Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, July 13, 2010

Diego Forlan pemain terbaik Piala Dunia 2010

JOHANNESBURG - Penyerang Uruguay, Diego Forlan (gambar) dipilih sebagai pemenang Bola Emas bagi Anugerah Pemain Terbaik pada kempen Piala Dunia 2010.

Forlan berkongsi kedudukan sebagai penjaring terbanyak bersama tiga lagi pencabarnya iaitu Thomas Mueller (Jerman), David Villa (Sepanyol) dan Wesley Sneijder dari Belanda.

Penyerang Atletico Madrid berusia 31 tahun itu meledakkan lima gol untuk membantu Uruguay mara ke peringkat separuh akhir sebelum tewas 2-3 kepada Belanda.

Forlan menjaringkan dua gol ketika menang 3-0 ke atas pasukan tuan rumah, Afrika Selatan manakala satu gol masing-masing pada aksi menentang Ghana, Belanda dan perlawanan penentuan tempat ketiga bertemu Jerman awal pagi Sabtu lalu.

Forlan mula menjadi buruan beberapa kelab terbaik Eropah selepas membantu Atletico Madrid memenangi gelaran Liga Europa dan kemudian menjadi pemain penting yang membantu Uruguay menamatkan kempen Piala Dunia 2010 di tempat keempat.

Selepas tewas 2-3 kepada Jerman pada aksi penentuan tempat ketiga, Forlan berkata: "Ini adalah tahun terbaik dalam karier saya."

Tempat kedua bagi Anugerah Pemain Terbaik menjadi milik Villa manakala Sneijder di tempat ketiga.

Sementara itu, pemenang Kasut Emas bagi Anugerah Penjaring terbanyak menjadi milik Mueller yang memiliki kelebihan dalam membantu rakan sepasukan menghasilkan gol.

Mueller turut mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik Remaja manakala penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas memenangi Anugerah Sarung Tangan Emas.

- Reuters


0 comments: