Oleh Wong Choon Mei  “Sekarang sudah  tiada jalan keluar. Yang terakhir adalah apabila  anaknya mengeluarkan  kenyataan bahawa keluarganya tiada kepentingan  untuk melabur untuk  kondo-kondo tersebut. Keluarga ini sememangnya salah  anggap terhadap  persepsi rakyat. Mereka tidak sedar bahawa mereka  kelihatan bongkak  walaupun jika mereka tidak bermaksud untuk berbuat  demikian. Tetapi  Umno sekarang sudah sedia maklum betapa NFC telah  memburukkan nama  Umno. Shahrizat ibarat bom jangkamasa dan Umno harus  mematikan beliau  dengan apa cara sekalipun,” ujar sumber dalam Umno  kepada Malaysia  Chronicle. Pendedah maklumat yang dirahisakan Begitu  banyak wartawan menunggu di luar kediaman Perdana Menteri  seawal 8  pagi pada hari Khamis setelah ada khabar angin mengatakan  perletakan  jawatan Shahrizat yang tidak dapat dielakkan lagi. Tidak lama  kemudian  pembantu Shahrizat memberitahu para wartawan bahawa beliau  telah pergi  ke kediaman rasmi PM untuk menghadiri mesyuarat Program  Transformasi  Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. Sumber Umno juga  memberitahu  bahawa beliau telah berjumpa dengan Najib. “PM telah memberi  kata dua kepada beliau untuk berundur dan  membiarkan Shahrizat untuk  memutuskan sendiri bila beliau akan berbuat  demikian tetapi semestinya  dalam masa terdekat. PM juga mengatakan  bahawa ini hanyalah untuk  jawatan kabinet tetapi bagi jawatan ketua  wanita, beliau harus  menyerahkan ia kepada delegasi wanita. Jika  Shahrizat bersedia untuk  berundur, beliau akan terselamat daripada EMG  yang akan memalukan  beliau,” ujar orang dalam Umno. Keluarga Shahrizat telah  dianugerahkan Projek Penternakan Feedlot  Kebangsaan pada tahun 2006 dan  diberikan pinjaman RM250 juta daripada  kerajaan untuk membina skim itu  yang didakwa akan memberikan bekalan  daging lembu yang lebih murah  untuk rakyat Malaysia. Dalam masa 3 bulan, terima kasih kepada  pendedahan yang dibuat oleh  seorang pemberi maklumat yang identitinya  dirahsiakan, Pengarah Strategi  PKR Rafizi Ramli telah membongkar  beberapa transaksi yang menunjukkan  penyelewengan dana itu. Walaupun  Shahrizat telah menyalahkan pihak PKR  kerana kejatuhan beliau,  dipercayai pendedahan sebenarnya dimulakan oleh  orang Umno sendiri. Antara  yang disyaki adalah Menteri Wilayah dan Ketua Umno Lembah  Pantai, Raja  Nong Chik – seorang protégé Naib. Juga dipercayai bahawa PM  mahukan  Raja Nong Chik untuk bertanding di Lembah Pantai pada PRU 13  tetapi  Shahrizat enggan memberi laluan kepadanya, kerana itu adalah  kerusi  beliau sehinggalah beliau kalah kepada Nurul Izzah dari PKR pada  2008. Tanpa jawatan dalam kabinet, dapatkah keluarganya menang projek NFC? Pinjaman  itu telah digunakan untuk membeli 5 kondo mewah, sebuah  Mercedes Benz  super-class, percutian keluarga yang mahal dan juga  diskaun  berjuta-juta ringgit dan pemindahan wang kepada firma  keluarganya  sendiri. Shahrizat yang disoal siasat oleh SPRM pada hari Rabu  telah  menegaskan bahawa tiada kepentingan beliau dalam projek itu dan  beliau  tidak terlibat dengannya sama sekali. Walaubagaimanapun,  tidak ramai yang menerima penjelasan beliau dan  aada seorang ahli Umno  yang memberitahu wartawan bahawa tiada seorang  pun yang tahu suami  beliau, Salleh Ismail, pengerusi NFC “daripada  Adam”. Implikasinya  adalah, jika Shahrizat bukan menteri dalam kabinet,  Salleh, yang tiada  pengalaman dalam projek ternakan lembu sudah tentunya  tidak akan menang  projek tersebut. Ada yang berbohong Anak  beliau, Izmir Salleh terlalu tertekan semasa beliau cuba   mempertahankan ibu bapanya dengan menegaskan bahawa pinjaman RM250 juta   yang diberi kepada keluarga mereka boleh dilaburkan sesuka hati. Beliau  bukan menenagkan rasa marah rakyat tetapi semakin  menyemarakkannya.  Pemimpin pembangkang telah mendesak satu Suruhanjaya  Penyiasatan Diraja  untuk menyiasat projek NFC dan juga pinjaman itu. “Semasa  mesyuarat Komiti Akaun Rakyat pada 23 November lalu ke atas  NFC, dua  orang pegawai senior MOF telah dengan jelas mengatakan bahawa  pinjaman  itu tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada yang  sepatutnya  dan semestinya tiada yang membolehkan ia digunakan untuk  tujuan  pelaburan hartanah,” ujar Tony Pua, Ahli Parlimen PJ Utara pada  Jumaat  lepas. Pegawai MOF itu telah menerangkan bahawa tujuan untuk  pengeluaran  wang mesti dijelaskan dengan terperinci. Apabila ditanya  lagi, pegawai  MOF mengesahkan bahawa mereka yang memberi pinjaman RM250  juta itu tidak  pernah mendapat permohonan untuk memberi hartanah. Jadi  sekiranya,  pegawai MOF ini bercakap benar, sudah tentulah Wan Shahinur  Izmir yang  berbohong untuk menegakkan benang yang basah.” Malaysia Chronicle
Nampak gayanya Umno telah membuat keputusan untuk membuang Ketua   Wanita Shahrizat jalil dan akan menggunakan keadah persetujuan dua pihak   untuk mengeluarkan beliau daripada kabinet dan juga sebagai ketua   Wanita Umno.
Bagi jawatan ketua Wanita  Umno pula, ad aura-ura bahawa beberapa orang  pemimpin termasuk timbalan  Ketua Wanita, Kamilia Ibrahim dan bekas  Ketua Wanita Rafidah Aziz akan  memangil mesyuarat luar biasa untuk  melaksanakan undi tidak percaya  terhadap beliau. 
Monday, February 13, 2012
Umno mula berkeras dengan Shahrizat ?
Posted by Suhaimi at 8:38 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment