SHAH ALAM: Biarpun pendakwaan terbaru terhadap Rafizi
Ramli dilihat sebagai usaha menyekat pembongkaran terhadap pemberian
kontrak LRT Ampang, namun Pengarah Strategi PKR itu bertegas akn terus
melakukan pembongkaran.
Katanya, tindakan pendakwaan terbaru di
bawah Akta Istitusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) terhadapnya itu tidak
menghalang beliau untuk terus melakukan pembongkaran terhadap
penyelewengan melibatkan pemimpin tertinggi negara.
Beliau
meletakkan keyakinan yang tinggi bahwa pendakwaan terhadapnya itu adalah
berkaitan pemberian kontrak LRT Ampang kepada George Kent yang
didedahkannya sebelum ini.
"Apa yang berlaku semuanya dalam
keadaan yang tergesa-gesa dan saya pasti ini berkaitan dengan pendedahan
kontrak LRT Ampang yang saya dedahkan sebelum ini," jelasnya.
Kata
beliau lagi, pendedahan terhadap pemberian kontrak kepada Goerge Kent
sebelum ini telah terbukti beberapa hari lalu apabila kerajaan membuat
pengumuman bahawa George Kent telah dilantik bagi projek tersebut.
"Bagi
saya ini tindakan ini bermotifkan politik kerana saya telah lama
disiasat serta diambil keterangan, malah kerjasama sepenuhnya telah saya
berikan.
"Tetapi selepas pengumuman dilakukan pasal pemberian
projek tersebut maka dalam keadaan tergesa-gesa saya didakwa, kalau
bukan kerana isu pemberian kontrak atas alasan apa saya di dakwa dalam
keadaan sedemikian," katanya lagi.
Semalam, Rafizi juga telah
mengumumkan penubuhan sebuah NGO pemantau pemberi maklumat (National
Oversight and Whistleblowers Centre) atau NOW.
NGO ini bertujuan
untuk menjaga kepentingan pemberi maklumat selepas akta yang ditubuhkan
kerajaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowers Protection
Act) yang digubal langsung tidak berkesan malah diragui rakyat.
Badan ini telah didaftarkan dan akan beroperasi dari pusatnya di Sungai Besi.
Kelengkapan di pusat ini termasuklah kemudahan dewan latihan untuk menjalankan program latihan dan wacana yang berterusan.
NOW
akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Ogos 2012, sehari sebelum Hari
Kebangsaan untuk melambangkan kebebasan baru rakyat Malaysia.
Kejayaan
NOW dalam melindungi pemberi maklumat akan bergantung kepada sumbangan
orang ramai untuk menampung Dana Perlindungan Pemberi Maklumat.
Selain Rafizi, turut didakwa adalah bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad.
Rafizi
dituduh di bawah Seksyen 97(1) Akta Bank dan Intitusi Kewangan 1989,
manakala Johari pula di bawah Seksyen 112 (1)(c) juga di bawah akta yang
sama, yang menetapkan hukuman maksimun 3 tahun penjara atau denda RM3
juta atau kedua-duanya sekali.
Beliau ditahan di bawah Akta
Istitusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) kerana didakwa mendedahkan
butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.
Friday, August 3, 2012
Rafizi akan bongkar lagi kontrak LRT Ampang
Posted by Suhaimi at 12:36 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment