Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, December 13, 2010

Brunei lebih takut laknat Allah

Oleh http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP

Dari Blog Zaryl:

Mari layan beberapa persoalan ringkas berkaitan… aku sendiri pun tak pernah sampai ke Brunei jadi aku tak tahu hehe

Soalan: Berapa banyak premis di Brunei yang mempunyai permit atau lesen menjual minuman keras?

Jawapan: Tiada (jika berpandukan kenyataan di atas)

Soalan: Jika di Brunei tidak dibenarkan menjual arak dan yang sama waktu dengannya, adakah Brunei mempunyai kelab malam?

Jawapan: Tiada sejak 1990an lagi. Sila rujuk Wikipedia.

Soalan: Pelancong bukan beragama Islam dibenarkan meminum arak?

Jawapan: Boleh. Bukan Islam hanya dibenarkan membawa masuk 12 tin bir dan 2 botol berkandungan spirit setiap kali masuk ke negara Brunei.

Mari layan pulak beberapa persoalan ringkas berkenaan Malaysia…

Soalan: Berapa banyak premis di Malaysia mempunyai lesen menjual minuman keras?

Jawapan: Berlambak di merata tempat. Kedai runcit di pun ada yang menjualnya. Budak-budak kampung pun ada selamba beli takde hal punnn..

Soalan: Adakah Malaysia mempunyai kelab-kelab malam?

Jawapan: Nak kira tak cukup jari tangan dan kaki jadi agak-agak je… Yang terkenal pun banyak yang hidup segan mati tak mahu pun bercambah di celah-celah rumah kedai.

Soalan: Pelancong bukan beragama Islam dibenarkan meminum arak?

Jawapan: Boleh sangat. Nak minum apa pun minum je la. Nak mandi arak pun mandilahh.. Jangan kata pelancong, orang tempatan beragama Islam sendiri pun ramai yang togok benda tu, bukan Kartika Sari Dewi seorang je… Nak bukti?

Kerana satu je sebab banyak perkara buruk akan terjadi. Bukan setakat minuman keras je tapi semua perkara di dunia ini bersangkutan antara satu sama lain sama ada yang buruk atau yang memberi kebaikan. Itu sebab Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul seperti dalam petikan akhbar di atas.

Kalau yang bukan Islam di Malaysia nak enjoy, nak pening-pening sila la Thailand atau Singapura yang mana dekat. Tak perlu di Malaysia. Kenapa? tak berkemampuan? Tak ada duit jangan minum. Kan senang?

Kat Malaysia ni yang paling teruk aku nampak penguatkuasaan undang-undang. Biar di bahagian atau agensi mana yang terlibat pun penguatkuasaan di tahap lemah. Kalau sekolah mesti dah kena tanda pen merah la senang cerita. Pasal hukum agama ke, pasal undang-undang jalan raya ke, pasal pendatang asing ke pasal penyeludupan ke… semuanya lemah. Bukan aku maksudkan takde langsung tapi lemah.

Kat Kuala Lumpur tu jalan je kat lorong-lorong belakang bangunan, kawasan Chow Kit ke kawasan Brickfields ke ramai pelacur, pondan dan segalanya. Jual ubat kuat ada jual sextoys pun tak terkira.

Antara jalan penyelesaian sudah di depan mata tapi masih teraba-raba cuba menanganinya. Memang rabun atau sengaja dipejamkan?

Banyak lagi aku nak mengomel ni tapi rasa segan pun ada hehe rasa ‘ter’cakap banyak pun ada.. nanti lain pulak yang jadi. Apa yang aku bebelkan ni adalah dari pendapat aku berdasarkan pemerhatian dan bahan bacaan serta pengalaman sendiri. Bukan nak cari gaduh cuma menyuarakan kebimbangan dan keperihatinan aku ececece

Kalau ada salah fakta atau nak bagi teguran atau pendapat sila komen ye. Kalau nak tambah petrol pun ok je.. haha gila!

6 comments:

JABAR ISNIN said...

Assalamualaikum Sdr,
Sya warga M'sia yg telah menetap d Brunei DS sejak 20 thun lalu. Wlaupun Brunei DS merdeka 1984 (M'sia 1957) namun dari segi mentadbir negara Brunei DS jauh lebih telus, beretika & berkebajikan. Mengharamkan arak hnya satu contoh kecil, byk lagi contoh Brunei DS mensejahterakan rakyatnya. Misalnya; kos perubatan percuma (kpd semua rakyat, tidak kira apa bangsa), pendidikan percuma - pelajar tidak perlu membayar balik kpd kerajaan, ianya dipanggil dermasiswa, pendidikan Islam diwajibkan dari peringkat pra, setiap individu paling kurang dpt khatam al-Quran 2 kali seumur hidup (di sekolah agama & menengah/IPT), tiada cukai2 yg memeningkan rakyat, tiada tol (jalanraya dibina oleh kerajaan), tarif bil letrik & air yg murah, kerajaan mengekalkan subsidi bhn2 makanan utama spt beras, gula, minyak dll, pendidikan bahasa Inggeris dari tahun 1 (95% penduduk celik BI), tulisan jawi kekal 'bertakhta' dlm masyarakat Brunei DS (malah hampir semua rakyat yg bkn Islam mampu menulis & membaca jawi), peganut agama lain bebas mengamalkan tatacara agama mereka, tiada sekatan internet kpd rakyatnya & byk lagi 'keindahan'2 Brunei DS ada. Brunei DS tidak takut mendepani rakyat kerana rakyat menerima apa yg menjadi HAK mereka. Dgn itu rezeki negara melimpah-ruah. Kpd yg belum berkunjung ke Brunei DS, silalah ke sini.


0 comments: