UBN
khasnya Umno di Johor semakin kegelisahan dan panas punggung dengan
kemaraan Pas dan Pakatan Rakyat untuk menakluki negeri berkenaan.
Kini
Umno mula bermain kotor dan jahat dengan memburukkan peribadi pemimpin
Pakatan Rakyat tanpa menghiraukan adat sopan dan larangan agama. Anih
orang Johor yang dikatakan mempunyai banyak sekolah agama tetapi
pemimpin Umno bersikap seperti jahiliah.
Salahuddin ikrar akan
ganyang Johor. Naib Presiden Pas Salahuddin yang diberi kepercayaan
untuk mengepalai Johor sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menakluki
negeri itu sudah menerima pukulan permainan jahat dan kotor Umno bila
mana beliau difitnah berzina dengan isteri orang. Khabarnya poster dan
risalah menuduh beliau berzina telah disebar berleluasan di Johor.
Perbuatan
terkutuk itu menandakan Umno kehabisan modal, kekeringan minda
terpaksa menngambil pendekatan di zaman kerajaan Melaka 500 tahun
dahulu yang menggunakan fitnah sebagai senjata untuk merebut jawatan.
Apa dilakukan oleh penguasa di kerajaan Melayu Melaka dulu samalah
dilakukan oleh Umno Johor hari ini. Orang berhati busuk yang terdiri
dari pembesar istana melakukan fintah menuduh orang itu bermuka dengan
isteri orang, dengan gundik istana tujuan untuk menjatuh dan mengaibkan
seseorang. Hasil tuhan itu menyebabkan raja yang tidak usul periksa
meneriam kemudian menghukum si kena tuduh.
Nah, fintah atau sunnah dari zaman kerajaan Melaka kini dihayati oleh
pemimpin Umno Johor. Apakah gara-gara perbuatan jahat dan keji itu
menyebabkan kerajaan Umno Johor juga akan tumbang kerana fintah itu?
Salahuddin ketika berucap pada Himpunan Tanah di Angsana Johor Bharu
Ahad lalu, bersumpah menafikan tududuhan itu dengan menyebut, "Wallahi, Wabillahi dan Wathalli, saya tidak pernah pernah membalun isteri orang".
Beliau mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh para bloger upahan Umno.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu begitu marah dengan perbuatan itu dan
meminta Umno berdepan dengan secara anak jantan. "Kalau berani
berdepanlah dengan saya secara anak jantan," cabarnya. Saya belum pernah
melihat Salahuddin menjadi begitu marah kepada mana-mana pihak di
dalam ceramahnya. Mungkin kerana tidak dapat menerima perbuatan kotor
itu, menyebabkan beliau kehilangan keperibadian lemah lembutnya selama
ini.
Sepatutnya Salahuddin tidak melayan golongan Raja
Mendaliar, Patih Karma Wijaya dan sekutu seracun dengannya kerana kerja
jahat itu memang keturunan mereka sejak dari azali lagi. Umno yang
asalnya memerintah negara ini dengan penipuan, fitnah dan memperalatkan
segala angensi kerajaan tidak akan berhenti dari perbuatan jahatnya
itu.
Himpunan Tanah itu bertujuan untuk membela nasib rakyat
Johor yang dinafikan hak mereka memiliki tanah diadakan di Angsana
Johor Baharu dihadiri lebih 10,000 orang. Menurut Pengerusi Tanah
Suhaizan Kayat, himpunan itu merupakan pertama kali melihat rakyat
Johor bangkit serentak tanpa takut untuk membela hak mereka.
Kebangkitan rakyat Johor membuktikan bahawa rakyat Johor dari segenap
lapisan masyarakat dan keturunan sudah muak dan jeluak dengan Umno dan
BN.
Isu tanah tampaknya akan menjadi isu utama di Johor dalam
pilihan raya kali ini yang sukar untuk dibendung oleh MB Abdul Ghani
Othman.
Majlis makan malam anak Johor di Shah Alam.
Dalam pada itu Salahuddin dan Suhaizan berjanji akan mengelilingi
seluruh Johor untuk membela rakyat bermasalah khasnya mengenai pemilikan
tanah serta menjelaskan kedurjaaan UBN. Melihat kepada sambutan di
Angsana Johor Baharu itu tidak msutahil dalam pilihan raya kali ini
Pakatan Rakyat akan mencatat rekod kejayaan dan Umno akan mulai
menikmati kekalahan dan hukuman dari rakyat.
Sesungguhnya
pengembalian Salahuddin ke Johor yang dianggap sebagai kembalinya
penglima selepas bertapa di rantau orang (Kelantan) membekalkan ilmu
bagi membela kampung halaman, menghalau para penyamun dan musuh tidak
sia-sia. Segala ilmu yang dipelajari Salahuddin sudah dipergunakan dan
ia memberi kesan.
Sementara itu kekompatan anak-anak Johor yang
menumbangkan kerajaan Umno di Johor begitu terserlah. Minggu lalu
majlis makan malam anjuran Pas Johor untuk dana pilihan raya mendapat
sambutan hangat. Paling menggembirakan sokongan untuk Pas dan Pakatan
Rakyat turut sama disokong oleh golongan profesional yang tinggal di
luar Johor
Tuesday, May 8, 2012
Salahuddin Ayub Ikrar Akan Jatuhkan Kerajaan BN Johor
Posted by Suhaimi at 10:33 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment