepada sekalian nabi. Jangan Najib sampai dilihat begitu.

Baca Seterusnya......

Nik Aziz syukur Kelantan catat STPM terbaik

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan syukur yang tidak terhingga ekoran kejayaan negeri itu melakar sejarah terbaik dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 yang diumum semalam.

Dalam keputusan yang diumumkan Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang semalam, 12 calon dari negeri itu mendapat A dengan Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam semua mata pelajaran yang diambil, berbanding hanya empat orang tahun sebelumnya iaitu menyaksikan peningkatan tiga kali ganda.

"Tahniah saya rakamkan, semoga kejayaan hari ini akan menjadi motivasi untuk terus maju di masa hadapan.

"Tidak lupa kepada semua calon-calon STPM yang menerima keputusan semalam, panjatkanlah syukur dengan kejayaan yang cemerlang dan teruskan usaha jika keputusan sebaliknya," katanya melalui Facebook.

Tuan Guru yang juga Musryidul Am PAS berkata, apa yang penting ialah, kecemerlangan dalam hidup perlu diteruskan.

"Kejayaan yang hakiki ialah apabila kita berjaya memanfaatkan diri kita untuk kebaikan orang lain, dan yang paling bermaka jika kejayaan itu diiringi pula dengan kejayaan di akhirat, Insya-allah," katanya.

Baca Seterusnya......

Shahrizat: NFCorp beli Mercedes sebagai kereta syarikat, diletakkan di rumah

Sumber Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa National Feedlot Corporation (NFCorp), yang dimiliki oleh suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, membeli sebuah kereta Mercedes Benz bernilai RM534,622 pada 2009 sebagai kereta syarikat yang diletakkan di rumahnya.

Bekas menteri Kabinet itu berkata NFCorp membeli sebuah unit kondominium di Singapura sebagai tujuan pelaburan di bawah nama keluarganya kerana undang-undang Singapura melarang pembelian NFCorp secara terus, kerana ia adalah syarikat yang baru.

“Ada empat orang pengarah; mereka membeli Mercedes sebagai kereta syarikat,” kata Shahrizat dalam Mahkamah Tinggi hari ini.

“Satu kereta untuk empat pengarah - suami dan tiga orang anak, kami tinggal di rumah yang sama,” kata ketua wanita Umno, yang membawa beg Louis Vuitton dalam mahkamah yang sesak dengan orang ramai.

Shahrizat menegaskan pembelian Mercedes-Benz CLS350 itu dibeli kerana NFCorp adalah “syarikat besar” dan dilawati oleh pelawat asing. Beliau juga mengakui NFCorp memindahkan RM500,000 kepada Meatworks (Singapore) Private Limited, yang dimiliki oleh keluarganya, untuk membeli sebuah unit kondominium di Singapura bagi tujuan pelaburan.

“Saya kata ini syarikat baru melabur dalam perniagaan di Singapura.

“Pelaburan dibuat oleh NFCorp. Bila mereka memohon pinjaman, kerana NFCorp adalah syarikat baru, mereka menggunakan nama peribadi mereka,” kata Shahrizat, merujuk kepada ahli keluarganya.
Shahrizat juga menafikan keluarga beliau melawat Phuket, dimana peguam Rafizi Ramli, Ranjit Singh, mengatakan pengarah strategi PKR itu menimbulkan isu pembayaran NFCorp kepada agensi pelancongan Impian Global Network Services (IGNS) yang menawarkan pakej pelancongan ke Phuket, Bali, Kuching dan Bandung.

"Saya tidak pernah ke Phuket, begitu juga keluarga saya. Ini adalah contoh fitnah dan tuduhan dari klien anda," katanya lagi.

Shahrizat turut menyalahkan Rafizi kerana dia menjadi punca tumpuan media ke atas Pusat Fidlot Kebangsaan, projek penternakan lembu yang dijalankan oleh NFCorp yang menerima RM250 juta dari pinjaman kerajaan.

"Perbelanjaan melibatkan wang rakyat adalah untuk kepentingan rakyat. Tetapi media mengheboh-hebohkan kerana niat jahat dan fitnah oleh klien anda," katanya lagi.

Ranjit mengatakan media perdana membuat laporan bahawa Ketua Audit Negara pada laporannya pada 2010 mengatakan tentang kelemahan NFC dalam projek tersebut.

"Saya tidak mengatakan klien anda mengawal akhbar, tetapi mencipta kempen jahat. Semua media turut memainkan isu ini," kata Shahrizat.

Beliau bagaimanapun bersetuju Rafizi menanyakan soalan pada sidang media 18 November 2011 berkenaan sama ada terdapat wang rakyat dipindahkan selepas NFCorp memindahkan RM81 juta kepada National Meat Livestock Corporation (NMLC) yang juga dimiliki keluarganya.

Shahrizat juga mengatakan Rafizi memfitnah beliau apabila beliau bertanya bagaimana kerajaan boleh menganugerahkan keluarga beliau yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang penternakan.

"Itu bukan soalan, itu fitnah. Ia berniat jahat dan mahu memutarbelitkan kenyataan kepada seluruh negara," katanya lagi.

Kes saman fitnah RM100 juta Shahrizat menentang Rafizi dan ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin dihakimi Hakim Vazeer Alam Mydin, yang menyambung perbicaraan tengah hari ini.

Baca Seterusnya......

Tuesday, March 19, 2013

Bekas Ketua SPRM Kalah Dalam Kes Saman Malu MB Selangor


Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bersetuju mengemukakan permohonan maaf kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kes saman malu melibatkan pembelian lembu korban pada tahun 2009.

Keputusan penuh serta permohonan maaf akan dibuat hari ini pada jam 9.00 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setelah kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama hari ini.

Abdul Khalid yang ditemui selepas perbicaraan secara tertutup di dalam kamar Hakim Datuk Lau Bee Lan bersyukur kebenaran dakwaan salahguna kuasa yang dikaitkan dengannya akhirnya terungkai.

“Perkembangan ini membuktikan bahawa tuduhan salahguna kuasa tidak berasas sama sekali dan hanyalah bertujuan untuk mencemar nama baik saya sebagai seorang muslim dan juga Menteri Besar Selangor.

“Saya sekeluarga terutama isteri (Datin Seri) Salbiah Tunut dan anak-anak sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kes ini benar-benar memberi kesan apabila kami sekeluarga digambarkan sebagai orang yang sanggup menyalahgunakan kuasa walaupun di dalam soal hal ehwal agama Islam iaitu amalan korban Aidiladha,” katanya yang turut ditemani Isteri, Datin Seri Salbiah Tunut.

Peguam Kanan Persekutuan Noorin Badaruddin, Nadia Hanim Azlina mewakili mantan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan, SPRM dan Kerajaan Malaysia.

Sementara peguam S Sankaranair dan Murali Kalidass mewakili Abdul Khalid.

Abdul Khalid didakwa pada awal 2009 menyalah-gunakan kuasa menderma RM110,400 bagi tujuan 46 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Bandar Tun Razak.

Menteri Besar juga menyeru pegawai kerajaan, SPRM dan polis perlu bertugas secara profesional dan tidak membenarkan diri mereka terpengaruh dengan mana-mana pihak yang mempunyai agenda tersendiri.

Ujarnya lagi, sebagai Menteri Besar, beliau sangat mementingkan integriti pengurusan dan gembira sepanjang pentadbirannya selama lima tahun tiada pegawai kanan kerajaan mahupun barisan Exco Selangor dilibatkan dengan kes salahguna kuasa.

Beliau menambah, rekod cemerlang ini diharapkan akan memberikan keyakinan kepada rakyat membuat keputusan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Baca Seterusnya......

Wanita Hidup Bahagia Bersama Lima Suami?

India – Seorang pengantin perempuan untuk lima pengantin lelaki. Tentu pelikkan? Tambah pelik apabila semua pengantin lelaki adalah adik beradik.

Namun bagi Rajo Verma, 21, ia bukan sesuatu yang pelik malah dia menerima perkara berkenaan dengan tangan terbuka, selaras dengan adat yang diamalkan di tempat tinggalnya.

Dia kini menetap di sebuah rumah yang hanya mempunyai sebuah bilik bersama semua suami itu.
Rajo akan tidur dengan mereka mengikut giliran.

Dia kini mempunyai seorang anak lelaki berusia18 bulan, namun Rajo sendiri tidak mengetahui siapa bapa kepada anak-anaknya itu.

“Pada mulanya saya merasa sedikit pelik namun ia menjadi kebiasaan. Tidak ada pilih kasih terhadap semua suami saya.

“Kami tidak mempunyai katil, hanya selimut yang diletakkan di atas tilam,’’ katanya.
Jelas Rajo, ibunya sendiri mengahwini tiga beradik, justeru dia tahu dia akan mengalami perkara sama apabila dewasa kelak.

“Saya tahu saya terpaksa menerima mereka semua sebagai suami saya,’’ katanya.
Rajo menyifatkan dirinya bertuah kerana mendapat perhatian yang lebih daripada suami-suami, berbanding kebanyakan isteri yang lain.

Dalam pada itu, Guddu, 21, merupakan suami pertama Rajo berkata, mereka semua menjalin hubungan seks dengan Rajo.

“Saya tidak cemburu. Kami semua adalah satu keluarga yang bahagia.’’ katanya.
Mengikut adat di kampung berkenaan, Rajo perlu menjadikan semua adik beradik berkenaan termasuk

Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26 dan Dinesh, 18, sebagai suami.
Dinesh dikahwininya tahun lepas  ketika lelaki itu berusia 18 tahun.

Sementara Bajuu pula berkata dia menganggap Rajo sebagai isterinya dan tidur dengan wanita itu sama seperti adik beradiknya yang lain.

Rajo katanya, memasak dan mengemas rumah selain menjaga anak mereka manakala dia dan adik beradiknya keluar bekerja di Dehradun yang terletak di utara India.mynewshub.my


Baca Seterusnya......

Monday, March 18, 2013

Mari Kita Ingat Dosa-Dosa UMNO BN.

Kalau nak ungkit2 jasa UMNO, rakyat pun boleh ungkit semua penyelewengan2 UMNO.
75 Sebab Kenapa Barisan Nasional Mesti Di Tumbangkan!!

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan
kehilangan wang dan harta negara sejak UMNO/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu.

Namun jika dikumpul ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan UMNO/BN.

1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011 RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER1). Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.


3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.
Pautan: Sime Darby kerugian RM1.6 bilion, CEO diarah bercuti

4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyakRM1.7 billion.
MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.

7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)


8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.

20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlahRM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.

38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.

46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini -Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.


55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50.(*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.

61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)

63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion

68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.

74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

INI ANTARA YG DAPAT DIKESAN, YANG TIDAK DAPAT LAGI DIKESAN, MCM MANA?

Baca Seterusnya......

Haramjadah, Inikah Rakyat Di Dahulukan & Pencapaian Di Utamakan

Our oil production ranking and domestic oil price comparison with Brunei which is currently the 5th richest country despite they only produce about 20% compare to ours.

Baca Seterusnya......

Jambatan Tertinggi Didunia Hampir Menyamai Tinggi Menara KLCC

Jambatan Baluarte di Mexico mempunyai ketinggian 403 meter. Tingginya hanya kurang sedikit berbanding menara kembar Petronas  (452 meter),  Jambatan yang belum dirasmikan oleh Presiden Mexico Felipe Calderon ini berdiri di atas jurang yang dalam di pergunungan di Sierra Madre, Mexico bahagian utara. Baluarte ini merupakan jambatan moden yang menghubungkan pesisir pantai Pasifik dan Atlantik.

Jalur ini merupakan sebahagian daripada jalan raya baru yang melintasi kawasan karang di Mexico, dari Mazatlan ke Durango yang berada di pedalaman. "Projek ini akan menyatukan masyarakat yang berada di bahagian utara Mexico," kata Presiden Calderon saat pidato perasmian.

Ketinggian jambatan Baluarte ini mengalahkan rekod jambatan tertinggi sebelumnya dipegang oleh Millau Viaduct di Perancis yang mempunyai ketinggian 343 meter. Dengan demikian,Ketikat ini Baluarte tercatat sebagai jambatan tertinggi di dunia oleh Guinness World of Records

Dengan berfungsinya jambatan Baluarte ini, maka boleh mengurangkan masa perjalanan dari Mazatlan dan Durango sekitar enam jam.

Baca Seterusnya......

Taik Lembu Jadi Pewangi.

Tahi lembu berbau busuk dan hanya digunakan sebagai baja di negara kita. Di negara miskin tahi lembu digunakan sebagai mortar untuk membina rumah dan juga bahan api untuk memasak.

Di Indonesia dua orang pelajar sekolah menengah menemui cara terbaru untuk mengitar semula tahi lembu. Dwi Nailul Izzah dan Rintya Aprianti Miki mengalahkan 1000 peserta Indonesia Science Project Olympiad (Olimpiad Projek Sains Indonesia) dengan pewangi udara berasaskan tahi lembu ciptaan mereka.

Sungguhpun menggunakan tahi lembu, pewangi udara yang dicipta dua remaja ini mempunyai bau seperti rumput yang menyegarkan. Ianya juga mesra alam dan jauh lebih murah kerana tidak menggunakan bahan tambahan kimia seperti majoriti pewangi udara yang ada di pasaran sekarang.

Untuk menghasilkan pewangi udara ini, tahi lembu ditapaikan selama 3 hari. Kemudian air dari proses penapaian dikutip sebelum dicampurkan dengan air kelapa sebelum disuling secara berperingkat selama 7 hari. Air yang terhasil dari proses penyulingan ini akan berbau seperti rumput yang baru dipotong dan kini boleh digunakan sebagai pewangi udara.

Dwi Nailul Izzah dan Rintya Aprianti Miki akan mewakili Indonesia di International Environment Project Olympiad di Istanbul tahun ini. Mereka sedang dalam proses mendapatkan paten untuk rekaan mereka. Syabas keapda dua orang saintis muda ini.-Sumber: Blogserius

Baca Seterusnya......

Sunday, March 17, 2013

Tian Chua Sudah Didakwa, Tapi Masih Terkial-kial Mencari Bukti


Enam anggota polis kelmarin bertindak menyerbu pejabat Suara Keadilan di Cheras dengan alasan untuk mendapatkan nota tulisan wartawan Keadilan Daily.

Mereka merupakan pasukan penyiasatan dari Johor Baharu berhubung kes kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berkaitan kontroversi Lahad Datu yang dimuat naik portal Keadilan Daily, 1 Mac lalu.

Ketika awal serbuan, polis mendakwa mempunyai waran menggeledah dan merampas komputer yang terlibat tetapi apabila diminta gagal menunjukan waran yang disebut.

“Mulanya kata nak rampas komputer, kemudian apabila peguam masuk campur membantah tindakan mereka, mereka kata nak ambil nota wartawan pula.

“Mereka boleh saja datang ambil, tidak perlu untuk geledah,” ujar Editor Suara Keadilan, Fazallah Pit ketika dihubungi TVSelangor berhubung kejadian pagi tersebut.

Beliau turut melahirkan rasa pelik dengan tindakan kumpulan polis berkenaan kerana pihaknya memberikan kerjasama yang baik terhadap siasatan yang dijalankan sebelum ini.

“Saya bersama-sama sub editor dan wartawan, beberapa kali beri kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya berhubung siasatan tersebut namun tidak pernah pula mereka meminta nota wartawan.

“Serbuan pagi ini memang tak diduga dan menyebabkan suasana tidak senang,” tegasnya lagi.

Kakitangan pejabat kemudian menelefon peguam Latheefa Koya yang meminta polis berurusan dengannya.

Polis kemudian beredar tanpa mengambil apa-apa daripada pejabat kira-kira setengah jam berikutnya namun memberitahu mereka mahu menunggu wartawan, Aisha Geoffrey yang bercuti hari ini untuk mengambil notanya.

Berhubung permintaan tersebut, Fazallah dan Aisha hadir bersama dengan peguam Eric Paulsen di Balai Polis Pudu, kira-kira jam 1 petang tadi untuk menyerahkan nota itu sebelum beredar kira-kira 15 minit kemudian.

Peguam Eric turut memohon salinan waran geledah tersebut tetapi polis enggan berbuat demikian.

Baca Seterusnya......

Pemimpin UMNO Yang Wasatiyah.

 Cuba lihat perangai mereka. Adakah ini  pemimpin yang akan  anda dipilih lagi.

Baca Seterusnya......

Empat Ulama Malaysia yang diiktiraf sebaris Ulama-ulama terkenal dunia

Empat Ulama Malaysia yang diiktiraf sebaris Ulama-ulama terkenal dunia:

1. Allahyarham Ustaz Dato Fadhil Nor
2. Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat
3. Dato Dr. Haron Din
 

4. Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Dunia telah mengiktiraf mereka, Ayuhlah kita bersama-sama mereka dalam memperjuangkan Islam dan Keadilan di Malaysia..

Baca Seterusnya......

Saturday, March 16, 2013

Program Najib Di Kelantan Diserang Ribut

Sumber Kelab GB


HHebatnya Kuasa ALLAH... Mereka Serang Program PR Dengan Baling Batu, Baling Telur, Pukul Orang Dan Buat Huru Hara. Berkat Doa Penyokong Pakatan Rakyat, Di Program Mereka Dihantarkan Ribut & Taufan... Sesungguhnya Kuasa Manusia Tidak Bisa Melampaui Kuasa Allah... Hari Ini Allah Tunjukkan Pada Kita Semua... Allahu Akbar!!!

Ini kali ke3 rasanya program Najib di hadiri ribut sama dengan Najib. -erapasca

p/s Ribut melanda sebaik saja Najib membuat tuduhan kononnya ada 7 Dosa Besar Pembangkang Terhadap Rakyat & Umat Islam. Rupa-rupanya langit persis tidak bersetuju dengan kenyataan Najib itu lalu turunlah ribut menghentam program Najib berkenaan. Kisah ribut yang meghentam program Najib itu tidak disiarkan oleh BERNAMA dan media massa pencacai.






Baca Seterusnya......

Thursday, March 14, 2013

Hasutan Melampau: Polis Dan SPR Digesa Ambil Tindakan Terhadap Muhyiddin

bas jelajah merdeka baling batu 01SHAH ALAM 14 MAC : Polis serta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) digesa mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana melemparkan fitnah yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) berusaha menggagalkan PRU-13 dengan mewujudkan keadaan porak-peranda.

Ketua Penerangan PAS, Riduan Mohd Nor berkata, tuduhan Timbalan Perdana Menteri itu terlalu berat serta berunsur hasutan bagi menimbulkan ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat.

Sebelum ini, Muhyiddin di Majlis Perletakan Batu Asas Kilang Baru Perodua di Hulu Selangor berkata, pakatan pembangkang akan menimbulkan huru-hara pada hari mengundi dan akan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih.

Katanya, pembangkang bertindak demikian kerana mereka semakin bimbang dengan kebangkitan rakyat menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau juga berkata, kerajaan mempunyai maklumat mengenai perkara berkenaan dengan mendakwa pembangkang merancang sesuatu untuk membuatkan suasana porak-peranda.

“Sebagai pemimpin nombor dua negara, kenyataan beliau boleh mencetuskan suasana panik dan penafsiran yang pelbagai daripada kalangan masyarakat.

bas jelajah merdeka baling batu 02“Apakah TPM tidak berfikir dahulu sebelum bercakap dengan memikirkan implikasi yang mungkin akan diterima terhadap masyarakat, khususnya pemimpin Pakatan Rakyat daripada ucapan beliau,” kata Riduan dalam kenyataan media.

Kata Riduan, dalam keadaan negara sedang diancam dengan masalah keganasan serta pencerobohan di Lahad Datu dan Sabah umumnya, TPM sengaja menambah marakkan lagi api permusuhan serta sindrom ketakutan kepada rakyat.

“Beliau juga menghina jutaan rakyat negara ini untuk memilih pemimpin dan parti politik pilihan mereka dengan kenyataan sedemikian.

“Sekiranya benar beliau mendapat maklumat tersebut melalui dokumen yang boleh dipercayai seperti dakwaannya, pemuda PAS mencabar TPM untuk mendedahkan butiran dokumen tersebut,” katanya.

Ujarnya, sekiranya Muhyiddin gagal mengemukakan bukti tersebut, Pemuda PAS tidak teragak-agak untuk mendesak pemimpin PR mengemukakan saman fitnah terhadap beliau.

Sementara itu, Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata, kenyataan tersebut adalah ‘songsang’ dan menggambarkan seolah-olah TPM sedang bercakap di depan cermin.

“Rakyat tahu siapa yang merancang untuk menggagalkan pilihanraya, malah setakat ini pihak yang sama dengan sengaja telah melewat-lewatkan pilihanraya.
bas jelajah merdeka baling batu 02
“Serangan cat, baling batu, baling telur, semua dilakukan Umno kerana gementar kehilangan besar sokongan rakyat.

“Rata-rata pemimpin Umno yang terlibat pelbagai skandal, bakal ke penjara jika Umno tewas di Putrajaya, yang mana ia seharusnya menimbulkan panik,” katanya.

Baru-baru ini di Bukit Katil, Melaka, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa penceramah Pakatan Rakyat dibaling dengan batu sehingga pecah cermin. Ia merupakan insiden kedua di Melaka bas itu diserang and ke-enam semenjak jelajah itu dimulakan pada September tahun lepas.

Baca Seterusnya......