Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pegawai Syarikat
Bekalan Air Selangor (SYABAS) mempersetujui bahawa Selangor tidak
mengalami krisis air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang
didakwa syarikat itu sebelum ini.
Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini,
Abdul Khalid berkata pegawai tersebut mempersetujui demikian dalam satu
taklimat kepada satu jawatankuasa menyemak yang bari dibentuk kerajaan
negeri.
Abdul
Khalid berkata, laporan awal jawatankuasa itu menyatakan bahawa 35 loji
rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter
air sehari (MLD), lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan SYABAS
setiap hari.
"Ya (mereka bersetuju dengan jumlah tersebut). Mereka berada di dalam bilik dalam mesyuarat yang sama.
“Hanya
dua orang yang tidak hadir (dalam mesyuarat) – orang yang kita bayar
RM400,000 sebulan dan ketua pegawai eksekutif Ruslan Hassan. Semua
profesional tertinggi hadir," katanya yang merujuk dengan sinis kepada
pengerusi eksekutif SYABAS Tan Sri Rozali Ismail.
SYABAS pada
Julai lalu mencadangkan catuan air dijalankan di beberapa kawasan di
Selangor dan Kuala Lumpur dengan alasan rizab air di negeri itu berada
di tahap kritikal.
Kerajaan Selangor kemudiannya mendakwa
syarikat tersebut cuba "mencipta" krisis dan menggunakan kuasanya untuk
mengambil alih pengurusan SYABAS.
Abdul Khalid bagaimanapun
mengakui bahawa beberapa kawasan di Selangor berdepan dengan gangguan
air – yang dikaitkannya dengan kelemahan SYABAS dalam kapsiti
membekalkan air.
“Tempat seperti Cheras dan Petaling Jaya,
disebabkan sifat bangunan tersebut, air terpaksa dipam tapi jika anda
tidak mencapai kapasiti yang sangat tinggi maka akan berlaku kekurangan
bekalan," katanya.
Tambahnya, perkara itu bermaksud paip lencongan diperlukan untuk membawa air tambahan ke kawasan berkenaan.
Abdul Khalid juga mengakui bahawa "krisis" tersebut menjejaskan kerajaan Pakatan Rakyat dari segi politik.
"Tentulah
ia mempunyai sedikit impak apabila anda melihat seorang wanita tua
terpaksa membawa sebaldi air yang menunjukkan bahawa kerajaan Selangor
tidak sensitif kepada keperluan rakyat, tapi saya akan selesaikan
bahagian itu," katanya.
Monday, August 6, 2012
MB: SYABAS akui tiada krisis air di S'gor
Posted by Suhaimi at 2:09 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment