Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, May 13, 2012

Canggih : Enjin eSP untuk skuter Honda PCX125



ENJIN eSP dilihat bakal membuatkan skuter Honda PCX125 bertambah popular.
MENJADI skuter paling laris di pasaran Eropah pada tahun 2011, Honda PCX125 menggabungkan ciri penggayaan skuter lebih besar, mudah dikendalikan, stabil dan reka bentuk yang mementingkan fungsi.

Bagi tahun 2012 pula, Honda PCX125 menggunakan enjin eSP (enhanced Smart Power) baharu. Enjin satu silinder dengan sistem penyejukan udara itu direka untuk lebih tahan lasak, jimat minyak, berkuasa dan senyap.

Pada tahun 2006, Honda merupakan pengeluar kenderaan pertama yang mengumumkan sasaran pengurangan emisi untuk semua produk dan kilang pengeluarannya.

Honda PCX125 mencipta penanda aras bagi sebuah skuter berkapasiti kecil iaitu praktikaliti, bergaya dan menyeronokkan. Jentera itu dijangka dijual di pasaran United Kingdom mulai musim panas tahun ini.

0 comments: