Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, December 9, 2010

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

Sumber Tranungkite.

Berita 1.

KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown, Ahad lalu.

Menurut sumber, hakim terbabit yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi.

“Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota.

“Pasangan itu ditangkap penguat kuasa agama hasil maklumat diperoleh,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Hakim terbabit dikatakan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sebuah negeri di utara Semenanjung sejak lebih setahun lalu.

Sebelum ini, beliau bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Putrajaya.

Kes berkenaan bagaimanapun masih di peringkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa, sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu.

Sumber itu berkata, kes berkenaan agak sulit kerana mempunyai unsur ugutan daripada tertuduh terhadap pegawai penyiasat.

Namun, katanya, pihak penyiasat sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

“Pada masa ini hakim terbabit diberi jaminan penguat kuasa. Tempoh jaminan akan berakhir Isnin depan dan pada hari berkenaan, kes dijangka disebut di mahkamah syariah.

“Beliau sebelum ini dikatakan mengugut pegawai siasatan dan penguat kuasa dengan mengancam untuk mengambil tindakan jika mereka meneruskan kes berkenaan kerana beliau mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan,” katanya.

Berita 2.

PEGAWAI JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG DI TANGKAP KHALWAT

KUANTAN, 6 Dis - Susulan pendedahan kontroversi seorang pegawai kanan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) ditangkap khalwat oleh sebuah laman BLOG pada 3 Disember lalu, maka pihak kami cuba menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut tentang insiden itu.

Pegawai yang dipercayai berpangkat Setiausaha itu dipercayai telah ditangkap berkhalwat dengan pasangannya yang juga merupakan kakitangan dan jabatan terbabit (Pembantu Tadbir). Mereka dikatakan telah ditangkap oleh Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sebuah hotel ternama dekat bandar ini pada 25 November 2010 yang lalu.

Susulan tangkapan tersebut, kekecohan berlaku kerana tertuduh adalah pegawai kanan di MUIP yang merupakan agensi yang sepatutnya dipertanggungjawab menjaga kepentingan agama Islam di negeri Pahang ini.

Perkara ini langsung tidak disiarkan dalam mana-mana media demi menjaga nama baik pegawai terbabit. Malah kami difahamkan, terdapat usaha pihak tertentu di JAIP yang mahu kes berkenaan dilepas begitu sahaja.

Usaha terbabit dipercayai mendapat tentangan daripada sebahagian besar pegawai Penguatkuasa JAIP sendiri. Mereka tidak mahu bersekongkol dengan perkara itu. Tambahan pula kes berkenaan adalah salah di sisi agama Islam itu sendiri.

Mana mungkin seorang pegawai kanan dari sebuah jabatan agama Islam yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kesucian agama itu tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu.

0 comments: