Banyak yang P Ramlee gambarkan dalam filemnya
kini menjadi kenyataan dalam dalam alaf ini. Inilah kehebatan Seniman
P. Ramlee. Pengajaran dalam filem-filemnya merentasi zaman.
Demikianlah
juga Tiga Abdul, filem yang diterbitkan pada tahun 1964, arahan P.
Ramle sarat dengan pengajaran yang segar sepanjang zaman.
Kisah
Tuan Sadiq Segaraga lakonan Ahmad Nisfu yang licin kepalanya, dibantu
oleh tuan ‘penasihat 20 persen’ Saleh kamil, cuba menipu Haji Mahadi
dan S. Kadarisman melalui watak Abd Wahab dan Abd Wahib dalam perjajian
yang berat sebelah.
Konflik bermula apabila Tuan Sadiq Segaraga mengadu masalah kewangan pada penasihatnya Kasim Patalon.
Dari
situlah Tuan penasihat memberikan cadangan untuk menipu 3 Abdul dan
berjanji akan menyediakan perjanjian yg akan menguntungkan Tuan Sadiq
Sigaraga.
Di atas penipuan ini Tuan Sadiq bersetuju untuk menganugerahkan 20 persen pada tuan penasihat.
“Jika anakanda marah anakanda akan dijual seluruhnya.” Demikianlah bunyi dialog sebelum tanda tanga diturunkan.
Tapi
sebaliknya kalau bapa mertua mereka marah, tiada apa apa kerugian yang
ditanggung oleh Tuan Sadiq. Dokumen tipu itu hanya menguntungkan satu
pihak.
Atas
keyakinan tak mungkin bapa mertua akan menipu menantu, dokumen
perjajian yg berat sebelah ini ditanda tangani dengan yakin, kalaupun
ada penipuan, mereka merasakan mereka cukup cerdik dan tak mungkin akan
ditipu. Namun akhirnya dua beradik ini dijual dan seluruh harta
dirampas.
Kisah 3 Abdul hari ini muncul dalam versi moden. Watak
watak itu kini dilakonkan pula oleh Najib bagaikan Tuan Sadiq yang
tamak. Isa Samad bagaikan “penasihat 20 persen” dan mangsa mereka
adalah peneroka.
Peneroka diberikan satu dokumen bank yang harus ditanda tangani dan berisiko mengakibatkan kerugian seumur hidup.
Majoriti
peneroka yang menandatangani dokumen itu tidak mengetahui isi
kandungan, syarat dan termanya. Mereka hanya diminta pergi pejabat
Felda untuk tanda tangan borang durian runtuh. Rupanya mereka menanda
tangani dokumen yang sama seperti Abd Wahab dan Abd Wahib.
Dalam surat tanggung rugi tertera klausa:
“Saya
pada bila bila masa bertanggung jawab sepenuhnya dan bersedia
menanggung kerugian dan sentiasa bersedia menanggung kerugian terhadap
semua tindakan, guaman, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian, caj,
penalty, fee, denda, kos yuran undang undang dan apa jua
perbelanjaanyang dibuat, diambil dibawa, dikenakan, dialami, ditanggung,
didakwa, atau kena bayar dalam apa jua keadaan terhadap saya
……(seterusnya)”
Bermakna FGVHB yang menjadi pemain utama dalam
saham Felda ini, tak akan menerima risiko jika berlaku sesuatu yang tak
diigini. FGVHB berlepas tangan, hanya peneroka yang akan menanggung
semua risikonya.
Majoriti peneroka penuh yakin, tak mungkin
kerajaan BN akan menipu rakyat sebagaimana yakinnya Abd Wahab dan Abd
Wahib, tak mungkin ditipu oleh mertuanya sendiri.
Dalam usia
menjangkau 60 tahun, terasa sangat menghairankan bila bank ‘masih sudi’
untuk memberi pinjaman. Sedangkan 15 tahun lalu, ketika usia mereka
40an ada peneroka yang naik turun tangga bank untuk mohon pinjaman
biaya tanam semula setelah tamat perjanjian bersama Felda.
Mereka enggan untuk menyerahkan ladang mereka kepada Felda kerana yakin jika diusahakan sendiri lebih baik dari Felda.
Mereka hanya perlukan sekitar RM10,000 hingga RM15,000 sahaja, tetapi tidak ada mana-mana bank sudi memberi pinjaman.
Peneroka
terpaksa meminjam dari sanak saudara dan isteri peneroka berkorban
mencagarkan barang kemas di pajak gadai untuk mendapatjan wang.
Tapi
kini tujuh bank berlumba lumba menawarkan pinjaman. Tambahan
menghairankan peneroka tak tahu berapa amaun pinjaman yang akan
diluluskan oleh bank kepada mereka, berapa jumlah saham yang akan
dibiayai.
Tidak
ada penerangan dari pihak bertauliah atas risiko yang akan peneroka
tanggung. Cuma yang jelasnya dalam perjanjian dengan Maybank sebagai
contoh, perkara iv seksyen 4.02 tercatat klausa:-
Apabila
dikehendaki oleh bank, peneroka (pelanggan) hendaklah menggadai atau
menyimpan dengan bank dokumen hak milik bagi mana-mana atau semua harta
tidak alih milik mereka… (seterusnya).
Persoalannya adakah harta tidak alih milik itu bermaksud geran tanah ladang dan tapak rumah?
Lebih
malang lagi anak-anak peneroka tidak dibenarkan campur tangan dalam
urusan tanda tangan dokumen ini, namun dalam seksyen 6.21 menyebut,
dokumen ini mengikat hak milik, wakil diri, waris … (seterusnya).
Inilah
perjanjian 3 Abdul alaf moden. Peneroka yang enggan menandatangani
dokumen pinjaman saham ini ‘diharam jadahkan’ oleh perdana menteri baru
baru ini.
Jangan biarkan penipuan Ahmad Nisfu versi 1 Malaysia
dan Saleh Kamil penasihat 20 persen berulang diabad ini. Peneroka perlu
menjadi Abd Wahub lakonan P Ramlee bagi menggagalkan penipuan ini.
Walaupun pada awalnya Abd. Wahub dianggap bodoh oleh dua abangnya.
Harapan harus disandarkan pada Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan Felda dan Selamatkan Malaysia.
----------------------------------
Oleh Suhaimi Saad. Penulis Adalah Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang.
Monday, May 28, 2012
3 Abdul: Najib, FGVB dan Peneroka
Posted by Suhaimi at 8:25 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment