"KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan PTPTN kini menjadi sumber kewangan untuk mengkayakan kroni Umno dalam perniagaan pendidikan mereka.
Tanpa
menolak ada kebaikan yang dibawa PTPTN tetapi masalah yang dihadapi
negara sekarang adalah penyalahgunaan tabung ini untuk kepentingan kroni
ekoran kerangkanya yang tidak sihat.
Demikian kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau
mengulas kejayaan wakil Pakatan Rakyat dalam debat PTPTN, Rafizi Ramli
baru-baru ini yang disifatkan beliau berjaya menyampai mesej PTPTN perlu
dimansuhkan dan digantikan dengan pendidikan percuma.
Dr
Dzulkefly juga melahirkan rasa kebimbangan dengan usaha Pusat Latihan
Khidmat Negara (PLKN) yang cuba mewajibkan semua pelajar lepasan SPM
menyertainya kerana unsur salah guna kroni juga sudah berlaku sekarang.
"Saya
mendapat maklumat tentang sebuah kolej swasta yang kini sedang 'memaksa
dan menuntut' PTPTN membuat bayaran RM15 bilion untuk membiayai pelajar
mereka mengikuti kursus jururawat yang dikenakan RM90,000 seorang untuk
seluruh pengajiannya," beritahu Dr Dzulkefly.
Kolej swasta ini, katanya, menawarkan kursus jururawat dengan jaminan kononnya kerja terjamin.
Atas
alasan itu, kolej-kolej ini mengenakan yuran yang tinggi kepada
pelajarnya dan yuran ini diperolehi dengan membuat pinjaman daripada
PTPTN.
"Inilah bagaimana caranya kroni Umno ini memeras duit rakyat melalui PTPTN ini," kata beliau kepada Harakahdaily.
Kini, kata Dr Dzulkefly (gambar),
berlaku lambakan graduan kursus jururawat dalam pasaran kerana
penawarannya sudah terlalu tinggi berbanding dengan keperluan negara.
"Sekarang
kolej-kolej ini mula menuntut wang dari PTPTN untuk pelajar mereka.
Pelajar yang keluar pula tidak ada pekerjaan, bagaimana mereka hendak
bayar balik hutang ini.
"Hasilnya kerajaan yang terpaksa
tanggung lalu membuat pinjaman dari institusi kewangan untuk mengisi
tabung ini sebagaimana yang didedahkan Khairy (Jamaludin) dalam debat
baru-baru ini," kata Dr Dzulkefly.
Khairy dalam Debat PTPTN
baru-baru ini memberitahu, PTPTN membuat pinjaman dari Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) dan beberapa bank untuk mengisi tabung PTPTN
yang hampir kering itu.
Pelajar pula hanya perlu membayar balik
pinjaman yang mereka buat, manakala bunga atau faedah bank itu
ditanggung oleh kerajaan, kata Khairy.
Bagi Rafizi, kerangka
tanggungan pendidikan melalui sistem PTPTN itu menyebabkan negara
menanggung terlalu banyak hutang dan akan sampai masa kerajaan tidak
mampu menampungnya lagi.
Sebelum masa itu sampai, beliau meminta
PTPTN dikaji balik dan Pakatan Rakyat mencadangkan pendidikan percuma
ditawarkan kepada rakyat negara ini.
Menurut Dr Dzulkefly,
sekurang-kurangnya 19 negara di dunia memberi ‘pendidikan percuma’ dalam
pelbagai pendekatan dan kaedah perlaksanaan di peringkat universiti.
Dari
jumlah itu lapan negara yang tidak langsung mengenakan yuran
universiti: Argentina, Brazil, Finland, Germany, Iran, Mexico, Sweden
dan Arab Saudi.
"Rafizi Ramli jelas sandarkan hujjah beliau
bahawa negara ini kaya. Benar, Bank Dunia mengiktiraf bahawa Malaysia
adalah antara negara terkaya di dunia diukur di segi ‘sumber per
kapita’. Sudah tentu sama atau lebih kaya dari kebanyakan negara
tersenarai tadi," katanya.
Tegasnya, kata beliau, Rafizi berhujah
bahawa negara yang menjana RM181 bilion pendapatan setahun ini mampu
memberikan pendidikan percuma, seandainya rasuah dapat dikekang,
ketirisan dikurangkan dan prioriti diperbetulkan.
Sunday, May 27, 2012
Kolej kroni tuntut RM15 bilion dari PTPTN
Posted by Suhaimi at 5:12 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment