Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, February 1, 2012

Purata 150 kereta dicuri setiap hari di Malaysia

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDfTkhGT70XaNqfyFPVGd3hRj14jgp6u0-Y3gdZAz4Yhz8OUCbWVCWImF63b4ZDexn3klVsKkpxfEtYeUfjk0BPTPe0Sf-mI0eDhfWOy9WhtAZoKhaIC1Xf00nucMAaA_3lDON9uhsgzdX/s1600/kereta+mewah+curi2.jpeg
PETALING JAYA: Sesebuah kereta boleh dilarikan dalam tempoh tujuh minit sahaja kerana kebanyakan sindiket curi kereta kini menggunakan peralatan berteknologi tinggi untuk mencuri kereta.

Purata 150 kereta dicuri setiap hari di Malaysia dan jumlah kereta yang dicuri mencecah 112,503 sejak 2010, kata laporan sebuah laman berita akhbar tempatan, semalam.

Kereta-kereta itu terdiri daripada model lama dan baru dengan komponennya dileraikan.

Kebanyakan kenderaan baru yang dicuri pula terdiri daripada kereta jenis pacuan empat roda, yang dieksport ke negara-negara Timur Tengah, lapor laman mStar Online.

Difahamkan kenderaan curi itu digunakan oleh kumpulan pemberontak untuk membawa senjata api.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, dipetik oleh laporan laman berita itu sebagai berkata bahawa kebanyakan suspek bekerjasama dengan beberapa sindiket kereta curi.

Menurutnya, polis Malaysia berjaya menumpaskan enam sindiket tetapi terdapat beberapa kumpulan lain yang masih cergas menjalankan kegiatan itu.

Sejumlah 57,462 kereta curi dilaporkan pada 2010, manakala kira-kira 55,041 kes dicatatkan dari awal hingga September tahun lalu.

Beliau berkata terdapat permintaan tinggi untuk kereta curi di tapak pembinaan di kawasan terpencil.

Namun, beberapa kenderaan tersebut turut digunakan untuk kegiatan jenayah dan rompak manakala beberapa model lagi dieksport ke luar negara.

'Kami percaya kenderaan seperti Toyota Hilux dicuri untuk memenuhi permintaan di Timur Tengah. Kami juga percaya kumpulan pemberontak menggunakan kenderaan itu untuk membawa senjata api,' katanya seperti yang dipetik dalam laporan mStar Online itu.

Datuk Seri Mohd Bakri berkata polis menemui 2,765 kereta curi bernilai kira-kira RM137 juta ($56.6 juta) pada 2010 dan 2,045 kereta bernilai RM103 juta sehingga September tahun lalu.

Kenderaan tersebut dikesan menggunakan sistem kedudukan global (GPS) dan alat kawalan keselamatan.

'Kami menyelesaikan kes enam sindiket utama dan menemui kira-kira 100 kenderaan termasuk model Toyota Hilux, Toyota Fortuner, Toyota Alphard dan Honda City dengan menggunakan alat tersebut,' katanya lagi.

0 comments: