Justeru, ada yang sanggup mengorbankan nyawa manusia dalam upacara pemujaan untuk membolehkan mereka mencapai kehidupan yang diingini itu.
Peredaran zaman bagaimanapun menyaksikan kebanyakan kepercayaan dan upacara berkenaan tidak lagi diamalkan.
Bagaimanapun, suku Tengger beragama Hindu yang tinggal di Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia, masih mengamalkan kepercayaan tradisional yang dikatakan boleh membawa tuah dalam kehidupan mereka.
Menganggap Gunung Berapi Bromo yang terletak berhampiran sebagai suci, suku Tengger akan mengadakan Festival Yadnya Kasada atau Kasodo setahun sekali, iaitu sekitar 14 atau 15 dalam bulan Kasodo (ke-10) menurut kalendar Jawa.
Upacara ini bertempat di sebuah pura atau candi di bawah kaki Bromo utara dan dilanjutkan ke puncaknya.
Semasa upacara berlangsung bermula awal pagi, beratus-ratus penduduk suku Tengger akan mendaki Bromo yang setinggi 2,328 meter.
Mereka akan membawa bersama pelbagai jenis barangan seperti beras, haiwan ternakan, sayur-sayuran, buah-buahan dan wang sebagai ‘hadiah’ untuk dewa-dewi.
Dalam upacara berkenaan, suku Tengger akan memasuki kawah Bromo dan mengambil kedudukan masing-masing.
Mereka kemudian akan melemparkan barangan yang dibawa tersebut ke bawah gunung tersebut.
Lebih menarik perhatian, sekumpulan lagi penduduk akan berada di kawasan cerun gunung tersebut dengan memegang jaring.
Berdasarkan legenda, ritual yang diamalkan sejak kurun ke-15 itu bermula apabila seorang puteri bernama Roro Anteng mengasaskan kepercayaan suku Tengger tersebut dengan suaminya, Joko Seger.
Pasangan suami isteri itu yang tidak mempunyai anak, meminta dewa gunung membantu dan mereka dikurniakan 24 orang anak.
Anak ke-25 bernama Kesuma perlu dikorbankan untuk Gunung Berapi Bromo lalu Roro dan Joko telah melakukan pengorbanan tersebut.
Walaupun amalan itu masih dilakukan, suku Tengger kini tidak lagi menggunakan manusia sebagai korban, sebaliknya beralih kepada haiwan dan makanan.
0 comments:
Post a Comment