Kesan Air Tangan Orang Yang Tak Solat | Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa
as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang
sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia
(nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing
anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang
turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda
yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.
Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak,
dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan
menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa
menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam
tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh
dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu
Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi
Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan
solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina
dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah,
belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan
masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah
solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan
menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.
Anak-anak, suami pula yang akan makan
makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati
minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Tapi lain pula
halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai
satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan
bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat
kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya
amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad
melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus
melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat
baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as
Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”
Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya
kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca
Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika
makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. – Wallahu a’lam.
P/S: Allah SWT telah
mewajibkan semua hamba-Nya agar menunaikan solat lima waktu sehari
semalam. Tahukah kita bahawa solat merupakan soalan pertama yang akan
ditanya nanti di akhirat kelak, sebelum amalan-amalan yang lain.
0 comments:
Post a Comment