KUALA LUMPUR: Keluarga serta rakan-rakan aktivis
mahasiswa, Khalid Ismath yang ditahan polis pagi tadi meminta pihak
polis "tidak mempermainkan mereka" dan berterus terang apa yang akan
dilakukan terhadap Khalid.
Khalid, 22, pada mulanya hanya diminta
hadir ke mana-mana balai polis untuk diambil keterangan berhubung
dakwaan berkaitan status laman sosial Facebook yang dikatakan menyokong
tindakan supaya anggota polis dibunuh.
Namun
Khalid yang ditemani ibu bapa, saudara mara dan sekumpuluan aktivis
mahasiswa ditahan sejurus tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala
Lumpur (IPK KL) kira-kira jam 10 pagi tadi.
Menurut seorang
aktivis mahasiswa yang berada di IPK KL, Ehsan Bukhari, selepas Khalid
ditahan, dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras kira-kira jam
11.30 untuk siasatan lanjut.
Selepas itu, dia sekali lagi dibawa menaiki kereta dan dimaklumkan akan dibawa ke IPD Jinjang.
Namun,
Khalid yang masih dibenarkan berhubung dengan ahli keluarga
memberitatu, dalam perjalanan ke Jinjang, mereka berpatah balik ke IPD
Cheras.
Sehingga berita ini ditulis, Khalid berada di IPD Cheras.
"Tadi
kami semua ke IPD Cheras, lepas itu ikut ke IPD Jinjang tapi belum
sempat tiba, Khalid bagitahu mereka berpatah balik ke IPD Cheras.
Sekarang kami nak gerak ke IPD Cheras.
"Kami tak tahu polis
tengah main game apa ni. Kami minta polis tolong berterus-terang apa
tindakan yang akan dikenakan ke atas Khalid," katanya.
Sunday, May 6, 2012
Belum sempat beri keterangan dah kena tahan
Posted by Suhaimi at 10:29 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment