Sumber Beritasemasa
Sebelum ini New Straits Times
Online telah mendakwa seorang Senator Australia, Nicholas Xenophon yang
menjadi pemerhati antarabangsa semasa perhimpunan Bersih 3.0 telah
menyampaikan ucapan yang anti Islam ketika persidangan Australia pada
tahun 2009. Benarkah begitu?
Kronologi Kes Fitnah New Strait Times Bermula :
- Pada asalnya, Mr Xenophon dijemput untuk menjadi pemerhati antarabangsa sepanjang berlangsungnya perhimpunan Bersih 3.0 bersama 6 lagi wakil luar negara. Nasib beliau kurang baik ketika itu, kena sembur dengan tear gas (gas pemedih mata) dan water cannon (meriam air)
- Sepantas kilat beliau telah melaporkan insiden tersebut dalam media Australia apa yang terjadi sepanjang beliau berada di sana. Dalam bahasa mudahnya di sini, katanya “tiada ribut, tiada hujan secara tiba-tibasaya telah disembur dengan tear gas dan juga water cannon”.
- Kemudian, selang beberapa hari Mr Xenophon mula menjadi sasaran media arus perdana dengan mendakwa Mr Xenophon sebenarnya adalah seoarang yang anti Islam berdasarkan ucapan di Parliment Australia tahun 2009. Sedangkan ucapan tersebut tidak wujud sama sekali. Dia berucap tentang Scientology bukannya Islam. Apatah lagi mengkritik Islam.
Apa yang berlkau selepas itu? Nicholas
Xenophon menyanggah dakwaan tersebut sehingga akhirnya beliau tampil
untuk mengambil tindakan saman terhadap New Strait Times kerana memfitnahnya.
Akhirnya, New Strait Times telah memohon
maaf dan mengakui yang mereka telah membuat “kesilapan besar” sehingga
telah membuatkan Mr. Xenophon terseksa dan malu sepanjang NST
menerbitkan laporan berita tersebut di laman online mereka.
Selepas menyedari tindakan saman yang bakal diambil oleh pihak Nicholas Xenophon terhadap mereka, pihak New Straits Times telah menarik balik semua kenyataan & laporan berita yang tersiar dan menyesal di atas perbuatan mereka.
Hakikatnya, NST Malaysia sendiri telah
menyedari Mr. Xenophon tidak menyebut sepatah perkataan “Islam” dalam
ucapannya dan Nicholas Xenophon sama sekali tidak mengatakan Islam
sebagai sebuah pertubuhan agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang
bersembunyi di sebalik kepercayaan agama seperti yang didakwa NST
sebelum ini.
NST telah menukarkan ucapan menukar ucapan Mr Xenophone daripada perkataan Sciencetology kepada Islam
Perbezaan Laporan Berita The New Strait Times Online VS TheAge Australia
Walaupun artikel asal New Straits Times
telah pun dibuang tetapi ia bukanlah masalah besar untuk kami
mendapatkan kembali untuk dibuat perbandingan seperti di bawah ini :
(Kiri) Artikel penuh NST yang telah dibuang (Sumber)
Kenyataan Maaf Pihak New Straits Times terhadap Mr Xenophon
This article contained, amongst others, the following statement:
- In a speech made in the Australian Parliament on 17.11.2009, Mr Xenophon was critical of Islam and came out openly in support of lesbian, gay, bisexual and transgender issue.
- Mr Xenophon is reported to have said in his speech that “What we are seeing is a worldwide pattern of abuse and criminality. On the body of evidence, this is not happening by accident; it is happening by design. Islam is not a religious organisation. It is a criminal organisation that hides behind its so-called religious beliefs.”
- Mr Xenophon therefore questioned whether Islam deserved any support.
We
hereby confirm that we have made a grave error in publishing the
statements in the article. We accept that in his speech in the
Australian Parliament referred to in the article, Mr Xenophon did not
use the word “Islam” and neither did he assert that Islam is not a
religious organisation but a criminal organisation hiding behind its
religious belief.
For the above reason, we hereby retract
all the statements contained in the article against Mr Xenophon and
unreservedly and unconditionally apologise to him for any distress or
embarrassment caused by the article.
As a further mark of our contrition, we
have also removed the article from our online version of the newspaper
with immediate effect.
Walaubagaimanapun, Senator Australia Nicholas Xenophon tetap akan meneruskan saman terhadap New Straits Times (NST), kerana :
- New Straits Times (NST) dilihat sengaja menjejaskan keselamatannya apabila mengeluarkan artikel yang menggambarkan dirinya sebagai anti Islam
- Fitnah terhadapnya agak keterlaluan dan ianya amat menyedihkan
- Fitnah berkenaan Islam yang dilemparkan terhadapnya amat menjelikkan
- Beliau hanya menggunakan istilah “Scientology”, malangnya istilah tersebut telah ditukarkan kepada perkataan Islam.
- Apa sebab New Strait Times melakukan dakwaan sebegini rupa terhadap senator Australia ini? hanya NST yang tahu sebab-musababnya?
Mungkin Nicholas Xenophon tidak biasa dengan permainan dan agenda
media arus perdana di Malaysia. Sedangkan, rakyat Malaysia selama ini
“sudah lali” dan “cukup masak” dengan plot yang sebegini rupa dan “sepak
terajang” media arus perdana. Apa kata anda pula?
0 comments:
Post a Comment