Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, December 5, 2010

Kesan minum air sejuk keatas badan.


Tahukah korang betapa air sejuk itu tidak baik untuk kesihatan? Air sejuk yang berais sangat merbahaya. Pengamalnya berisiko tinggi mendapat serangan jantung, walaupun di usia muda.Risiko ini kebiasaannya berlaku dalam jangka masa panjang. Sebab itu, ada yang dah lama mengamalkannya, tetapi tetap sihat dan cergas. Serangan jantung tidak mengenal tuannya. Ada yang bernasib baik, dan ada yang sebaliknya.

Namun, lebih baik kita berjaga-jaga sebelum terkena. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Untuk itu, kita dinasihatkan untuk mengamalkan meminum air panas selepas makan.Amalan atau petua ini telah lama diamalkan oleh masyarakat di negara China dan Jepun. Mereka mengamalkan meminum teh panas, bukan teh batu ais macam kita.Aku tahu, Malaysia ni beriklim panas (dan lembab sepanjang tahun). Aku juga tahu yang negara China dan Jepun itu negara empat musim. Air sejuk akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Tindakbalas ini akan menyebabkan lemak terbentuk di dalam usus, lantas memperlahankan proses penghadaman.

Lama kelamaan, lemak-lemak ini akan menyempitkan saluran-saluran dalam badan kita. Bila dah sempit, mudahlah tersumbat. Bila tersumbat, penyakit pun datang. Bila penyakit dah datang,

Kaitan air sejuk dengan serangan jantung(strok)

Apakah kaitan air sejuk dengan serangan jantung(strok)?

Terlebih dahulu, ada baiknya kita melihat dan meniru budaya orang cina dan jepun yang gemar meminum teh hijau panas. Green tea sememangnya diakui mempunyai khasiat untuk kesihatan manusia, tetapi yang diutarakan kali ini adalah dihidangkan semasa masih panas.

Apabila kita meminum air sejuk selepas makan, air sejuk tadi akan membekukan minyak yang kita baru saja makan. Ini menyebabkan proses penghadaman menjadi perlahan dan akan menyebabkan banyak lemak yang 'mendap' atau tidak dapat dicerna. Lama-kelamaan minyak itu akan bertukar lemak dan akan berpotensi menjadi kanser.

Serangan Jantung.

Biasanya apabila seseorang mengalami serangan strok, orang itu akan merasa sakit-sakit di bahagian tangan kiri. Disamping itu simtom-simtom lain seperti kerap berpeluh, rasa-rasa nak muntah dan rasa kelainan di bahagian tengkuk.

60% daripada mangsa yang mengalami strok ketika tidur tidak akan bangun(mati).

Kesimpulan

Minum air panas (suam) adalah lebih baik untuk kesihatan. Minum air sejuk sekali-sekala dan apabila sesuai misalnya cuaca yang terlalu panas.

Walaupun perkara ini adalah teori semata-mata tetapi saya percaya bahawa meminum air panas atau suam adalah lebih baik daripada air sejuk atau 'ping' tidak kira ia berkaitan strok atau lain-lain penyakit.

0 comments: