Sebenarnya gambar skandal seks Azmin Ali (didakwa adalah Azmin Ali oleh PapaGomo – papagomo.com) sudah tersebar di Internet sejak 2, 3 hari lepas.
Seperti dijangka Buletin Utama TV3 tidak
melepaskan peluang menyiarkan tulisan “emas” daripada Papagomo untuk
disiarkan kepada umum yang mengaitkan gambar seks terbaru ini dengan
pemimpin parti pembangkang. Dipendekkan cerita, Azmin Ali namanya. Itu
dakwaan Papagomo.
Laporan Kosmo : Skandal Seks Pemimpin Pembangkang Selangor (Mirip)
Kosmo juga tidak melepaskan peluang
menyiarkan laporan berita skandal pemimpin pembangkang Selangor ini
sehingga menyiarkan gambar-gambar yang tidak senonoh.
Kenyataan Azmin Ali VS Dakwaan Video Skandal Seks Azmin Ali?
“Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.“Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan.“Namun Umno masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata,” katanya. (sumber : Malaysiakini)
Kami terpaksa censor beberapa bahagian
yang kami merasakan ia tidak sepatutnya disiarkan kepada umum apatah
lagi apabila anak-anak kecil melihatnya tidak kira di kaca televisen
ataupun di media cetak. Sangat tak elok.
Kalau diperhatikan daripada aspek taktikal politik apatah lagi bahang Pilihanraya Umum ke 13
sudah semakin terasa, kami menjangkakan gambar dan sedutan akan
dikeluarkan sedikit demi sedikit dan akhirnya apabila tibanya saat
menjelangnya PRU ke 13 akan lebih banyak bahagian gambar dan sedutan
video akan disiarkan kepada umum untuk menontonnya.
Bagi kami yang salah tetap salah,
tidak kira dari pembangkang atau kerajaan sekalipun. Kami sama sekali
tidak mahu mempunyai pemimpin yang mempunyai integriti yang rendah
apatah lagi jika terbukti ianya bersalah daripada aspek undang-undang.
Oleh itu, nasihat kami kepada penyiar
gambar-gambar yang mendakwa ianya ada kaitan dengan skandal seks Azmin
Ali, terus gunakan saluran undang-undang yang ada.
0 comments:
Post a Comment