Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, February 14, 2012

Firefly lancar tawaran tambang RM19

Firefly

KUALA LUMPUR – Firefly melancarkan kempen “Just Pay This To Fly” yang menawarkan tempat duduk berharga RM19, yang merupakan satu daripada “Tawaran Terbesar”nya tahun ini.

Mulai hari ini hingga 19 Februari, tambang sehala termasuk semua dari serendah RM19 ke destinasi-destinasi domestiknya dijual bagi tempoh perjalanan yang panjang iaitu dari 19 Mac hingga 27 Oktober, 2012.

“Kempen promosi ini disasarkan kepada mereka yang merancang bercuti seketika daripada rutin harian yang sibuk dan mereka yang merancang perjalanan semasa cuti sekolah pada Jun dan Ogos.

“Kami percaya ini adalah peluang yang baik bagi pelancong tempatan dan asing untuk meneroka tarikan-tarikan hebat yang ada di Malaysia, terutamanya budaya yang pelbagai, warisan yang mempesonakan, pulau-pulau yang tenang dan damai serta beraneka jenis makanan,” kata Ketua Pegawai Operasi Jarak Dekat Malaysia Airlines/Firefly, Ignatius Ong, dalam satu kenyataan hari ini.

Tambang sehala yang ditawarkan pada RM19 termasuk semua sebenarnya merupakan tambang sifar dengan sedikit fi pentadbiran sebanyak RM10 dan cukai lapangan terbang sebanyak RM9.

Promosi RM19 merangkumi destinasi percutian popular seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuantan dan Alor Setar.

Menurut Firefly, jualan itu juga merangkumi destinasi tempatan Firefly dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Tambang promosi ini hanya boleh ditempah dalam talian, katanya.

Syarikat penerbangan komuniti itu berkata sambutan terhadap jualan itu, yang bermula hari ini, menggalakkan, dan lebih 60 peratus tempahan hari ini adalah bagi promosi itu.

Pelanggan-pelanggan disarankan menempah awal, kerana tempat duduk yang ditawarkan tertakluk kepada pembelian awal dan sama ada tempat duduk masih ada.

Bagi maklumat untuk menempah penerbangan dalam jadual dalam laluan Firefly, sila kunjungi laman sesawang www.fireflyz.com.my. – Bernama


0 comments: