Iran telah melangkah jauh dalam bidang sains. Kali ini mereka telah mencipta mencipta robot-manusia bernama 'Sorena 2' yang berjalan dengan dua kaki, boleh menyebut patah-patah perkataan Parsi dan melakukan beberapa aksi lain. Nama Sorena 2 dinamakan sempena nama pahlawan Parsi tahun 84 sebelum masehi, pendekar yang berjaya mengalahkan Jeneral Rom, Crassus di medan pertempuran Carrhae. Sorena 2 adalah setinggi 1.45 meter dengan berat 45 kilogram. Sorena ini telah dilancarkan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad di Hari 'Industry and Mine Day' di Iran pada 3 Julai lalu. Memang hebat Iran. Sebelum ini mereka telah mencipta bir halal (gambar), vaksin, nuklear, bom sendiri dan kapal selam. Kita? Enjin jet pun kena curi, kapal selam pun tak boleh menyelam. Nak naik ke angkasa melancong pun tumpang roket orang.
Sunday, July 11, 2010
Iran Dah Cipta Robot Manusia.
Posted by Suhaimi at 11:02 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment