Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, May 31, 2012

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Kuasa Mulai Esok 1 Jun 2012

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:

Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.

Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.

Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.

Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.

Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
…dan pelbagai perkara yang berkaitan.

Baca Seterusnya......

SAYA DIUGUT OLEH SEORANG SAMSENG UPAHAN JAMAL IKAN BAKAR SEKINCHAN...

Sumber omakkau.blogspot.com

Jam lebih kurang 8.45 malam 30hb Mei 2012 saya cuba menghubungi towkey Restoran Sekinchan Ikan Bakar Datuk Jamal b Mohd Yunus talian 0129048455 sebagai meluahkan rasa apa pengalaman saya bila berkunjung santai disalah sebuah restorannya...tujuan untuk beliau sedar apa yang berlaku dibawah...lagi pun mau minta penjelasan lanjut mengenai apa yang terpapar diblog ini mengenai restorannya dan juga rangkaian perniagaan dan pengelibatan beliau Bersih celup 4.0.

Panggilan saya tidak jawab...selepas itu saya terima sms darinya yang berbunyi ..SALAM., PLZ SMS TQ..

Saya pun akur dan lantas menghantarkan sms kepadanya yang berbunyi.....SALAM.. SBB APA X ANGKAT KOL,  KATA SMUA KOL BRO AKN JWB, LU X STEADYLAH BRO, SKRG LU DH FEMES, RAMAI SOKONG LU BRO..

Lebih kurang 15 minit kemudian saya terima satu panggilan talipon dari talian no 010-2061291 seorang lelaki berbangsa India dan memperkenalkan dirinya dia orang Datuk Jamal...saya pun jawab boleh tak saya bercakap dengan Datuk Jamal....dia kata apa jua hal awak setel dengan saya....saya kata nak setel apa? sedangkan perkara yang saya nak cakap ni berkait terus dengan beliau?....dia kata Datuk Jamal suruh dia handle ini hal...saya kata cara mana kamu boleh handle?....kamu ada kuasa eksekutif ke?...dia jawab dia ada kuasa penumbuk....

Saya jawab nak mengadu pun saya nak dibelasah?...Lelaki India itu pun cakap ... kalau lu berani mari jumpa saya di Ampang Point Ampang...

Secara kebetulan saya pun berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi maka saya pun jawab, baik dalam 20 minit saya sampai.

Setelah sampai di Ampang Point berhampiran dengan Kedai Habib Jewels saya talipon lelaki India tersebut...saya kata sekarang saya ada di Ampang Point.. awak ada dimana?...dia terus jawab.. lu siapa bro?..lu bukan salah nombor ke?.. tadi ada orang pakai fon saya..

Saya jawab bukankah awak yang fon saya...lelaki India yang ugut nak jumpa dengan saya dan nak ajar saya dengan penumbuk?...Yang gelinya dia kata saya Melayu bro..fon ini kepunyaan orang Melayu... saya pun lantas menjawab.. Orang Melayu calling tone lagu Tamil?...Dia terus letak fon.

Bila saya panggil balik tidak dijawab..

Dalam hati saya pun berkata...APAKAH UMNO SELESAIKAN MASALAHNYA DENGAN MENGUPAH SAMSENG?...

Saya sebelum itu telah maklumkan kepada beberapa sahabat saya jika apa-apa terjadi pada diri saya sila ambil nombor talipon ini..


NAMPAKNYA SIJAMAL SEKINCHAN INI HANYAK BERLAGAK GAH DIDEPAN KAMERA DAN HEBAT MEMBULI SEORANG WANITA KERDIL YANG LEMAH LEMBUT....GARANG SEBAB MERASAKAN PIHAK PDRM DAN DBKL DIBELAKANG BELIAU...BILA BERDEPAN DENGAN RAKYAT... PTUIHHHHH!!!!!...PENAKUT GILER BEB..

INILAH BILA BERNIAGA MENIPU..SEMUA PANGGILAN YANG BELIAU TIDAK DAFTARKAN DALAM FONNYA TIDAK AKAN DILAYAN....DIFAHAM HUTANG DENGAN PARA NELAYAN RATUSAN RIBU RINGGIT MASIH TAK BERBAYAR.

Baca Seterusnya......

Rafizi: Mengapa saya dan bukan pengerusi NFC?

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah mempersoalkan langkah Bank Negara untuk memanggilnya berhubung dakwaan melakukan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Rafizi, yang telah menerima notis tersebut di bawah Seksyen 87 (1) (a) akta berkenaan, bertanya mengapa bank pusat itu tidak mengambil tindakan terhadap pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan keluarganya yang didakwanya "secara terbuka"  memindahkan dana secara "tidak sah" kepada syarikat-syarikat milik keluarga beliau di Singapura dan Kazakhstan.

nfc office front"Perkara ini diakui oleh mereka dan bukankah ini perlu disiasat juga
oleh Bank Negara di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (Anti Money Laundering Act)?" soalnya.

Rafizi dipanggil untuk hadir memberi kenyataan jam 2.30 petang ii di Bank Negara.
Bercakap kepada pemberita selepas disoal siasat selama kira-kira 90 minit, beliau berkata pegawai penyiasatan Nur Sharina Rosli dan Azizul Abdul Ghafar bertanya bagaimana beliau memperolehi dokumen sulit tersebut.

"Saya bercakap benar. Saya beritahu semua yang saya tahu," katanya sambil menambah terserahlah sama ada mereka mahu meneruskan tuduhan terhadapnya.

Menemani beliau ialah Naib Presiden PKR, N Surendran dan pengarah biro undang-undang biro parti itu, Latheefa Koya, selaku peguamnya.

Isu tersebut berkaitan dakwaan Rafizi berhubung pembelian di KL Eco City oleh Mohamad Salleh dan keluarganya, yang bernilai sekurang-kurangnya RM10 juta. 

Baca Seterusnya......

Syarikat pertahanan Perancis didakwa 'beli' dokumen sulit



Suatu dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan - didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis.

NONEPeguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi
manusia, Suaram, mendakwa syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Breham (kanan) berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan oleh Suaram terhadap syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran tersebut dan meminta laporan transaksi kewangan daripada syarikat berkenaan.

"Mereka (para hakim siasatan) telah diberi maklumat yang sudah sedia ada dalam Internet dan akhbar, kecuali dokumen yang ini," dakwa Breham dalam satu sidang akhbar di Bangkok semalam.

"Ia adalah dokumen rahsia oleh Tentera Laut Malaysia - satu penilaian untuk tempahan kapal selam berkenaan, yang merupakan laporan yang sangat sulit," katanya kepada wartawan di Kelab Wartawan Asing Thailand.
Brehem membuat dakwaan tersebut berdasarkan kepada kertas pendakwaan Perancis.

Baca Seterusnya......

Najib Terbongkar Lagi: RM30 Untuk Setiap Belia hadir Himpunan


Selain baju T dan pengangkutan percuma, belia, anak-anak muda yang hadir di Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini diberi wang saku sebanyak RM 30 bagi meramaikan.

Walaupun disediakan beberapa hiburan percuma termasuk import dari Korea kumpulan K-Pop namun pihak penganjur tidak yakin keramaian yang diharapkan tanpa disogok serta diangkut .

Sebab itu keramaian yang dihebohkan hadir bukannya tulin dan sukarela.

Lihat saja para belia mempermainkan pihak yang menyogok mereka.

Itulah sebabnya Najib Razak masih ragu-ragu mau membubarkan parlimen. Dia sendiri tahu program Himpun Jutaan Belia tidak menyumbang kepada menterjemahkannya kepada bentuk undi. -omakkau

Baca Seterusnya......

Wednesday, May 30, 2012

Ahmad Shabery Selewengkan Fakta Kemalangan

Sumber Kelab GB


Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyeleweng berhubung kejadian kemalangan yang menyebabkan 17 cedera ketika Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya Sabtu lalu.

Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard berkata beliau sepatutnya memohon maaf, mengakui kesalahan dan bertanggungjawab di atas kejadian tersebut.

“Ahmad Shabery menyalahkan takdir kononnya semua yang berlaku sudah takdir,” kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan semalam.

Kemudian katanya beliau menipu kononnya semua mangsa termasuk keluarga menerima kejadian tersebut dan tidak menyalahkan penganjur dengan mengatakan semua mereka redha sedangkan keluarga mangsa dalam proses menyaman pihak penganjur.

“Terbaru pula Menteri terbabit cuba mengalihkan isu dengan memberikan maklumat salah kononnya semua berpunca kerana tidak ada badan mengawal selia acara sukan seperti itu dan Kementerian akan mewujudkan badan yang mengawal selia.

“Ini satu maklumat yang salah,” ujar Chegubard.

Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) semalam tampil memberi penjelasan Ahmad Shabery bahawa negara sudahpun mempunyai badan khusus untuk mengawal selia sukan perlumbaan bermotor.

Ketua Pengarah Eksekutif MAM Datuk Razlan Razali mengakui bahawa MAM merupakan salah satu dari badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia.

Mengulas lanjut kenyataan Ahmad Shabery, Razlan berkata perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM.

“Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami,” katanya.

Menurut Razlan, pihak penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan melainkan dengan hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar. -FMT

MAM jawab Shabery: Kami perlu luluskan perlumbaan


Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) hari ini tampil dengan penjelasan kepada menteri belia dan sukan bahawa negara sudahpun mempunyai badan khusus untuk mengawal selia sukan perlumbaan bermotor seperti yang menyebabkan 17 orang cedera ketika sambutan Hari Belia, Sabtu lalu.

Ketua pengarah eksekutif MAM Datuk Razlan Razali berkata MAM merupakan salah satu daripada badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia, lapor theSun.

"Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Kos untuk meluluskan perlumbaan itu termasuk perlindungan insurans yang meliputi pelumba, anggota pasukan lumba dan juga penonton, katanya.

Beliau mengulas kenyataan menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dilaporkan mahu mengkaji penubuhan badan induk sukan berkenaan dengan alasan, tiada badan khusus bagi mengawal selia sukan itu dengan lebih berkesan.

"Kita ada beberapa badan dan persatuan yang melibatkan sukan permotoran tetapi adakah ia merangkumi perlumbaan seperti ini. Saya perlu mendapatkan lebih maklumat tentang perkara itu," katanya seperti dilaporkan Bernama pada Ahad lalu.

Mengulas lanjut kenyataan Ahmad Shabery, Razlan berkata perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM.

"Penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan kami,"
kata Razlan yang mengulas tindakan penganjur yang hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar.

Sementara itu, penganjur kepada acara perlumbaan tersebut berkata mereka tidak dapat menyuraikan orang ramai yang memenuhi kawasan larangan di tepi litar terbabit.

Seorang pegawai perlumbaan tersebut, dari syarikat MUSC Motorsports berkata para penonton tidak sepatutnya berdiri di tepi jalan yang tidak dipagar dengan penghadang besi itu.

MUSC Motorsports telahpun bertindak menghalau individu yang berada di bahagian jalan tersebut, sejam sebelum acara dimulakan, katanya yang enggan dinamakan.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat menghalang kesemua individu berkenaan kerana jumlah yang ramai, katanya.
-mk

Baca Seterusnya......

Debat dengan Ummi Hafilda. YB Nurul Izzah sila tebus kembali maruah!!

Oleh: lidahbenar
"Nampaknya Ummi Hafilda sekali lagi turun padang ke kencah politik negara. Khidmatnya kini diperlukan menjelang pilihanraya. Al-maklumlah, UMNO tak boleh mengharapkan Ketua Wanita mereka untuk berkempen memberi ceramah kerana telah terpalit isu hitam. Timbalannya Ketua Wanita UMNO pula entahkan masih wujud atau tidak. Terpaksa UMNO patah balik ke belakang mencari Ummi Hafilda.

Minggu lalu negara dikejutkan dengan insiden ceramah perang UMNO – PKR di lembah pantai. Amboi amboi amboi Ummi Hafilda..dah la datang kawasan YB Nurul Izzah..Bikin kacau ye sama tuan rumah..Caci maki Anwar Ibrahim, TGNA dan Pakatan Rakyat. Sebenarnya ceramah Ummi Hafilda ni tak perlu datang pun kita dah tahu apa isi ceramahnya. Bukannya mengenai kepentingan serta pendedahan yang bersifat politik dan kenegaraan tapi lebih kepada serangan peribadi.

Di ceramah yang yang di hadiri oleh Ummi Hafilda, puluhan bendera serta banners Umno didirikan. Begitu lantang Kak Ummi kita bersuara bagi pihak Umno. Ummi Hafilda sebelum ini juga pernah mencabar Dato' Seri Anuar Ibrahim untuk berdebat namun permintaan serta cabaran itu tidak dilayan oleh DSAI kerana umum mengetahui bahawa jika debat itu dianjurkan, ia tidak membawa sebarang kepentingan kepada negara. Tujuan DSAI dicabar untuk berdebat tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memalukan Anuar dihadapan umum dengan soalan-soalan yang berbentuk serangan peribadi dan kelucahan.

Tidak perlu kita turunkan Anwar untuk berdebat dengan Ummi Hafilda. Ummi Hafilda, jika benar anda layak memegang gelaran ''SRIKANDI NEGARA'', berdepanlah dahulu dengan tentera kecil PKR (YB. Nurul Izzah) sebelum berdepan dengan Panglima Tenteranya (DSAI). Kita lihat jika Ummi Hafilda mampu berdepan dengan Nurul Izzah melalui debat. Ini satu cabaran bagi Ummi Hafilda yang sudah lama kehulu dan kehilir mencabar Anuar untuk berdebat.

Kepada YB Nurul Izzah saya yakin YB mengenali lawan YB. Bapa anda telah ditelanjangkan maruahnya sebelum ini di mahkamah pada 1998. Selama bertahun-tahun bapa anda dicoreng dengan arang hitam malalui ceramah-ceramah di seluruh Malaysia, maruah keluarga anda dipermainkan, difitnah dengan sekejam-kejamnya dan kini kawasan yang diamanahkan kepada YB dibedil.

Tebuslah kembali maruah yang telah sekian lama diperkotak-katikkan itu. Masanya telah tiba. Kami percaya kepada kebolehan YB. Tunjukkan bahawa YB merupakan contoh ahli politik yang berpolitik secara matang dan bertamadun dan bukannya seperti pihak lawan anda yang hanya mampu berbicara dengan omong kosong, dengan berita dan fitnah yang tidak langsung memberi faedah kepada negara. Tebus kembali maruah yang telah dicoreng itu. Buktikan hujah siapa yang mampu membantu kepada pembangunan negara, dan siapa SRIKANDI NEGARA yang sebenar.

Lidah Benar yakin, jika hari ini YB berdebat dengan Ummi Hafilda, esok juga akan keluar di dada akhbar Utusan; ''Ummi Hafilda bukan suara UMNO''. Selamat maju jaya dan salam perjuangan.

Baca Seterusnya......

TUNKU ABDUL RAHMAN MINTA MELAYU HAPUSKAN UMNO!!!

Baca Seterusnya......

Pesawat Pertama Airbus A380 MAS Tiba Petang Ini!

Sumber jalanpulang1978.blogspot.

Pesawat terbesar dan paling mesra alam di dunia, Airbus A380, yang kini menjadi milik Malaysia Airlines (MAS), dijangka mendarat di bumi Malaysia pada jam kira-kira 3.00 petang ini.

MAS telah menerima serahan pesawat pertama A380 itu, daripada enam yang ditempah, kelmarin dan kini menjadi pengendali ke-lapan pesawat penumpang itu.
  
Ketua Pegawai Operasi Airbus Fabrice Brégier telah menyerahkan pesawat itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya di Toulouse, Perancis.
  
Pesawat yang menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 900, menyediakan ciri-ciri premium tiga kelas, yang boleh membawa seramai 494 penumpang.
  
Antara ciri-ciri yang ditawarkan ialah tempat baring rata sepenuhnya dalam Kelas Pertama dan Perniagaan, serta tempat duduk lebih lebar yang baharu pada Kelas Ekonomi.
  
Tempat duduk dalam kesemua kelas dilengkapi dengan sistem hiburan individu dalam penerbangan, USB port dan kemudahan telefon satelit.
  
Ahmad Jauhari, yang membuat pemeriksaan bagi kali pertama pesawat itu, jelas sangat teruja.
  
"Pesawat A380 ini akan menjadi pesawat perdana dengan menawarkan produk dan perkhidmatan premium terbaharu, yang menawarkan tahap keselesaan, kemewahan dan kemudahan terbaharu bagi penerbangan jarak jauh," katanya.
  
Sejak memasuki perkhidmatan pada 2007, A380 mencatatkan rekod melangkaui jangkaan, dengan menerbangkan lebih ramai penumpang pada jarak lebih jauh dan pada kos yang lebih rendah, sambil mengurangkan pengeluaran karbon secara signifikan.
  
A380 berupaya terbang sejauh 8,300 batu nautika atau 15,300 kilometer.

Ini membolehkannya melakukan perkhidmatan tanpa henti dengan muatan penuh dari Kuala Lumpur ke mana-mana destinasi di Eropah atau perkhidmatan sehenti ke destinasi utama di Amerika Syarikat.
  
Kemunculan sulung pesawat komersil superjumbo itu dijadualkan pada 1 Julai mengikut jadual tiga kali seminggu pada laluan KL-London (MH002/MH003) sebelum melakukan perkhidmatan harian pada Ogos.
  
Malaysia Airlines akan turut memperkenalkan A380 pada laluan Sydney-Kuala Lumpur mulai 25 September pada perkhidmatan harian MH122/123, bagi menggantikan jadual semasa menggunakan pesawat Boeing 747-400.

Baca Seterusnya......

Tuesday, May 29, 2012

Syed Zainal Abidin letak jawatan daripada Proton

Proton Holdings Bhd hari ini mengesahkan peletakan jawatan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, berkuat kuasa 4 Julai, 2012.

"Syed Zainal telah bersama dengan Proton lebih enam tahun dan kami amat berterima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada syarikat.

"Beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya dan kami menghormati keputusan beliau," kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan susulan pertanyaan media.

Syarikat itu juga mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai.

"Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dalam apa juga bidang yang diceburi di masa depan," kata Proton.

Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat.

Ditubuhkan pada 1983, Proton merupakan anak syarikat DRB-HICOM Bhd dan pengeluar automobil terbesar Malaysia, dan satu-satunya pengeluar kelengkapan asli atau pengeluar kereta menyeluruh di Asia Tenggara.

Ia beroperasi di pasaran-pasaran utama dari United Kingdom hingga ke Timur Tengah dan di seluruh Asia Tenggara dan Australasia, terutama di negara seperti China dan Iran. -Bernama

Baca Seterusnya......

Syarikat Baru Di Daftarkan 2 Bulan Di Beri Kontrak RM20 Juta?

KUALA LUMPUR, 29 Mei - Kerajaan Umno BN didakwa berbelanja sebanyak RM20 juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu. Menurut sumber yang enggan namanya didedahkan memberitahu, Kementerian Belia dan Sukan turut melantik sebuah syarikat baru yang dikhususkan untuk mengurus sepenuhnya program yang berlangsung sepanjang lima hari di Putrajaya itu.

“Saya dapat maklumat daripada orang dalam iaitu rakan saya yang bertugas dari Kementeria Belia dan Sukan sendiri memberitahu bahawa kerajaan telah berbelanja sebanyak RM20 juta untuk penganjuran Himpunan Belia di Putrajaya itu.

“Malah beliau turut memaklumkan kementerian juga melantik sebuah syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan program tersebut,” kata pesara kakitangan kerajaan itu menghubungi pejabat Keadilan Daily, hari ini.

Berikutan itu, lelaki itu menuntut penyiasatan lanjut mengenai perbelanjaan kerajaan mengadakan himpunan itu.

“Saya minta perkara ini disiasat kerana sudah tentu kerajaan menggunakan duit rakyat untuk penganjuran program ini,” katanya.

Bertemakan ‘Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok’, 500 aktiviti yang membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan diadakan sejak Rabu lalu, memperlihatkan kerajaan lebih ghairah menghidangkan elemen hiburan berbanding kerohanian.

Aktiviti hiburan seperti tarian dan nyanyian juga bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Adakah penganjuran seperti ini menjadi kebanggaan kerajaan walaupun Himpunan Jutaan Belia tahun ini ‘tercemar’ apabila satu kemalangan berlaku ketika acara perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 pada Sabtu.

Seramai 17 penonton perlumbaan drag cedera termasuk empat parah apabila sebuah kereta perlumbaan terbabas sebelum melanggar penonton. Mangsa kini berada di Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan lanjut. ~keadilandaily

Baca Seterusnya......

SAHAM FGVH : Kroni UMNO 11.5%, Sykt Yahudi 4.9%, Peneroka Hanya Dapat 2.5%

Sumber Kelab GB


FGVH bakal jatuh ke tangan Yahudi?

Kontroversi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) semakin hangat apabila PKR mendakwa para peneroka hanya diberi peruntukan sebanyak 91 juta saham atau 2.5% dari jumlah keseluruhan saham di bawah Tawaran Awam Permulaan (IPO – Initial Public Offering).

Data dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mengesahkan sebahagian besar jumlah saham akan dibolot oleh kroni Umno, yang diistilahkan sebagai “pelabur-pelabur bumiputera yang diiktiraf Miti”. Mereka diberi peruntukan sebanyak 420 juta saham atau 11.5% dari jumlah saham.

Ketua biro perdagangan dan pelaburan parti itu Wong Chen semalam mendedahkan bahawa para pelabur yang dimaksudkan ialah mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Barisan Nasional.

Prospektus FGVH menunjukkan peruntukan 2.5% untuk 112,635 peneroka itu sebenarnya adalah kurang dari peruntukan saham untuk para pekerja Felda sendiri. Para pekerja Felda diberi peruntukan sebanyak 109 juta saham atau 3% dari jumlah keseluruhan IPO.

Kenapa para peneroka mendapat jumlah saham yang kurang berbanding dengan peruntukan saham bagi golongan pekerja di Felda yang seramai 3,835 orang itu adalah sesuatu yang sukar dijelaskan.

Jika diandaikan kesemua saham dibeli maka setiap peneroka hanya mendapat 810 saham sedangkan setiap pekerja Felda mendapat sebanyak 28,368 saham.

Berbalik kepada janji yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mana dalam ucapannya beliau sering mencanangkan bahawa kerajaan pimpinannya sangat mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan para peneroka.

“Hanya BN sahaja yang mampu membela nasih para peneroka,” begitulah apa yang sering beliau laung-laungkan di mana sahaja beliau pergi bagi menjustifikasikan niatnya untuk mengapong saham FGVH di Bursa Malaysia.

Kroni Umno untung besar

Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa tokoh-tokoh korporat dan kroni Umno akan mengaut faedah dan keuntungan yang besar hasil dari titik peluh para peneroka.

Mereka ini tidak perlu berusaha untuk meneroka, meratakan tanah dan menanam tanaman, kalau dulu getah dan sekarang kelapa sawit.

Mereka juga tidak perlu menunggu masa kira-kira tujuh tahun untuk menuaikan hasil seperti peneroka yang berhempas pulas untuk mengerjakannya selama 10 hingga 20 tahun dan lebih.

Dengan kekuatan wang ringgit yang mereka miliki mereka boleh membeli seberapa banyak jumlah saham yang mereka ingini apabila terapong di Bursa Malaysia nanti.

Benarkah Najib prihatin dengan nasib para peneroka atau Najib mempunyai kepentingan lain sehingga membuka ruang kepada golongan kaya untuk menambah kekayaan mereka.

Data dari Miti juga mendedahkan bahawa sebanyak 1.5 bilion saham FGVH iaitu setinggi 41% diperuntukan kepada para pelabur gergasi termasuk syarikat komoditi Peranchis, Louis Dreyfus milik keluarga Yahudi.

Akhbar mingguan bisnes dan pelaburan, The Edge juga menyebut tentang syarikat Yahudi ini di mana Louis Dreyfus akan menerima 4.9 peratus kepentingan dalam FGVH.

Ini mengesahkan kebimbangan kita bahawa berkemungkinan FGVH pada suatu hari nanti, akan jatuh ke tangan Yahudi berdasarkan kekuatan kewangan dan pengaruh mereka di pasaran antarabangsa.

Peruntukan 4.9 peratus ini bermakna syarikat Yahudi itu mendapat peruntukan saham lebih daripada keseluruhan jumlah 112,635 peneroka di negara ini yang hanya mendapat peruntukan sebanyak 2.5 peratus.

Dengan kepintaran mereka dalam selok belok permainan saham dan ditambah dengan kekuatan kewangan yang mereka miliki, maka tidak mustahil syarikat seperti Louis Dreyfus boleh menambah pegangan sahamnya dalam FGVH.

Mereka bebas untuk membeli lebih banyak saham dalam pasaran terbuka, apabila saham FGVH diapongkan nanti.

Walaupun kerajaan menjanjikan bahawa kepentingan majoriti FGVH tetap kekal di tangan para pelabur tempatan, bumiputera dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan tetapi ianya tidak semudah itu.

Melihat kepada saham MAS yang kini jatuh ke paras serendah RM1.08 sesaham yang ditutup semalam, yakinkah kita bahawa kerajaan BN mampu memelihara dan mengawal saham FGVH dari jatuh kepada pelabur-pelabur asing?

Prospektus FGVH dijangka diedarkan Khamis ini dan permohonan sahamnya akan ditutup 10 hari atau dua minggu selepas itu. -FMT

FGVH Memajak Tanah Rezab Melayu Di Pasaran Saham


SHAH ALAM, 28 MEI : Lebih 105,000 daripada 847,362 ekar tanah yang diusahakan Felda Plantations Sdn Bhd (Felda Plantations) untuk penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) adalah Tanah Rezab Melayu.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mempersoalkan perkara itu kerana tindakan memajakkan tanah 105,382 ekar itu boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu.

Malah, katanya, kedudukan FGVH di Bursa Saham Malaysia selepas ini juga tidak boleh dikira sebagai sebuah syarikat berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan.

“Setakat ini peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5 peratus dari jumlah pegangan saham sementara manakala kakitangan Felda pula hanya 3 peratus.

“Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad termasuk Louis Dreyfus iaitu sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis.

“Oleh itu, Perdana Menterti, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isa wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGVH yang disenaraikan di pasaran saham?

“Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?,” soalnya dalam satu kenyataan dibuat di sini hari ini.

Mohd Rafizi berkata perkara itu disahkan berdasarkan salinan laporan yang diterima dalam perjanjian FGVH dan senarai tanah yang terlibat.

PKR menyeru setiap Kerajaan Negeri yang terlibat menolak sebarang usaha membatalkan status Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar itu.

Tanah rezab Melayu itu akan terletak di bawah pengurusan FGVH selepas penyenaraian dan boleh diusahakan mengikut syarat-syarat perjanjian.
-selangorku

Baca Seterusnya......

Pelajar pintar selesaikan teori Sir Isaac Newton

Shouryya
Shouryya kini bergelar budak pintar selepas merungkai teori Sir Isaac Newton.
BERLIN - Teka-teki dibuat oleh Sir Isaac Newton sehingga merunsingkan dunia matematik sejak lebih 350 tahun lalu, akhirnya dirungkaikan oleh seorang remaja berumur 16 tahun di Dresden, Jerman.

Shouryya Ray, berjaya menyelesaikan dua teori dinamik zarah asas yang sebelum ini hanya dapat dihitung dengan menggunakan komputer berkuasa tinggi oleh ahli fizik.

Hasil penyelesaian Shouryya membuka peluang kepada saintis untuk menghitung laluan balingan bola dan kemudian meramal bagaimana ia akan menghentam serta melantun dari dinding ke dinding.

Anak kelahiran Kolkata, India, menyelesaikan permasalahan rumit itu, ketika menyertai lawatan sekolah di Universiti Dresden yang mana gagal dirungkaikan oleh profesor di situ.

Kebijaksanaan Shouryya dikesan sejak dia mula memasuki persekolahan di Dresden empat tahun lalu selepas berpindah dari Kolkata.

Baca Seterusnya......

[BONGKAR] RM12 Billion Untuk Kos Logi Langat 2: Hanya Untuk Buat Kroni UMNO Kenyang

Sumber Kelab GB


Kenyataan seorang pemimpin Umno Selangor bahawa jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri itu maka masalah air akan diselesaikan adalah muslihatnya untuk memberi ’makan’ kepada kroni dan dirinya sendiri.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Faekah Husin berkata, kenyataan ini merupakan amaran awal BN akan meneruskan projek pembinaan loji Langat 2.

Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung masalah bekalan air yang bakal dihadapi negeri itu menjelang tahun 2014.

“Rakyat akan tahu bahawa projek ini sebenarnya untuk kepentingan kroni dan Umno malah Noh sendiri, bukannya untuk kesenangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau menegaskan, “jika Noh gagal memahami isu ini, kita tidak hairan bagaimana kementerian beliau gagal menangani isu penyelewengan dana NFC (National Feedlot Corporation) yang memalukan seluruh menteri kabinet.

“Kita telah tegaskan masalah air di Selangor berpunca dari pengurusan yang lemah dan pengetahuan yang cetek. Disebabkan kelemahan-kelemahan ini, rakyat terpaksa menanggung kos pembinaan Langat 2 yang sangat mahal.

‘Sedia payung sebelum hujan’

Jika ini berlaku katanya, tiada guna rakyat menyesal kerana nasi sudah menjadi bubur. Adalah lebih baik rakyat ‘menyediakan payung sebelum hujan’ dengan menolak Umno-BN yang jelas hanya berjuang untuk menambah kekayaan keluarga dan kroni.

“Kos RM12 bilion untuk membina Langat 2 mungkin ditanggung rakyat Selangor hingga ke cucu cicit dengan kenaikan tarif air yang melampau dan membebankan,” tegas beliau.

Faekah menempelak cabaran Noh menyarankan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya minum air empangan sebagai benar-benar kurang bijak yang hanya menggambarkan betapa ceteknya akal beliau.

“Air empangan hanya selamat diminum selepas dirawat di loji pembersihan. Di negara-negara maju, air paip selamat diminum terus dari paip tetapi di Selangor sebaliknya berlaku.

“Pengguna terpaksa mengeluarkan lagi perbelanjaan untuk membeli penapis air kerana air berkeladak dan berbau klorin.

Ujar beliau, “inilah hasilnya apabila pengurusan air diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mengutamakan kualiti tetapi mengejar keuntungan semata-mata untuk menambah kekayaan kroni dan keluarga.

“Oleh sebab itu, kerajaan negeri akan membina loji pembersihan sendiri tanpa perlu menebuk Banjaran Titiwangsa yang kosnya dianggarkan RM12 billion.
-FMT

Baca Seterusnya......

Monday, May 28, 2012

3 Abdul: Najib, FGVB dan Peneroka

Banyak yang P Ramlee gambarkan dalam filemnya kini menjadi kenyataan dalam dalam alaf ini. Inilah kehebatan Seniman P. Ramlee. Pengajaran dalam filem-filemnya merentasi zaman.

Demikianlah juga Tiga Abdul, filem yang diterbitkan pada tahun 1964, arahan P. Ramle sarat dengan pengajaran yang segar sepanjang zaman.

Kisah Tuan Sadiq Segaraga lakonan Ahmad Nisfu yang licin kepalanya, dibantu oleh tuan ‘penasihat 20 persen’ Saleh kamil, cuba menipu Haji Mahadi dan  S. Kadarisman melalui watak Abd Wahab dan Abd Wahib dalam perjajian yang berat sebelah.

Konflik bermula apabila Tuan Sadiq Segaraga mengadu masalah kewangan pada penasihatnya Kasim Patalon.


Dari situlah Tuan penasihat memberikan cadangan untuk menipu 3 Abdul dan berjanji akan menyediakan perjanjian yg akan menguntungkan Tuan Sadiq Sigaraga.

Di atas penipuan ini Tuan Sadiq bersetuju untuk menganugerahkan 20 persen pada tuan penasihat.

“Jika anakanda marah anakanda akan dijual seluruhnya.” Demikianlah bunyi dialog sebelum tanda tanga diturunkan.

Tapi sebaliknya kalau bapa mertua mereka marah, tiada apa apa kerugian yang ditanggung oleh Tuan Sadiq.  Dokumen tipu itu hanya menguntungkan satu pihak.

Atas keyakinan tak mungkin bapa mertua akan menipu menantu, dokumen perjajian yg berat sebelah ini ditanda tangani dengan yakin, kalaupun ada penipuan, mereka merasakan mereka cukup cerdik dan tak mungkin akan ditipu. Namun akhirnya dua beradik ini dijual dan seluruh harta dirampas.

Kisah 3 Abdul hari ini muncul dalam versi moden. Watak watak itu kini dilakonkan pula oleh Najib bagaikan Tuan Sadiq yang tamak.  Isa Samad bagaikan “penasihat 20 persen” dan mangsa mereka adalah peneroka.

Peneroka diberikan satu dokumen bank yang harus ditanda tangani dan berisiko mengakibatkan kerugian seumur hidup.

Majoriti peneroka yang menandatangani dokumen itu tidak mengetahui isi kandungan, syarat dan termanya. Mereka hanya diminta  pergi pejabat Felda untuk tanda tangan borang durian runtuh. Rupanya mereka menanda tangani dokumen yang sama seperti Abd Wahab dan Abd Wahib.

Dalam surat tanggung rugi tertera klausa:

“Saya pada bila bila masa bertanggung jawab sepenuhnya dan bersedia menanggung kerugian dan sentiasa bersedia menanggung kerugian terhadap semua tindakan, guaman, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian, caj, penalty, fee, denda, kos yuran undang undang dan apa jua perbelanjaanyang dibuat, diambil dibawa, dikenakan, dialami, ditanggung, didakwa, atau kena bayar dalam apa jua keadaan terhadap saya ……(seterusnya)”

Bermakna FGVHB yang menjadi pemain utama dalam saham Felda ini, tak akan menerima risiko jika berlaku sesuatu yang tak diigini. FGVHB berlepas tangan, hanya peneroka yang akan menanggung semua risikonya.

Majoriti peneroka penuh yakin, tak mungkin kerajaan BN akan menipu rakyat sebagaimana yakinnya Abd Wahab dan Abd Wahib, tak mungkin ditipu oleh mertuanya sendiri.

Dalam usia menjangkau 60 tahun, terasa sangat menghairankan bila bank ‘masih sudi’ untuk memberi pinjaman. Sedangkan 15 tahun lalu, ketika usia mereka 40an ada peneroka yang naik turun tangga bank  untuk mohon pinjaman biaya tanam semula setelah tamat perjanjian bersama  Felda.

Mereka enggan untuk menyerahkan ladang mereka kepada Felda kerana yakin jika diusahakan sendiri lebih baik dari Felda.

Mereka hanya perlukan sekitar RM10,000 hingga RM15,000 sahaja, tetapi tidak ada mana-mana bank sudi memberi pinjaman.

Peneroka terpaksa meminjam dari sanak saudara dan isteri peneroka berkorban mencagarkan barang kemas di pajak gadai untuk mendapatjan wang.

Tapi kini tujuh bank berlumba lumba menawarkan pinjaman. Tambahan menghairankan peneroka tak tahu berapa amaun pinjaman yang akan diluluskan oleh bank kepada mereka, berapa jumlah saham yang akan dibiayai.

Tidak ada penerangan dari pihak bertauliah atas risiko yang akan peneroka tanggung.  Cuma yang jelasnya dalam perjanjian dengan Maybank sebagai contoh, perkara iv seksyen 4.02 tercatat  klausa:-

Apabila dikehendaki oleh bank, peneroka (pelanggan) hendaklah menggadai atau menyimpan dengan bank dokumen hak milik bagi mana-mana atau semua harta tidak alih milik mereka… (seterusnya).

Persoalannya adakah harta tidak alih milik itu bermaksud geran tanah ladang dan tapak rumah?

Lebih malang lagi anak-anak peneroka tidak dibenarkan campur tangan dalam urusan tanda tangan dokumen ini, namun dalam seksyen 6.21 menyebut, dokumen ini mengikat hak milik, wakil diri, waris … (seterusnya).

Inilah perjanjian 3 Abdul alaf moden. Peneroka yang enggan menandatangani dokumen pinjaman saham ini ‘diharam jadahkan’ oleh perdana menteri baru baru ini.

Jangan biarkan penipuan Ahmad Nisfu versi 1 Malaysia dan Saleh Kamil penasihat 20 persen berulang diabad ini. Peneroka perlu menjadi Abd Wahub lakonan P Ramlee bagi menggagalkan penipuan ini. Walaupun pada awalnya Abd. Wahub dianggap bodoh oleh dua abangnya.

Harapan harus disandarkan pada Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan Felda dan Selamatkan Malaysia.

----------------------------------
Oleh Suhaimi Saad. Penulis Adalah Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang.

Baca Seterusnya......

Sultan Johor pemilik plat WWW1 berharga RM0.5j

NONE
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menyenaraikan pemilik nombor pendaftaran kenderaan yang paling mahal dalam sejarah Malaysia adalah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah membelanjakan RM520,000 untuk mendapatkan nombor plat 'WWW1'.

Disiarkan di lamanweb rasmi JPJ pagi ini adalah senarai pembida yang berjaya untuk plat premium, antara mereka ialah Yang di Pertuan Agong bagi nombor pendaftaran 'WWW5' pada harga RM220,000.

Harga tawaran untuk 'WWW1' memecahkan rekod  'MCA 1' yang dijual pada tahun 2010 dengan harga RM300,100.

Sultan Johor dikenali sebagai seorang peminat kenderaan mewah yang memiliki koleksi kereta antik dan model terbaru.

Putera mahkota Johor Tunku Ismail Idris juga mengesahkan bida tersebut dalam posting Twitternya.

Baca Seterusnya......

SPR macam tahu BN terus berkuasa pada PRU13

Hari ini aku bacaa kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menolak laporan kajian dari Merdeka Centre yang mengatakan 92% daripada pengundi tidak percaya pada kebersihan sistem pilihanraya di negara kita. Alasannya adalah 1000 responden tidak mewakili keseluruhan rakyat negara.

Bagi mereka yang tahu konsep sampling dalam melakukan sebarang bancian tentu tak akan menolak kenyataan dari beliau. Memang segala kajain atau bancian daripada metodologi sampling boleh dipertikaikan. Prinsip asas sampling adalah semakin ramai atau semakin banyak responden, semakin tepat hasil kajian.

Kerja mengenal pasti sampling yang bakal digunakan untuk menggambarkan keseluruhan pendapat rakyat Malaysia memerlukan kajian terperinci dari segenap segi. Betul sebagaimana kata Wan Ahmad, kita tak boleh sekadar menemubual mat rempit untuk memberikan gambaran ia adalah pendapat rakyat Malaysia. Jadi aku setuju ada kebenarannya kata beliau.
Cuma aku tertarik dengan rumusan beliau berkaitan dengan hasil kajian tersebut. Berikut apa yang beliau katakan:

"beliau yakin bahawa pengundi tidak akan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang akan datang atau marah jika Barisan Nasional (BN) terus berkuasa.."

Ada sedikit pelik dengan kenyataan di atas kalau pembaca perasan. Ia seolah-olah SPR mengjangkakan yang BN tetap akan menguasai Malaysia selepas PRU ke 13 nanti.

Baca Seterusnya......

Tembelang Terdedah: Restoran Sekinchan Ikan Bakar Di lelong.

Sumber Kelab GB

Hermm.. kena lelong ye? Ini baru lagi tau. Lihat tarikh yang dicatatkan melalui notis lelongan awam di atas. 31 Mei 2012.

Maksudnya bakal di lelong bukan telah di lelong. Barang2 dalam restoran sekinchan ikan bakar ini di lelong sebab nak mendapatkan wang tunai sebanyak RM31,000.

Kenapa nak dapatkan rm31,000? Mestilah sebab nak bayar hutang. Sebab tue larh di lelong. Kalau ada duit nak bayar hutang takdelah kena lelong.

Tapi pelik juga kenapa pula Datok Jamal boleh senang hati masuk tv, berdemo kutip duit orang sana sini sehingga mencecah beberapa ribu, lepas tue siap cakap nak tawarkan hadiah kereta mewah yang berharga ratusan ribu kepada pengLIKE facebook page tetapi hutang RM31,000 tak boleh nak bayar pula? -sozcyili


Restoran Ikan bakar Sekinchan, M Avenue, Segambut

Bersih 4.0 tawar hadiah kereta Lamborghini, BMW

KUALA LUMPUR 23 Mei - Penganjur Bersih 4.0 menawarkan hadiah dua buah kereta mewah bernilai kira-kira RM2 juta melalui kempen 'Bersih 4.0 Cintakan Keamanan'.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yunus berkata, sebuah Lamborghini Gallardo dan BMW 530 bakal menjadi hadiah cabutan bertuah di laman peminat Facebook Bersih 4.0 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Kita tawarkan sebuah kereta BMW bernilai RM220,000 untuk seorang pemenang bertuah apabila laman ini mencecah 150,000 pengikut.

"Kemuncak hadiah adalah sebuah Lamborghini yang akan dicabut sebagai hadiah utama apabila pengikut mencapai sejuta orang," katanya kepada pemberita di Restoran Sekinchan di sini hari ini.

Jamal berkata, hadiah akan ditawarkan kepada pengguna Facebook yang berbelanja di mana-mana Restoran Sekinchan dengan mengemukakan bukti pembelian di laman berkenaan.

Beliau yang juga pemilik rangkaian restoran itu berkata, hadiah tersebut disediakan sebagai usaha memupuk dan mendapatkan sokongan warga Kuala Lumpur untuk menjadikan bandar raya itu bebas daripada perhimpunan haram dan rusuhan.

"Kita akan buka sebuah laman pengikut Bersih 4.0 di Facebook dan menyeru orang ramai supaya menyertai kempen 'Cintakan Keamanan' sebagai bantahan kepada Bersih yang satu lagi.

"Melalui usaha ini, kita berharap Bersih 4.0 akan menjadi penutup kepada perhimpunan Bersih yang menjadikan Kuala Lumpur huru-hara," katanya.

Sementara itu, Jamal memberitahu, pihaknya akan meneruskan perhimpunan peniaga dan penjaja di kediaman Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga walaupun pihaknya tidak mendapat kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

"Pasar malam di Jalan Setiakasih 1 akan diteruskan sebagai protes terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kerugian para peniaga dan penjaja pada hari perhimpunan Bersih.

"Kami golongan peniaga dan penjaja yang tidak tahu undang-undang akan berniaga walaupun petak niaga yang dicat sebelum ini sudah dipadam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya.

Jamal turut menangkis tohmahan yang mengaitkan pihaknya sebagai alat kepada parti-parti tertentu.

"Apa yang kita lakukan bukan untuk bermusuh dengan mana-mana pihak kerana kami bebas daripada pengaruh parti politik.

"Ini adalah tindakan susulan kerana pada Bersih 1.0 ramai yang masih bersabar, Bersih 2.0 mereka mula marah dan baru-baru ini Bersih 3.0 ramai yang hilang sabar," katanya.

Jamal berkata, pasar malam yang akan diadakan pada Khamis dan Jumaat ini turut mendapat sokongan daripada 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk.
-utuseks

Baca Seterusnya......

Sunday, May 27, 2012

Kolej kroni tuntut RM15 bilion dari PTPTN

"KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan PTPTN kini menjadi sumber kewangan untuk mengkayakan kroni Umno dalam perniagaan pendidikan mereka.

Tanpa menolak ada kebaikan yang dibawa PTPTN tetapi masalah yang dihadapi negara sekarang adalah penyalahgunaan tabung ini untuk kepentingan kroni ekoran kerangkanya yang tidak sihat.

Demikian kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau mengulas kejayaan wakil Pakatan Rakyat dalam debat PTPTN, Rafizi Ramli baru-baru ini yang disifatkan beliau berjaya menyampai mesej PTPTN perlu dimansuhkan dan digantikan dengan pendidikan percuma.

Dr Dzulkefly juga melahirkan rasa kebimbangan dengan usaha Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang cuba mewajibkan semua pelajar lepasan SPM menyertainya kerana unsur salah guna kroni juga sudah berlaku sekarang.

"Saya mendapat maklumat tentang sebuah kolej swasta yang kini sedang 'memaksa dan menuntut' PTPTN membuat bayaran RM15 bilion untuk membiayai pelajar mereka mengikuti kursus jururawat yang dikenakan RM90,000 seorang untuk seluruh pengajiannya," beritahu Dr Dzulkefly.

Kolej swasta ini, katanya, menawarkan kursus jururawat dengan jaminan kononnya kerja terjamin.

Atas alasan itu, kolej-kolej ini mengenakan yuran yang tinggi kepada pelajarnya dan yuran ini diperolehi dengan membuat pinjaman daripada PTPTN.

"Inilah bagaimana caranya kroni Umno ini memeras duit rakyat melalui PTPTN ini," kata beliau kepada Harakahdaily.

Kini, kata Dr Dzulkefly (gambar), berlaku lambakan graduan kursus jururawat  dalam pasaran kerana penawarannya sudah terlalu tinggi berbanding dengan keperluan negara.

"Sekarang kolej-kolej ini mula menuntut wang dari PTPTN untuk pelajar mereka. Pelajar yang keluar pula tidak ada pekerjaan, bagaimana mereka hendak bayar balik hutang ini.

"Hasilnya kerajaan yang terpaksa tanggung lalu membuat pinjaman dari institusi kewangan untuk mengisi tabung ini sebagaimana yang didedahkan Khairy (Jamaludin) dalam debat baru-baru ini," kata Dr Dzulkefly.

Khairy dalam Debat PTPTN baru-baru ini memberitahu, PTPTN membuat pinjaman dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan beberapa bank untuk mengisi tabung PTPTN yang hampir kering itu.

Pelajar pula hanya perlu membayar balik pinjaman yang mereka buat, manakala bunga atau faedah bank itu ditanggung oleh kerajaan, kata Khairy.

Bagi Rafizi, kerangka tanggungan pendidikan melalui sistem PTPTN itu menyebabkan negara menanggung terlalu banyak hutang dan akan sampai masa kerajaan tidak mampu menampungnya lagi.

Sebelum masa itu sampai, beliau meminta PTPTN dikaji balik dan Pakatan Rakyat mencadangkan pendidikan percuma ditawarkan kepada rakyat negara ini.

Menurut Dr Dzulkefly,  sekurang-kurangnya 19 negara di dunia memberi ‘pendidikan percuma’ dalam pelbagai pendekatan dan kaedah perlaksanaan di peringkat universiti.

Dari jumlah itu lapan negara yang tidak langsung mengenakan yuran universiti: Argentina, Brazil, Finland, Germany, Iran, Mexico, Sweden dan Arab Saudi.

"Rafizi Ramli jelas sandarkan hujjah beliau bahawa negara ini kaya. Benar, Bank Dunia mengiktiraf bahawa Malaysia adalah antara negara terkaya di dunia diukur di segi ‘sumber per kapita’. Sudah tentu sama atau lebih kaya dari kebanyakan negara tersenarai tadi," katanya.

Tegasnya, kata beliau, Rafizi berhujah bahawa negara yang menjana RM181 bilion pendapatan setahun ini mampu memberikan pendidikan percuma, seandainya rasuah dapat dikekang, ketirisan dikurangkan dan prioriti diperbetulkan.

Baca Seterusnya......

Wednesday, May 23, 2012

Rafizi: Mansuh PTPTN bukan diskriminasi IPTS

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Langkah memansuhkan skim pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak bertujuan mengetepikan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS), malah mereka turut diberi peluang terutama bagi yang layak.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, ia sejajar dengan prinsip Pakatan Rakyat (PR) yang mahu setiap rakyat layak mendapat pendidikan percuma.

“Tiada diskriminasi bagi setiap rakyat yang layak untuk mendapat tempat di universiti.

“Cuma kita tidak mahu IPTS yang kedudukannya di rumah kedai yang mengenakan yuran yang tinggi tetapi suasana pendidikannya tiada.

“Ramai pelajar jika ditanya, jawapannya, mereka sukar dapat kerja dan terpaksa tanggung beban untuk bayar hutang yang banyak,” katanya ketika menjawab soalan penonton.

Katanya lagi, hanya IPTS yang benar-benar layak akan diterima dan akan diberikan bantuan.

“IPTS yang layak akan dapat subsidi dan yuran yang setara dengan universiti awam,” katanya dalam Debat Sinar Harian berkenaan dengan isu PTPTN di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam tadi.

Baca Seterusnya......

MAS Rugi Lagi RM171 Juta Pada Suku Pertama 2012. Kakitangan MAS, Cuti Sukarela Untuk Anda Semua!!

Sumber BeritasemasaKerugian MAS Airlines MAS Rugi Lagi RM171 Juta Pada Suku Pertama 2012. Kakitangan MAS, Cuti Sukarela Untuk Anda Semua!!

Selepas Malaysia Airlines terus mencatatkan kerugian untuk suku pertama tahun 2012 berdasarkan laporan berita di Buletin Utama, MAS akhirnya bertindak mahu menawarkan cuti sukarela, cuti tanpa gaji sehingga tempoh 2 tahun tanpa gaji bagi mengurangkan kos operasi MAS…..


Nah, sudah kelihatan sudah nampak natijahnya jika sesuatu entiti tidak diuruskan dengan baik. Kerugian demi kerugian terus direkod oleh Malaysia airline (MAS). Baru 2 bulan sahaja, sudah mencatatkan kerugian sejumlah RM171 juta.

MAS menawarkan pekerja-pekerjanya 2 tahun cuti tanpa gaji secara sukarela kerana berlaku penurunan pendapatan dan pengstrukturan semula bagi manjimatkan kos operasi organisasi. Kali terakhir, program VSS dilakukan MAS adalah pada 2005 di bawah Datuk Idris Jala.
Kakitangan MAS MAS Rugi Lagi RM171 Juta Pada Suku Pertama 2012. Kakitangan MAS, Cuti Sukarela Untuk Anda Semua!!

Prestasi kewangan MAS Suku Pertama 2012 (Suku Pertama 2012)

Mungkin MAS selepas ini boleh mula mempertimbangkan pesawat model 73-9 berbanding 73-8 yang masih dianggap “generasi lama”. Ini kerana model pesawat 73-9  yang dikira pesawat generasi baru lebih jimat minyak, lebih mempunyai ciri keselamatan yang tinggi dan lebih moden dan canggih. Mungkin MAS boleh dipertimbangkan…Mungkin?

Tapi bagaimana MAS mahu untung, jika kontrak pembekal makanan diberikan untuk yang sungguh panjang iaitu 25 tahun lamanya kepada  _______. Bagaimana kalangan mereka ini boleh dapat kontrak pembekal makanan kepada MAS dengan kontrak yang cukup istimewa ini? Ini tak lain tak bukan, semuanya kerana  _______  yang menjahanamkan MAS. Orang yang berkepentingan “kenyang”, akhirnya kakitangan MAS menerima “musibahnya”.
  • MAS perlu re-branding balik jenama dan servis mereka
  • Singkirkan unsur politik dan yang berlebihan dalam MAS
Mas Rugi RM171 Juta MAS Rugi Lagi RM171 Juta Pada Suku Pertama 2012. Kakitangan MAS, Cuti Sukarela Untuk Anda Semua!!

Laporan Berita The Star  Mengenai Tindakan MAS Menawarkan Cuti Sukarela Kepada Kakitangannya

The Star hanya mengambil contoh Singapore apabila SIA bertindak menawarkan cuti sukarela kepada kakitangannya. Di sini apa yang kami perhatikan apabila cuti tanpa gaji nak ikut singapore (mahu mencontohi Singapoer), tetapi bagaimana dengan perbandingan tahap gaji antara SIA VS MAS? Kakitangan SIA, mereka confirmed 13 bulan setahun. Boleh MAS mencontohinya?
SIA Airline Rugi MAS Rugi Lagi RM171 Juta Pada Suku Pertama 2012. Kakitangan MAS, Cuti Sukarela Untuk Anda Semua!!
Walaubagaimanapun, kami sempat membuat semakan berdasarkan laporan Yahoo Malaysia yang dipetik daripada Agensi menunjukkan memang benar apa yang dilaporkan oleh laporan The Star di mana Singapore Airline ada membuat menawarkan cuti tanpa gaji secara sukarela sekitar bulan MAC 2012 yang lalu. Tetapi…..

Ha….ada tetapinya, bezanya di sini :

Singapore Airline menawarkan cuti sukarela tanpa gaji kepada kakitangan Singapore Airline (SIA) disebabkan keuntungan yang diperolehi SIA telah mula menurun dek kerana mengambil kira faktor beberapa faktor termasuklah jumlah bilangan penumpang yang mula menampakkan kadar penurunan dan pemintaan kargo dari Eropah dan tidak lupa juga kenaikan kos bahan api.

Kenaikan kos bahan api memberikan kesan kepada Singapore? Semestinya…kerana Singapore tiada minyak, mereka (Singapore) terpaksa import minyak. Malaysia? Malaysia ada minyak, Malaysia negara pengeksport minyak. Itulah antara sebabnya Singapore mula mencatatkan pengurangan keuntungan sehingga memaksa mereka menawarkan cuti sukarela kepada kakitangannya.
SIA Airline  MAS Rugi Lagi RM171 Juta Pada Suku Pertama 2012. Kakitangan MAS, Cuti Sukarela Untuk Anda Semua!!
Sebelum ini kami pernah mengeluarkan laporan berita mengenai Proton bertajuk “Chedet : Kerajaan Perlu Bantu & Lindungi Proton Secara Berterusan!! Kos Menghasilkan Model Baru Telah Meningkat!” untuk tujuan menegur dengan harapan mahu melihat Proton yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh kerajaan selama ini untuk bangkit,  begitu juga saranan yang kami lontarkan sama kepada pihak MAS. Jangan libatkan dan benarkan orang politik yang berkepentingan mengacau perjalanan perniagaan dan operasi anda.

Berikan ruang dan peluang kepada golongan yang bermahiran dalam industri penerbangan menentukan apa yang terbaik kepada MAS selama ini. Jikalau kakitangan MAS dipelawa untuk “berkorban” dengan cara bercuti tanpa gaji secara sukarela di atas kerugian yang dialami oleh MAS selama ini, mengapa tidak kelompok atasan MAS juga mengambil tindakan secara sukarela mengurangkan gaji setiap seorang ? Adakah mahu “cuci tangan” dan meletakkan beban sepenuhnya kepada kelompok bawahan sahaja?

Baca Seterusnya......

Tangguh kes Kong Choy untuk tutup kebodohan

(Chan Kong Choy dibawa ke mahkamah....namun kesnya tangguh lagi)
KUALA LUMPUR: Penangguhan perbicaraan kes tipu bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dilihat semata-mata bertujuan menyembunyikan kebodohan kerajaan Umno sebelum pilihan raya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar bawah) berkata, jika perbicaraan tersebut diteruskan, ia akan mendedahkan lebih banyak lagi kebodohan kerajaan Umno Barisan Nasional sehingga boleh ditipu oleh Chan yang ketika itu adalah Menteri Pengangkutan.

Jika terlalu banyak kebodohan kerajaan terdedah sebelum pilihan raya, Umno bimbang perkara itu akan menjejaskan peluangnya, klata beliau.

"Apa yang lebih menarik, Umno tidak boleh menyalahkan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) semata-mata kerana kerajaan di bawah (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) juga ditipu apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang memperakui bahawa (bekas Menteri Pengangkutan yang juga bekas Presiden MCA, Tun Dr) Ling Liong Sik telah menipu kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion dalam projek yang sama," katanya.

Menurut Mahfuz, memang menjadi trend Umno dan Dr Mahathir sendiri untuk menjadikan Abdullah sebagai kambing hitam apabila dibangkitkan apa jua kesalahan pentadbiran kerajaan Umno.

"Tetapi dalam hal PKFZ, Dr Mahathir dan Umno tidak boleh salahkan Abdullah sahaja kerana beliau pun kena tipu juga," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Perbicaraan kes tipu tersebut ditangguhkan ke 31 Oktober depan selepas pihak pendakwaan memohon penangguhan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan memberitahu mahkamah bahawa pejabat Peguam Negara masih belum membuat keputusan mengenai representasi pihak pembelaan dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk membuat keputusan muktamad berhubung permohonan berkenaan.

Mahfuz bagaimanapun menyifatkan usaha untuk menyembunyikan kebodohan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya adalah usaha yang sia-sia dan "seperti menutup bangkai gajah dengan daun sehelai".

"Rakyat sudah tahu kerajaan Umno BN begitu bodoh dan dengan mudah ditipu oleh menterinya sendiri dalam isu PKFZ itu," katanya.

Malah, katanya lagi, usaha terdesak itu tidak boleh menutup pelbagai kesalahan lain yang lebih besar yang dilakukan oleh kerajaan Umno BN.

"Bukan isu PKFZ sahaja yang menyalakan api kemarahan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang, isu (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) lari dari inkuiri mahkamah Perancis berhubung urusniaga kapal selam Scorpene, isu kekejaman polis dalam perhimpunan Bersih 3.0 lalu dan banyak lagi isu lain malah tidak habis-habis tindak tanduk Umno BN yang mencetukan kemarahan rakyat.

"Sebab itulah tindakan tidak tentu arah menangguhkan perbicaraan itu sehingga selepas pilihan raya tidak akan memberi apa-apa kesan," kata Mahfuz.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim, yang juga hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang ditugaskan mengendalikan perbicaraan kes itu memberikan reaksi yang negatif terhadap tindakan pihak pendakwaan memohon menangguhkan kes itu.

Zamani juga dengan sinis berkata beliau tidak mahu sesiapa mempunyai tanggapan bahawa beliau 'makan angin' setiap kali hadir di mahkamah Kuala Lumpur berikutan terpaksa menangguh perbicaraan berkenaan.

Baca Seterusnya......

Tuesday, May 22, 2012

Gula punca gigi reput

http://arjuna1182.files.wordpress.com/2008/09/kopek-durian_gigi.jpg 
PEREPUTAN gigi berlaku apabila asid memusnahkan lapisan keras gigi dipanggil enamel. Asid ini terhasil daripada plak. Plak mempunyai kuman yang hidup dengan makanan bergula. Proses menghadam gula menjadikan asid bertindak balas terhadap permukaan gigi. 

Lama-kelamaan, pereputan gigi boleh menyebabkan lubang pada permukaan gigi. Sekiranya dibiarkan, kaviti akan menjadi besar dan akan memusnahkan gigi.

Sekiranya anda mempunyai kaviti, berjumpalah doktor gigi. Doktor gigi akan menampal gigi anda untuk mengelak kaviti menjadi lebih besar.

Asid mulut sentiasa menyerang permukaan gigi anda. Akan tetapi, pereputan gigi tidak berlaku secara serentak. Ini kerana terdapat elemen lain di dalam mulut yang memperkuatkan dan menghalang pereputan gigi. Satu daripada elemen itu ialah air liur. Air liur mempunyai mineral yang membantu memperkuatkan gigi. Florida, mineral semulajadi yang terdapat dalam air dan ubat gigi, juga membantu memperkuatkan gigi.

Berikut adalah beberapa tip untuk menghalang pereputan gigi:

Elakkan daripada sering makan makanan bergula. Kurangkan kudapan selepas waktu makan.

* Ini akan menghalang plak daripada menghasilkan asid. Ia juga akan mengurangkan tempoh gigi anda terdedah kepada asid.

* Minum banyak air terutamanya jika anda mengambil ubat tertentu.

* Sesetengah ubat mengurangkan air liur di dalam mulut. Ini boleh meningkatkan risiko pereputan gigi.

* Gunakan ubat gigi dan cecair pembersih dengan florida.

* Florida membantu menguatkan permukaan gigi.

* Kunjungi doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.

* Mereka akan membersihkan gigi dan memeriksa sekiranya terdapat kaviti.

* Pemeriksaan doktor gigi untuk pereputan gigi dan kaviti.

Baca Seterusnya......

Budaya setinggan di kejiranan rumah pangsa




BLOK 9 dan Blok 10 Program Perumahan Rakyat Termiskin Desa Mentari yang terletak berdekatan Jalan Klang Lama, Petaling Jaya itu kelihatan seperti tidak terurus.

Di bawah bangunan termasuk tempat letak kereta dan motosikal, tangga, koridor dan bumbung surau dipenuhi sampah sarap.

Grafiti di dinding dan kemudahan awam yang rosak akibat vandalisme mencacatkan lagi pemandangan selain bau busuk di bahagian tertentu koridor dan lif.

Penulis yang baru-baru ini berada di situ untuk melihat dari dekat kawasan kejiranan itu nyaris terkena plastik berisi sampah yang dibuang dari tingkat atas dan mendarat beberapa inci sahaja dari kepala penulis.
Kedua-dua blok 17 tingkat ini merupakan kediaman kepada kira-kira 6,000 orang.

Desa Mentari mempunyai 60 peratus penduduk yang terdiri daripada kaum Melayu dan bakinya kaum India. Kawasan kejiranan ini banyak menyaksikan pergaduhan. Kehidupan kedua-dua komuniti ini sentiasa diancam konfrontasi.

Perbalahan dan perkelahian antara dua kaum ini adalah sesuatu yang biasa berlaku. Punca masalah ini dapat dilihat daripada latar belakang penduduknya.

Penduduk Desa Mentari sebahagian besarnya berasal dari Kampung Medan dan Kampung Gandhi yang menyaksikan pergaduhan antara kumpulan masyarakat India dan Melayu pada bulan Mac 2001. Dalam kejadian itu, enam orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera
.
Walaupun kedua-dua pihak telah berdamai dan berpindah dari kawasan setinggan itu ke kejiranan yang lebih terurus, namun mereka masih membawa budaya lama.

Menurut Ketua Sayap Wanita Persatuan Penduduk Blok 10 Desa Mentari Noraini Nordin, 41, senario ini membayangkan budaya ketika mereka tinggal di rumah setinggan dahulu.

Tabiat penduduk setinggan

"Ketika tinggal di rumah setinggan, mereka mempunyai tabiat membuang dan mencampak sampah merata-rata di luar rumah, di parit dan sungai. Malah, mereka membawa budaya ini setelah berpindah ke Desa Mentari.



PENDUDUK Desa Mentari merupakan penduduk miskin bandar yang memerlukan perhatian.

"Kalau adakan gotong-royong bersihkan kawasan persekitaran, tak sampai setengah jam, sudah kotor semula," kata Ketua Wanita Persatuan Penduduk Blok 10 Desa Mentari itu.

Masalah sosial yang berlaku ketika tinggal di kawasan setinggan seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, penyalahgunaan dadah, mengganggu ketenteraman awam, kecurian motosikal dan pecah tingkap cermin kereta sudah menjadi budaya.


Lebih membimbangkan, apabila berlakunya pergaduhan antara kaum India dan Melayu yang berterusan hingga mencetuskan persekitaran yang tidak selesa dalam kalangan penduduk.

"Sentiasa ada pergaduhan di sini. Tak kiralah antara India dengan Melayu, atau Melayu dengan Melayu atau India dengan India," katanya.

Keadaan itu bertambah buruk apabila penduduk sukar bekerjasama, berpuak-puak mengikut fahaman politik yang menyukarkan mereka bersatu.

Memandangkan bilangan konflik antara kaum ini mencatatkan jumlah yang tinggi, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional mengisytiharkan Desa Mentari sebagai antara hot spot dian memerlukan perhatian.

Kajian Jabatan Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM) berhubung pergaduhan melibatkan masyarakat India dan Melayu di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Medan mendapati ia bukan berunsur perkauman.

Tidak timbul isu benci membenci antara kaum Melayu dan India, sebaliknya tekanan hidup dan kemiskinan menyebabkan hubungan itu menjadi tegang jelas Profesor Dr. Fatimah Daud yang mengetuai kajian itu yang dijalankan pada tahun 2009.

Kajian itu bertujuan mengetahui punca konflik hubungan etnik di kawasan berkenaan berikutan banyak pergaduhan dilaporkan antara kedua-dua kaum itu.

Mengulas hasil kajian itu, Fatimah berkata, apa yang berlaku di kawasan Taman Medan adalah manifestasi masalah sosial yang berlaku di mana-mana kawasan setinggan di dunia.

Kemiskinan, masalah sosial, jenayah, dadah dan segala-galanya ada di sini memberi tekanan kepada kehidupan mereka.


LONGGOKAN sampah sarap hanya terbiar di tangga selain mengeluarkan bau busuk ia juga menyakitkan mata yang memandang.

"Mereka adalah penduduk miskin bandar yang memerlukan perhatian. Jika sebelum ini mereka tinggal di rumah setinggan tanpa bayar sewa rumah, tetapi apabila berpindah ke sini mereka perlu membuat bayaran bulanan kepada bank antara RM200 hingga RM300 sebulan.

"Bila tertekan, berlaku perkara kecil atau remeh pun, mereka cepat melenting, marah dan akhirnya bergaduh. Bukan sebab curiga atau masalah perkauman," katanya dalam satu temubual baru-baru ini.
Menurut Fatimah, rata-rata penduduk di Desa Mentari berpendidikan rendah. Mereka bekerja sebagai buruh, pemandu lori dan teksi, manakala mereka yang bekerja dengan kerajaan terdiri daripada kerani atau pekerja am rendah dengan pendapatan bawah RM1,500 sebulan.

Tekanan hidup

Kebanyakan keluarga, hanya bergantung kepada suami yang menjadi penyumbang kepada pendapatan keluarga dan isteri tidak bekerja.

"Setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya antara empat hingga 10 orang anak. Dengan pendapatan sebanyak itu, tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka. Ini yang menyebabkan ada anak yang tidak ke sekolah, tidak tamat persekolahan dan mereka kemudian meneruskan masalah sosial yang wujud di kawasan itu.

"Tekanan hidup juga menyebabkan mereka sentiasa tidak puas hati. Hilang toleransi. Walaupun telah berpindah ke PPRT, amat sukar untuk mengubah mentaliti dan aktiviti hidup mereka daripada masyarakat setinggan," katanya.

Menyedari apa yang berlaku di Taman Medan, perhatian yang khusus diberikan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi menanganinya.

Satu kajian menyeluruh sedang dijalankan oleh JPNIN dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang melibatkan tujuh kawasan perumahan rakyat termiskin di Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang bagi mengetahui konflik dan masalah yang dihadapi penduduk di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Azman Amin Hassan berkata: "Kajian itu masih di peringkat awal, dan masih mengumpul data supaya hasilnya dapat dibentangkan kepada kerajaan agar satu tindakan boleh diambil bagi membantu masyarakat yang tinggal di PPRT yang kebanyakannya bekas penduduk setinggan," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kepada pemantauan yang dibuat oleh JPNIN, pergaduhan kerap berlaku di kawasan itu kerana pengambilan alkohol.

"Namun ia belum sampai ke peringkat mengancam keselamatan kerana apabila berlaku, pihak polis dan orang kami di JPNIN akan membantu menyelesaikannya.

"Kita tidak mahu ia berterusan begitu, sebab itu kajian yang dijalankan penting untuk merungkai satu persatu masalah yang berlaku kerana kita faham apa yang dilakukan kerajaan sebelum ini belum cukup untuk membantu masyarakat sebegini," katanya.

Selami masalah

Menurut beliau, dengan kepadatan penduduk di kawasan itu, banyak masalah dan rintihan yang timbul antaranya tempat letak kereta yang tidak mencukupi, pembuangan sampah yang tidak sistematik dan kekurangan tempat riadah yang menyebabkan mereka hidup tertekan.


VANDALISME mencacatkan pemandangan blok perumahan di Desa Mentari.

"Keadaan rumah yang sempit, hidup tertekan, bila ada yang buat hal sikit, terus melenting dan bergaduh. Inilah yang perlu kita lihat dan mencari penyelesaiannya," katanya.

Program Sayang Komuniti oleh Rukun Tetangga yang dilancarkan baru-baru ini cuba menyelami masalah yang berlaku di satu-satu kawasan terutama kawasan yang berisiko tinggi.

"Selain memberi kaunseling kepada ibu bapa, yang paling kita cuba tekankan membantu menyedarkan mereka akan pentingnya pendidikan bagi merubah kehidupan yang ada.

"Kita turut menganjurkan kelas tambahan secara percuma untuk membantu anak-anak yang bakal menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kerana kita tahu mereka tidak mampu untuk membayar kelas tambahan di luar," katanya.

Baca Seterusnya......

BERSIH 3.0: Suhakam adakan siasatan awam

azlanSuruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengumumkan akan menjalankan siasatan awam berhubung dakwaan penggunaan kekerasan tidak sepatutnya oleh pihak polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0.

Dalam satu kenyataan, Suhakam berkata ia memutuskan untuk menjalankan siasatan awam tersebut setelah membuat pertimbangan yang serius.

Panel siasatan akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi b Haji Abdul Majid dan Pesuruhajaya Detta Samen.

Manakala terma rujukan siasatan awam tersebut adalah:

1. Untuk menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak semasa dan selepas perhimpunan pada 28 April 2012;

2. Jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, untuk menentukan:

i.Bagaimana pelanggaran itu terjadi;
ii. Apakah arahan pentadbiran dan prosedur, atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut; dan
iii.Individu atau agensi yang bertanggungjawab untuk pelanggaran tersebut.

3. Untuk mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran tersebut tidak akan berulang.

Ia adalah panel yang sama yang menjalankan siasatan awam terhadap BERSIH 2.0.

"Keputusan ini mengambil kira pemantauan Suruhanjaya semasa kejadian pada 28 April 2012 dan beberapa faktor lain yang berkaitan, termasuk penyerahan aduan, laporan dan  memorandum daripada orang awam, kumpulan hak asasi manusia dan profesional, serta ahli-ahli masyarakat sivil yang lain kepada Suruhanjaya berhubung dengan perkara itu, yang mana semua telah menggesa agar satu siasatan bebas dijalankan ke atas kejadian tersebut," Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam.

"Suruhanjaya ingin, tetapi tidak lagi boleh menunggu, pemakluman terma rujukan Panel Bebas yang ditubuhkan oleh Kerajaan kerana masih belum dimuktamadkan.

"Walau apapun siasatan yang akan dijalankan oleh Panel tersebut, adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya untuk menjalankan Siasatan Awam sepertimana mandat yang terkandung dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597).

Baca Seterusnya......

FGVH: Kerajaan jangan campur urusan S'jaya Sekuriti


KUALA LUMPUR, 21 Mei: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak)  memberi amaran kepada kerajaan agar tidak campur tangan dalam urusan Suruhanjaya Sekuriti mengendalikan isu Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, Anak tidak teragak-agak untuk mengheret Suruhanjaya Sekuriti ke mahkamah sekiranya badan itu didapati "dipaksa mengikut telunjuk perdana menteri".

Anak sebelum ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti berhubung borang tawaran pinjaman bank yang diedarkan kepada peneroka sedangkan badan itu belum meluluskan “Prospektus Penyenaraian FGVH'.

"Biarlah Suruhanjaya Sekuriti membuat pertimbangan secara profesional, berdasarkan bukti dan hujah yang dikemukakan.

"Kami beri amaran, kerajaan khususnya perdana menteri jangan campur tangan dalam dalam urusan suruhanjaya sekuriti.

"Kami tak teragak-agak mengheret Suruhanjaya Sekuriti ke mahkamah jika 'dipaksa ikut telunjuk perdana menteri," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Beliau mendakwa pihaknya mendapat maklumat wujudnya 'tangan ghaib' yang cuba mempengaruhi keputusan Suruhanjaya Sekuriti berhubung borang pinjaman pembelian saham FGVh oleh tujuh bank yang terlibat.

Anak dalam pada itu akan menyerahkan memorandum kepada Bank Negara Rabu ini bagi mendesak Bank Negara menarik balik borang tawaran saham yang diedarkan kepada peneroka.

"Kita mohon perhatian serius supaya borang-borang yang dikeluarkan oleh tujuh bank tersebut dapat ditarik balik serta merta," katanya.

Katanya, borang tersebut seolah-olah ingin menipu peneroka apabila dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan tidak difahami peneroka.

Baca Seterusnya......

BERSIH 3.0: Perbicaraan DSAI, Azmin Ali & Che'gu Bard Bermula

Foto: Malaysiakini
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan,  di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Kawasan di sekitar kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta telah dikawal oleh pihak polis.

Anwar bersama dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9.15 pagi.

Ketiga-tiga mereka merupakan kumpulan pertama yang didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.

Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut. Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin , Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Kronologi : Update setiap 10 minit

9.20 AM:
Azmin tiba di mahkamah

9.40 AM:
Masih menunggu untuk ketibaan hakim
Kumpulan peguam pembelaan sudah bersedia dan hanya menunggu Karpal untuk tiba

9.50 AM:
Bilik mahkamah penuh. 3 pemimpin PKR ini adalah yang pertama didakwa dibawah undang undang yang baru diperkenalkan - Dr. Xavier Jayakumar

10.00 AM:
Kelihatan ketiga tiga pemimpin sedang berbincang bersama barisan peguam

Panas :  Datuk Yusof, pendakwa kanan kes fitnah liwat pagi ini tiba tiba sertai pasukan pembelaan kes DSAI
Pertuduhan terhadap DSAI mula dibacakan
Ikat jamin untuk DSAI sedang diperbincangkan
DSAI diberikan ikat jamin RM500

10.10 AM:
Mahkamah slesai baca pertuduhn terhadap DSAI, beliau tidak mengaku bersalah mahkamah bebaskan dgn ikat jamin RM500 (utk pertuduhan pertama)
Perbiacaraan untuk pertuduhan pertama ditetapkan pada 2 Julai

10.15 AM:
Pertuduhan dibacakan kepada Azmin Ali

10.17 AM:
Azmin juga diberikan ikat jamin sebanyak RM500

'Pertuduhan ke atas DSAI dan saya dibacakan di depan Hakim Tuan Mahmud Abdullah. Tarikh bicara 2 Julai 2012. Ikat jamin RM 500' - Azmin Ali

10.22 AM:
Pertuduhan pada Che'gu Bard pula dibacakan

10.23 AM:
'Alhamdulillah tuduhan dibacakan dan saya tak mengaku salah.. Hakim bebaskan dgn jaminan rm500.. Perbicaraan akan ditetapkan 2Julai' - Che'gu Bard
10.26 AM:
Tuduhan ke dua dibawah seksyen 188 Penal code dibacakan
Kesemua pemimpin dituduh secara bersama melanggar arahan mahkamah  pada hari perhimpunan

10.30 AM:
Mahkamah membenarkan ikat jamin bagi pertuduhan kedua kepada ketiga tiga pemimpin dan menetapkan 2 hb Julai 2012, sebagai tarikh perbicaraan.
1st charge of 'Street protest' means that 300,000 people committed the same offence! Why charge only 3 of them? Clearly political! - Sivarasa
10.40 AM:

Kes telah ditetapkan untuk diperdengarkan pada 2hb Julai 2012, pihak pendakwaan perlu mengemukakan dokumen kepada pihak pembelaan sebelum tarikh itu - Sivarasa

11.00 AM:

Dlm pejabat pegawai polis penjaga mahkamah...jumpa Tuan Munusamy, pegawai polis yg menahan saya di sekolah ketika mengajar hampir 11thn dulu - Che'gu Bard

Baca Seterusnya......