Keadilan hari ini memperkenalkan Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP)
bagi membantu mengesan pengundi-pengundi hantu yang terdapat di dalam
senarai pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Timbalan
Presiden Keadilan, Azmin Ali memaklumkan SISMEP mampu mengesan
perbezaan senarai pengundi yang berdaftar serta kawasan mengundi sejak
2004 hingga 2011.
“SISMEP ini akan memudahkan petugas-petugas
Pakatan Rakyat untuk mengesan kehadiran pengundi-pengundi hantu di
kawasan mengundi,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan
Pusat Media Keadilan Selangor di sini.
Menurutnya, petugas parti
hanya perlu memasukkan no kad pengenalan pengundi untuk mengesan samada
pengundi tersebut benar-benar menjadi pengundi bagi kawasan tersebut.
Dengan
adanya sistem ini, petugas pilihanraya boleh menghalang kehadiran
pengundi-pengundi hantu yang dihantar bertujuan untuk memenangi undi
sesebuah kawasan itu seperti yang berlaku sebelum ini.
Azmin juga memberitahu pihaknya tidak keberatan untuk berkongsi penggunaan SISMEP ini bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Sebagai permulaan, SISMEP ini akan dilancarkan di Perak bagi menguji keberkesanannya.
Sebelum
itu, dalam ucapan perasmiannya Azmin menegaskan media seharusnya bebas
daripada kongkongan parti pemerintah dan meminggirkan kepentingan
rakyat.
“Media sepatutnya pro-rakyat dan bukannya pro-perasuah dan pro-perompak yang mengaut keuntungan daripada rakyat,” katanya.
Selain
itu, Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata,
media arus perdana perlu kembali ke jalan yang betul dengan menyiarkan
fakta sebenar berkenaan sesuatu isu dan bukan hanya menjadi bahan mainan
Umno-BN.
“Jangan merendahkan imej kewartawanan hanya kerana
ingin mendapat keuntungan dengan fitnah yang dimainkan selama
bertahun-tahun dibawah kerajaan Umno-BN,” katanya.
Majlis Hi-Tea
dan Ramah Mesra Pemimpin Keadilan Selangor bersama Rakan Media serta
Perasmian Pusat Media Keadilan Selangor diadakan di Pejabat Keadilan
Selangor di Lembah Subang, Petaling Jaya.
Majlis ini dihadiri
Naib Presiden Keadilan, Datuk Mansor Othman, Ahli Parlimen Ampang,
Zuraida Kamaruddin Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Batu Caves,
Amirudin Shari serta barisan kepimpinan Keadilan Selangor.

Friday, May 11, 2012
Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP) untuk mengesan pengundi Hantu
Posted by Suhaimi at 6:36 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment