Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini berkata ia akan sekali
lagi membawa isu catuan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
(SPAN) berikutan terdapat permintaan daripada penduduk tempatan.
Ketua Pegawai Operasinya, Lee Miang Koi (kanan) berkata,
nampaknya ramai yang mahu SYABAS membuat catuan air supaya semua orang boleh bergilir berkongsi beban.
"Nampaknya
ini adalah keputusannya. Saya akan menyampaikan ini kepada SPAN,"
katanya dalam satu taklimat awam di Balakong hari ini.
Beliau
menjawab pelbagai aduan daripada penduduk yang mendakwa bahawa kawasan
paling teruk seperti Bukit Belimbing, tidak ada air selama tiga bulan.
Bagaimanapun,
Lee berkata keadaan di Balakong kembali lega kerana baru-baru ini,
SYABAS telah menyambung paip baru ke loji rawatan air terbaru Sungai
Labu yang mula beroperasi pada Mac tahun ini.
Sebelum ini, katanya, sebahagian Kuala Langat dan Sepang dibekalkan air dari loji Semenyih.
Tetapi sekarang, tambahnya, mereka akan dibekalkan dengan
air
tambahan dari loji Sungai Labu dan ini dapat menjimatkan air di loji
Semenyih yang kemudiannya boleh dialihkan ke Belakong, melalui paip baru
yang disambung oleh SYABAS.
Menurutnya, proses tersebut telah
mengambil masa kira-kira 10 hari dan dalam tempoh tiga hingga empat
lepas, air telah sampai ke Balakong dan keadaan di Balakong telah pulih.
Loji
Sungai Labu mempunyai kapasiti pengeluaran 105 juta liter sehari (JLH)
dan telah beroperasi pada kapasiti 45 JLH sehingga minggu lepas di mana
ia telah meningkat kepada 70 JLH dengan sambungan paip baru.
Ia
akan meningkat kepada kapasiti yang ditetapkan selepas lebih banyak
kerja-kerja sambungan pada bulan Oktober dan Jun tahun depan, kata Lee.
Tuesday, August 7, 2012
Berita Pelik: SYABAS kata penduduk sokong catuan air
Posted by Suhaimi at 7:13 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment