TUJUAN AKHIR NEOCON
After  last week's explosions it's important to take an objective look at the  evidence as the story unfolds rather than putting blind faith into the  anti-Iran spin from Washington and Tel Aviv - dari BANGKOK POST 19/2/2012
Bom  telah meletup di Bangkok minggu dahulu. Berita melaporkan bangunan  kedutaan Israel sebagai sasaran. Seorang warga Iran telah ditahan di  Kuala Lumpur. Sebelum di Bangkok, bom telah juga  meletup di New Delhi  dan di Georgia. Media dan ajensi berita  yang bersimpati dengan Zionis  telah menuduh  Iran dibelakang semua letupan ini. Letupan ini  adalah  bukti bahawa   Iran adalah negara  sarang pengganas.
Tetapi   Bangkok Post akbar harian Inggeris  Siam telah melaporkan kenyataan  Menteri Dalam Negeri Siam  yang meminta  semua pihak  tidak melulu  menuduh Iran. Apakah ada sesuatu lagi dibelakang letupan-letupan ini?  Apa makna semua ini?
Dalam strateji media  ini dipanggil  strategi  mengolah pesetujuan. Bom yang meletup itu adalah hasil   operasi ‘false-flag’. Ini adalah mondus operadi yang sering dilakukan  sebelum perang dilancar. Letupan kecil ini digunakan untuk  mengolah  persetujuan agar ‘letupan’ yang lebih besar dapat dilakukan.
Jika  membaca buku memoir Said Zahari – bekas ketua pengarang Utusan Melayu -   kita akan bertemu dengan naratif  dimana Tunku telah diminta oleh  British untuk meletupkan kapal British di Laut China Selatan. Kemudian  British meminta Tunku menuduh letupan ini sebagai kerja sabotaj Sukarno.  Ini berlaku ketika  Bung Karno menentang pembentukan Malaysia pada  tahun 1963 dahulu.
Jangan lupa – paling terbaru  di Kuala Lumpur   telah berlaku  3 letupan kecil pada 9 Januari lalu d Mahkamah Jalan  Duta. Ini juga adalah  operasi  ‘false-flag’. Tidak susah untuk memahami   siapa dibelakang  letupan ini kerana pagi  esoknya akhbar kesayangan  gerombolan United Malays National Organistion telah menuduh : letupan  bom ini adalah hasil kerja penyokong Anwar Ibrahim.
Seperti  tulisan minggu dahulu saya telah menerangkan bahawa semua yang berlaku  dalam dunia hari ini  adalah perancangan gerombolan NeoCon. Babak dan  drama  politik dunia yang sedang kita saksikan adalah projek-projek   untuk mengimplementasi Projek Kurun Baru Amerika yang telah dirancang  oleh gerombolan NeoCon.
Rasa saya bukanlah bagitu susah untuk  memahami garis dan jalan politik Amerika ini. Ianya tidak jauh dari apa  yang sedang berjalan dalam negara kita. Cuma politik di Amerika   skalanya lebih besar dan merangkumi politik dunia.
Semuanya  bermula dengan kepentingan The American  Military Industrial Complex –  Perserikatan Senjata Amerika. Ini adalah kumpulan syarikat pembuat  senjata gergasi yang sedang mendominasi politik dunia. Perserikatan  Senjata  ini  akan memilih dan menyokong calon-calon untuk menduduki  Rumah Puteh.
Perserikatan Senjata  ini akan bersekongkol dengan  Walls Street untuk memastikan dasar ekonomi yang terbaik untuk kaum  pemodal. Perserikatan Senjata ini juga akan menaja kumpulan-kumpulan  pemikir untuk mengolah pandangan melalui tulisan dan komentar mereka di  media.  Wartawan, penulis dan para pemikir akan juga diupah dan  ditonjolkan sebagai  pembuat pandangan/opinion maker.  Gerombolan NeoCon  adalah tajaan Perserikatan Senjata Amerika untuk menjadi  jurufikir.
Perserikatan  Senjata Amerika ini bergerak dengan licik dan terancang. Dalam masa  yang sama Perserikatan Senjata ini berkerjasama dengan rejim Zionis  Israel. Kerjasama intim ini berlaku kerana ada kepentingan bersama.  Amerika memerlukan minyak mentah dari negara-negara Arab. Isreal ini  dijadikan ‘polong’ untuk menakut-nakut dan menghuru harakan wilayah  Timur Tengah. Kerana takutkan ‘polong’ maka negara Arab ini akan menjual  minyak kepada Amerika dan membeli senjata dari Amerika. Sempoi!
Mondus  operandi Perserikatan Senjata ini tidak ada bezanya dari peranan yang  mainkan oleh Ananda Krishnan, Vincent Tan atau Syed Mokhtar. Cukong dan  towkay  ini akan melabor  duit untuk memastikan calon-calon dari United  Malays National Organisation akan  terus berkuasa memerintah Malaysia.
Apa  yang berbeza:  Vincent Tan  mahu tapak tanah penjara Pudu  manakala      Carlyle Group di Amerika mahukan wilayah Kirkuk di Iraq  yang kaya  dengan minyak. Syed Mokhtar  mahu  monopoli jual beli beras manakala  Halliburton mahu  kontrek pembuatan senjata di Amerika. Ananda Krishnan  mahu 40 saluran Astro makala Time Warner mahu memiliki semua media dalam  dunia ini.
Apa yang cuba saya lakarkan disini  adalah bahan   latar untuk kita semua memahami apa yang sedang  berlaku.  Hari ini   pembudayaan, moral, nilai, tingkah laku, cara hidup malah cara manusia   berfikir juga  dibentuk oleh sistem ekonomi kapitalis. Justeru ramai  warga dalam dunia ini secara tidak sedar telah memiliki pandangan dunia  yang direkakarya oleh sistem ekonomi kapitalis. Justeru mereka akan  menerima  tuduhan dari media pro Zionis  bahawa Iran adalah sebuah  negara bahaya kerana sedang merancang untuk membuat bom nuklear.
Bagaimana semua ini  ada sangkut paut dengan persediaan untuk menyerang Iran? Apakah betul Iran yang menjadi sasaran?
Jawabnya  ia dan tidak. Betul pada ketika ini Iran sedang menjadi sasaran. Walau  pun 16 badan risikan Amerika telah menerangkan kepada Kongres Amerika  bahawa Iran TIDAK ada rancangan untuk membuat bom nuklear. Laporan badan  nuklear dunia - International Aromic Energy Agency (IAEA) juga memiliki  pandangan yang sama. Tetapi gembar gembur untuk menyerang Iran masih  diteruskan. Kenapa?
Jawabnya senang sahaja. Perserikatan Senjata  Amerika memerlukan suasana perang agar kilang persenjataan terus  mendapat kontrek  membuat senjata.  Isreal, saperti yang telah saya  nyatakan memainkan peranan ‘polong’ untuk terus menakut-nakutan dan  menundukkan semua  negara di Timur Tengah ini untuk menyembah Rumah  Puteh.
Rakyat dunia wajib berwaspada dari sekarang kerana NeoCon,  jurufikir Perserikatan Senjata ini memiliki rancangan masa depan yang  berjangka panjang. NeoCon berfikir dan  merancang bukan untuk setahun  dua. Contohnya  rancangan untuk menyerang Iraq telah mereka kupas  panjang lebar semenjak tahun 1991 lagi. Iraq hanya diserang pada tahun  2003.
Sasaran utama  NeoCon BUKAN Iran tetapi China. Mungkin ada  pembaca yang merasa mushkil dan amat payah untuk menerima kenyataan  ini.   Disinilah kekuatan NeoCon – mereka dibayar untuk berfikir dan  kemudian buah fikiran mereka dijadikan dasar negara. Dasar ini di kota  dan dikuat kuasakan oleh kekuatan bala tentera Amerika. Justeru mereka  memperincikan  cadangan mereka sebagai Projek Kurun Baru Amerika.
Untuk  memahami kenapa China menjadi sasaran sila rujuk kembali  rukun iman  NeoCon yang tertulis dalam Projek Kurun Baru Amerika. Jelas tertulis  :  tidak membenarkan mana mana negara muncul untuk menentang kepentingan  Amerika atau berkeupayaan untuk menandingi kuasa Amerika. Justeru rukun  iman ini boleh mentafsirkan   China memiliki potensi untuk menandingi  kuasa Amerika.
Hari ini ekonomi China adalah ekonomi kedua  terbesar dalam dunia. China telah mengambil tempat Jepun. Memang betul  hari ini kekuatan tentera laut dan darat China tidak mungkin menandingi  Amerika. Memang betul pada ketika ini  teknoloji China masih jauh   ketinggalan berbanding dengan  Amerika. Memang betul kemiskinan masih  lagi menghantui  beratus juta warga China.
Menyedari semua inilah  maka NeoCon mencadangkan akan dijalankan  ‘projek-projek’ untuk  memastikan China akan terus mundur dan tidak gagah bangun berdiri.  Kelemahan asasi China ialah bahan bakar petrolium. China perlu mengimpot  32% keperluan bahan bakar minyak. Sumber minyak ini datangnya dari  Afrika, Telok Parsi dan Saudi Arabia.
Ketika Saddam Hussein  berkuasa di Iraq banyak kawasan konsesi cari gali minyak telah diberikan  kepada China. Apabila Amerika masuk dan mengambil alih Iraq, semua  perjanjian cari gali ini telah  dibatalkan. Di Libya  China memiliki  hubungan yang baik dengan Muammar Gadaffy. Justeru  apabila Gaddafy   dibunuh semua kepentingan China  dilupuskan. Semua perjanjian cari gali  minyak di Libya dibatalkan.
Dengan ini amat jelas perang di Iraq  dan Libya telah menafikan kepentingan China. Pekara ini amat-amat  disedari oleh China. Justeru China telah membuat  perjanjian untuk  membeli minyak mentah dan gas dari Iran.  Telah wujud perancangan  untuk  membuat pembetongan aliran minyak dan gas  dari Iran ke Pakistan dan  berakhir di China. Aliran minyak ini mengikut Jalan Sutera Lama – The  Old silk Road. Jika berjaya dilakukan maka China akan mendapat aliran  minyak dan gas berterusan tanpa  melintasi Selat Melaka.
Amerika  melihat semua langkah-langkah China ini. Amerika sedar akan hubungan  intim antara China dengan Iran dan Pakistan.  Justeru apa yang berlaku   di Libya, Syria, Iran dan Pakistan adalah strateji bala tentera Amerika  untuk mengepong China dalam jangka panjang.
Menyedari semua ini  maka kita lihat bagaimana  Rusia telah sekata dengan China untuk TIDAK  menyokong sekatan keatas Syria.  Rusia juga sedar  negara-negara boneka –  Afghanistan, Tajikistan, Uzbekistan, Kyrgyzstan – adalah negara-negara  boneka yang sedang di persenjatai oleh Amerika. Negara piliharan Amerika  ini  terletak dibawah perut Rusia. Negara ini juga bersempadan dengan  China.  Tidak dapat tidak negara-negara ‘tan’ ini akan menjadi ‘ israel’  untuk China dan Rusia.
Justeru tulisan saya ini adalah   ingatan  kepada  warga  dunia.Jika perang dilancarkan keatas Iran bermakna  Perang Dunia Ketiga bermula.  Serangan keatas Iran adalah  mengimplementasi  projek  NeoCon sedang untuk melahir New World Order  atau Tata Dunia Baru
Wednesday, February 22, 2012
ZIONIS DAN NEOCON SEDANG MERANCANG
Posted by Suhaimi at 6:26 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment