Pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei bakal menamatkan
zaman bujangnya dengan bekas pemain perseorangan badminton wanita
negara, Wong Mew Choo, tahun depan.
Pemenang pingat perak
Olimpik London itu berkata beliau kini bersedia berkahwin dengan Wong
yang dikenalinya sejak 2001 ketika mereka bersama-sama mengikuti kem
latihan badminton negara.
Bagaimanapun, Chong Wei enggan
menyatakan tarikh atau tempat yang dipilih untuk meraikan majlis
bersejarah itu memandangkan semuanya masih dalam perancangan.
"Mungkin
saya akan mengundur diri tahun depan kerana pertandingan penting sudah
berakhir dan mula merancang memandangkan saya bukan lagi muda," katanya
kepada Bernama.
Sebelum ini, pemain berusia 30 tahun itu pernah
menyatakan hasrat untuk berkahwin tahun hadapan, bagaimanapun ketika itu
beliau tidak mengumumkan wanita pilihannya.
Menurutnya beliau
tidak mahu kisah cintanya itu dipandang negatif sehingga mengganggu
fokus dan persiapan beliau ke Olimpik London.
"Saya dan dia
(berkawan) sudah banyak tahun. Tetapi kadang-kadang saya tiada masa dan
saya mahu fokus pada karier dan biasalah kadang-kadang kita bergaduh,"
akui atlet dari Pulau Pinang itu.
Mengenang kisah lampau, Chong
Wei mendedahkan beliau dan Wong pernah berpisah ketika menyertai latihan
di Korea Selatan pada 2009, namun, hubungan itu terjalin semula setahun
lalu.
Dalam perkembangan lain, musuh tradisi atlet itu, pemain
perseorangan nombor satu dunia Lin Dan dari China juga dilapor akan
mengadakan majlis resepsi perkahwinan dengan bekas perseorangan wanita
republik itu, Xie Xinfang bulan depan.-Bernama
Tuesday, August 28, 2012
Chong Wei kahwini Wong Mew Chew tahun depan
Posted by Suhaimi at 7:12 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment