Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, May 10, 2012

Kerajaan Arab Saudi Sekat Jemaah Haji & Umrah Dari Malaysia? Ini Jawapan Kedutaan Arab Saudi..

Sumber Beritasemasa

Arab Saudi Malaysia Haji Kerajaan Arab Saudi Sekat Jemaah Haji & Umrah Dari Malaysia? Ini Jawapan Kedutaan Arab Saudi..
Kami perhatikan isu melibatkan kalangan rakyat Malaysia yang menunjukkan protes bagi memberikan sokongan kepada perhimpunan Bersih 3.0 sudah berlarutan lebih seminggu lamanya.
Jikalau diperhatikan berita-berita yang dilaporkan di media arus perdana di Malaysia, berat juga “jenayah” yang telah dilakukan oleh peserta Bersih di Arab Saudi. 

Antara Laporan Berita Media Arus Perdana Mengenai Tekanan Kerajaan Arab Saudi Ke Atas Peserta Bersih di Arab Saudi :

  1. Arab Saudi pertimbang sekat jemaah Malaysia (Utusan Malaysia – 8 Mei 2012)
  2. Arab Saudi Kecewa Demonstrasi (Berita Harian – (Berita Harian – 9 Mei 2012)
  3. Saudi Buru Peserta Bersih & Arab Saudi Buru Dalang Bersih 3.0 (Mingguan Malaysia – 6 Mei 2012)
Perhimpunan Bersih 3.0 Arab Saudi Kerajaan Arab Saudi Sekat Jemaah Haji & Umrah Dari Malaysia? Ini Jawapan Kedutaan Arab Saudi..
Baru-baru ini, terdapat kalangan rakyat Malaysia yang telah mengambil inisiatif yang telah menghantar email terus ke Kedutaan Arab Saudi di Malaysia bagi mendapatkan penjelasan terus daripada pihak kedutaan mengenai isu visa Haji yang sedang hangat di Malaysia.

Walaubagaimanapun, Ini Jawapan Balas Daripada Kedutaan Arab Saudi di Malaysia:

Setakat ini, kami tidak lagi mendapat sebarang makluman mengenai tindakan ke atas rakyat Malaysia (merujuk daripada kerajaan Arab Saudi) – Kedutaan Arab Saudi
Kedutaan Arab Saudi di Malaysia Kerajaan Arab Saudi Sekat Jemaah Haji & Umrah Dari Malaysia? Ini Jawapan Kedutaan Arab Saudi..
Pendirian kami mudah sahaja, jikalau benarlah apa yang dikatakan kerajaan Malaysia di mana kerajaan Arab Saudi tidak gemar perhimpunan-perhimpunan yang cuba diadakan seperti yang dilakukan  peserta Bersih 3.0 di Arab Saudi, sehingga menyebabkan orang lain juga mendapat “musibah” dan “kesusahan” untuk menunaikan umrah dan haji selepas ini, makanya mereka-mereka yang terlibat harus dikenakan tindakan sebagai pengajaran.
Yang salah tetap salah. Jika undang-undang Arab Saudi melarang mereka berbuat sedemikian rupa. Kita mesti hormati peraturan dan undang-undang di tempat orang.
“Walaupun di hati kecil kami ada sedikit aneh melihat situasi yang berlaku sekarang jika benarlah ianya realiti”
Visa Haji Malaysia Kerajaan Arab Saudi Sekat Jemaah Haji & Umrah Dari Malaysia? Ini Jawapan Kedutaan Arab Saudi..
Walaubagaimanaun semakan kami (Berita Semasa) di laman web antarabangsa PressTV menunjukkan laoran berita ekitar tahun 2011, di mana jemaah Bahrain pernah menggunakan pentas jalan-jalan raya di sekitar Mekah, Arab Saudi bagi membuat demonstrasi jalanan menuntut kejatuhan rejim Al-Khalifa di Bahrain.
Apa yang kami perhatikan demonstrasi tersebut lebih hebat dan jauh lebih besar bilangan yang menyertainya.
Arab Saudi Bersih 3.0 Kerajaan Arab Saudi Sekat Jemaah Haji & Umrah Dari Malaysia? Ini Jawapan Kedutaan Arab Saudi..
Berita Lengkap : PressTV
Cuma yang menjadi persoalan kami sekarang ini, apa tindakan kerajaan Arab  Saudi ke atas mereka dan berapa lama agaknya rakyat Bahrain kena ban dengan kerajaan Arab Saudi? Apa pandangan anda pula mengenai isu ini?

0 comments: