Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, December 23, 2010

JPJ Cadang Wajibkan Bas Ekspres Guna GPS


GPS devices usually don't mention the bus in front of your vehicle.

KUALA KRAI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang mewajibkan perkhidmatan bas ekspres di negara ini menggunakan sistem pengesanan global (GPS) untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, pihaknya mendapati sistem itu mampu mengesan setiap pergerakan dan perjalanan bas ke destinasi tertentu dengan lebih selamat berbanding sistem yang ada sekarang.

"Pihak ibu pejabat sesebuah syarikat bas boleh memantaunya selama 24 jam perjalanan setiap bas milik mereka termasuk pemandu yang memecut laju yang boleh mengundang kemalangan," katanya kepada pemberita pada majlis program satu komuniti satu JPJ di Sekolah Kebangsaan Chucoh Puteri di sini, Khamis.

Pada majlis itu, lebih 300 penduduk kampung berkenaan menerima lesen memandu motosikal masing-masing secara sah selepas menjalani latihan selama tiga bulan yang turut dihadiri Pengarah JPJ Kelantan, Abdul Ghani Che Kasim.

Solah berkata demikian ketika diminta mengulas kejayaan Konsortium E-MutiaraBerhad mensifarkan kemalangan jalan raya yang membabitkan 60 buah bas ekspresnyadalam tempoh lebih lima tahun selepas menggunakan GPS.

Pengurus Eksekutifnya, Nik Ibrahim Ismail berkata, pihaknya membelanjakan hampir RM100,000 setahun untuk memasang peralatan pengesanan dari pejabat ke setiap bas miliknya bagi perjalanan hampir kesemua negeri di semenanjung.

Solah berkata, pihaknya akan menguatkuasakan sistem itu secepat mungkinselepas mendapat kelulusan daripada kerajaan.

Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya akan memberi pilihan kepada syarikat pengusaha bas ekspres untuk memilih sistem mana yang mereka mahukan asalkan ia memenuhi ciri-ciri keselamatan penumpang yang lebih berkesan pada masa akan datang.

Katanya, kerajaan tidak mahu lagi tragedi buruk seperti yang berlaku di Simpang Pulai-Cameron Highland yang mengorbankan 27 nyawa, Isnin lepas.

Ketika berucap pada majlis itu, Solah berkata, kerajaan kerugian hampir RM9bilion termasuk kos rawatan hospital dan pembiayaan pelajaran akibat kemalangan jalan raya yang membabitkan 6,000 hingga 7,000 kes setahun.

Katanya, 60 peratus daripada jumlah itu membabitkan penunggang motosikal danjika wang itu dapat diselamatkan kerajaan boleh membina jalan raya baru yangmenghubungkan Kuala Krai ke Gua Musang. - BERNAMA


0 comments: