KUALA TERENGGANU - Umno negeri Terengganu telah
menyalahgunakan berpuluh-puluh kenderaan kerajaan negeri Terengganu bagi
mengangkut para peserta ke program sambutan ulangtahun 66 tahun
penubuhan parti itu semalam di ibu negara Kuala Lumpur.
Ahli Jawatankauasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dr
Azman Ibrahim kesal dengan tindakan parti itu yang sewenang-wenangnya
menggunakan harta rakyat seolah-olah harta tersebut milik Umno.
Menurutnya,
antara kenderaan yang digunaka adalah bas Jabatan hal Ehwal Agama
Terengganu yang digunakan untuk mengangkut pesrta yang terdiri di
kalangan Pemuda Umno Batu Rakit.
Katanya, tindakan tersebut
menunjukkan Exco Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat
menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan parti.
“Exco agama
salah guna harta kerajaan, demi mencapai hasrat kononnya menghimpunkan
100,000 manusia di Stadium Bukit Jalil sempena sambutan 66 tahun Umno
semalam,
“Adun
Batu Rakit (itu) menyalahgunakan bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
untuk mengangkut pemuda-pemuda dari kawasan yang diwakilinya”ujarnya
ketika menghubungi Buletinonline.
Beliau yang juga Naib Yang
DiPertua PAS Setiu berkata, Khazan yang juga pimpinan Umno Setiu
sebagaimana biasa menyalah gunakan harta kerajaan.
Beliau
berkata, bas tersebut telah dikesan di sekitar Pusat Dagagan Dunia Putra
(Putra World Trade Centre – PWTC) pada Jumaat 11 Mei.
Menurutnya,
perkara yang sama turut dikesan di beberapa buah hotel disekitar ibu
Negara dimana beliau mendapati banyak kenderaan-kenderaan milik beberapa
Jabatan Kerajaan Negeri Terengganu yang disalahgunakan.
Justeru
beliau menggesa kerajaan mendedahkan kepada rakyat kaedah dan peruntukan
mana yang membolehkan kenderaan kerajaan boleh dimanipulasi untuk
meramaikan manusia ke program Umno.
Katanya, Umno juga perlu
memperincikan sumber pendapatan mana yang digunakan menyewa
beratus-ratus bas swasta bagi tujuan yang sama./~BuletinOnline
Sunday, May 13, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment