Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, May 2, 2012

Penyenaraian Felda: NGO akan fail injuksi pada dokumen

NONEPeneroka Felda akan memfailkan injuksi mahkamah bagi membatalkan semua dokumen berhubung pinjaman bank termasuk surat tanggung kerugian untuk pembelian saham ekoran rancangan penyenaraian Felda Global Venture Berhad di Bursa Malaysia, kata NGO berkaitan.

Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) berkata, tindakan itu diambil kerana dokumen tawaran pinjaman untuk pembelian saham dari tujuh institusi perbankan - kecuali Maybank - disediakan dalam bahasa Inggeris, menyukarkan ia difahami peneroka.

Peneroka akan memfailkan injuksi tersebut di Mahkamah Tinggi Seremban pada 4 April ini, kata pengerusi ANAK Mazlan Aliman.

Dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Shah Alam hari ini, Mazlan juga mendakwa peneroka dipaksa untuk menandatangani dokumen tersebut.

Beliau mendakwa terdapat peneroka tidak dibenarkan membawa balik dokumen terbabit bagi mendapatkan nasihat daripada lain, walaupun didakwa terdapat arahan berbuat demikian dalam surat tanggung kerugian.

Lebih malang, Mazlan mendakwa lebih 90 peratus peneroka di seluruh negara telah menandatangani borang tersebut dan khuatir berdepan dengan risiko bankrap sekiranya gagal membayar pinjaman sekiranya berlaku kejatuhan saham FGVH.

"Setiap dokumen hendaklah difahami oleh peneroka... Borang tawaran ini adalah satu pilihan dan dibuat secara sukarela. Tapi sekarang jadi wajib, " katanya dalam sidang media di ibu negara pagi ini.

Mazlan berkata proses kesemua bank tersebut, tujuh bank tersebut menawarkan borang pinjaman tersebut pada minggu lepas di seluruh negara.- MK

0 comments: