Ketua Pengarah Unit Amal PAS Juhari Osman mendakwa menerima peluru
bersama surat ugutan bunuh yang diposkan ke rumahnya di Melaka lewat
pagi tadi.
Menurut
Johari, beliau menyedari perkara itu apabila balik mengambil anaknya
dan tidak menolak kemungkinan besar ugutan itu ekoran peranannya
mengetuai 4,000 anggota Unit Amal dalam perhimpunan BERSIH pada 28 April
lalu.
"Bila saya buka, (ada) gambar saya dan di bawahnya bertulis 'pu**mak kau Juhari... PENGKHIANAT'.
"Peluru itu dibungkus dalam suratkhabar bertulisan Tamil," beliau dipetik sebagai berkata kepada Harakahdaily.
Juhari berkata, beliau akan membuat laporan polis petang ini dengan ditemani pimpinan PAS Melaka.
Tuesday, May 8, 2012
Pengarah Unit Amal PAS terima peluru
Posted by Suhaimi at 7:10 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment