Oleh Riduan Mohd Nor
Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat dakwaan kes rasuah berjumlah USD 1
bilion yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan
menjadi skandal paling besar dan memalukan dalam sejarah negara.
Skandal
yang dibuka di mahkamah Perancis telah menemukan satu dokumen yang
memeranjatkan iaitu dakwaanMenteri Pertahanan ketika itu iaitu Datuk
Seri Najib Tun Razak telah meminta USD1 bilion sebagai "syarat" untuk
satu pertemuan antara beliau dan DCNI (syarikat pembinaan kapal yang
menjual kapal selam ke Malaysia).
DPPM
berpendapat, dakwaan ini amat serius dan ia amat mencemarkan maruah
negara dan memalukan rakyat di negara ini. Malah imej Malaysia sebagai
sebuah negara umat Islam turut terjejas teruk. Ini kerana kes ini
melibatkan pemimpin nombor satu negara dan ia dibicarakan pula di
mahkamah Perancis.
Kes
ini juga menjadi penanda aras adakah institusi kerajaan benar-benar
bebas dan berfungsi dengan betul atau semua slogan transformasi yang
dilaungkan oleh PM hanyalah retorik semata-mata.
Yang pasti, semua pihak sedang
menunggu kesudahan kes ini untuk diselesaikan. Kebenaran perlu
ditegakkan sekalipun ia amat pahit untuk ditelan. Diharapkan tiada siapa
yang akan dikorbankan atau ‘dikambing hitamkan’, hanya untuk
mempertahankan seorang individu yang sedang berkuasa sekarang.
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Saturday, May 5, 2012
Dakwaan Kes Rasuah PM Mencabar Kredibiliti SPRM
Sudah tentu, banyak rahsia akan terbongkar yang
melibatkan sikap keji dan rakus pemimpin itu. Kes ini pula
akan‘meletupkan’ sebuah penceritaan yang tidak selesai iaitu kaitan
antara Altantuya Shaariibuu dengan pemimpin negara serta Abdul Razak
Baginda sehingga berlakunya kes pembunuhan model ini.
Dalam hal ini,
kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan teruji
dengan desakan oleh banyak pihak untuk menyiasat dakwaan ini. Adakah
SPRM benar-benar jujur dan telus menyiasat kes ini sehingga membuktikan
pelakunya bersalah meskipun melibatkan pemimpin nombor satu negara, atau
mungkin ia akan menjadi episod malang apabila satu lagi kes besar akan
disapu dan disorok di ‘bawah karpet’? Bagaimana mungkin SPRM akan tidak
menemukan apa-apa bukti kesalahan jika sekiranya mahkamah Perancis
membuktikan sebaliknya?
Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Posted by Suhaimi at 12:56 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment