Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, July 18, 2010

Gula : Adakah benar Najib Prihatin tentang Kesihatan Rakyat?

Oleh Tranungkite

"Antara alasan Najib untuk menaikkan harga gula ialah rakyat Malaysia perlu mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya kerana ianya melibatkan isu kesihatan dimana kira-kira 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes dan peningkatan jumlah penghidap diabetes.


Bagi membuktikan apa yang didakwa Najib itu benar maka hari ini berlumba-lumbalah Media elektronik dan cetak yang ditunggangi UMNO menyiarkan kisah-kisah tentang diabetes atau penyakit kencing manis yang berpunca dari pengambilan gula yang berlebihan.

Kisah demi kisah dipaparkan agar rakyat berterima kasih kepada Najib kerana berusaha mengawal penyakit itu dengan menaikkan harga gula.. opss silap pulak dah.. bukan menaikan tapi menyelaraskan harga gula itu..

Antara kisahnya ialah Bayi berusia 6 bulan pun boleh kena Diabetes.berita penuh sila baca di SINI.

Hakikatnya.. Adakah Najib benar-benar prihatin akan kesihatan Rakyat Malaysia?

JIka benar beliau prihatin akan kesihatan Rakyat Malaysia sepatutnya yang perlu dinaikkan atau diselaraskan harga ialah Rokok dan Arak.. bukannya gula..

Rokok yang terbukti membahayakan Kesihatan dan Arak yang menyebabkan kita hilang kewarasan lantas bertindak tanpa menggunakan fikiran.

Najib bukan pedulikan tentang kesihatan rakyat Malaysia pun.. apa yang difikirkannya ialah bagaimana boleh mendatangkan keuntungan dengan segera kepada Kilang gula yang kini dikuasai Felda Holding..

Kecuali ladang tebu miliknya di Perlis, Pada 31 October 2009 PBB Group yang dikuasai oleh Robert Kuok telah mengeluarkan kenyataan kepada Bursa Malaysia bahawa beliau akan melupuskan pegangannya dalam perusahaan gula yang berjumlah RM1.29Billion kepada Felda Holding.lagi berita sila baca di SINI

Tidakkah saudara hairan kenapakah seorang usahawan yang menguasai sebuah perusahaan yang telah menjadikannya kaya-raya begitu mudah melepaskan atau melupuskan kesemua kepentingannya itu begitu mudah?

Kenapakah Robert Kuok bertindak menjual kepentingannya begitu saja sedangkan perniagaan itu menjanjikan keuntungan yang berterusan?

Kenapa beliau tidak mewariskan sahaja perusahaan itu kepada anak-anaknya?

Menurut seorang sahabat yang bertugas didalam industry pengeluaran gula yang pernah dikuasai oleh Robert Kuok itu, sebelum Robert Kuok melepaskan pegangannya itu terdapat banyak tekanan dari agensi kerajaan terhadap perusahaannya itu.

Tekanan yang sangat luarbiasa dari berbagai-bagai agensi penguatkuasaan.

Kita telah melihat dalam masa tidak sampaipun setahun Felda Holding menguasai industry pengeluaran gula kenaikkan atau pelarasan sebagaimana yang disebut Najib meningkat 45 sen..

Kali pertama harganya dinaikkan sebanyak 20 sen menjelang 1 January yang lalu dan kali kedua baru-baru ini sebanyak 25 sen lagi dinaikkan.

Dan menurut Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula.

45 Sen harga gula telah dinaikkan bila industry itu dikuasai Felda Holding!

Tetapi semasa Robert Kwok menguasai industri pengeluaran gula ini untuk mendapatkan kenaikkan 5 sen bagi setiap Kilogram Gula, beliau telah memohonnya selama lima tahun dari Kerajaan dan hasilnya tiada kebenaran diberikan..

Jadi fikirkanlah wahai saudara-saudara ku.. adakah benar Najib menaikkan harga Gula kerana beliau prihatin dengan kesihatan Rakyat Malaysia??


0 comments: