Proton Holdings Bhd hari ini mengesahkan peletakan jawatan Datuk Seri
Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengarah Urusan Kumpulan,
berkuat kuasa 4 Julai, 2012.
"Syed Zainal telah bersama dengan
Proton lebih enam tahun dan kami amat berterima kasih di atas segala
sumbangan beliau kepada syarikat.
"Beliau memutuskan untuk
meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya
dan kami menghormati keputusan beliau," kata pengeluar kereta nasional
itu dalam satu kenyataan susulan pertanyaan media.
Syarikat itu juga mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai.
"Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dalam apa juga bidang yang diceburi di masa depan," kata Proton.
Susulan
peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd
Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat.
Ditubuhkan
pada 1983, Proton merupakan anak syarikat DRB-HICOM Bhd dan pengeluar
automobil terbesar Malaysia, dan satu-satunya pengeluar kelengkapan asli
atau pengeluar kereta menyeluruh di Asia Tenggara.
Ia beroperasi
di pasaran-pasaran utama dari United Kingdom hingga ke Timur Tengah dan
di seluruh Asia Tenggara dan Australasia, terutama di negara seperti
China dan Iran. -Bernama
Tuesday, May 29, 2012
Syed Zainal Abidin letak jawatan daripada Proton
Posted by Suhaimi at 11:05 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment