Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, May 17, 2012

Kenaikan Pangkat Guru (Lepasan Ijazah & Diploma) Seramai 24,053 Bermula Jun – Disember 2012!!

Sumber Beritasemasa

Kenaikan Pangkat Guru Secara Time Base Kenaikan Pangkat Guru (Lepasan Ijazah & Diploma) Seramai 24,053 Bermula Jun   Disember 2012!!
Sekarang ini adalah musim pengumuman dan pemberian “durian runtuh” kepada beberapa sektor yang layak untuk menikmatinya. Sekarang askar sudah mendapat bahagiannya, polis pun sudah, kelompok swasta sudah diumumkan berkenaan dengan dasar gaji minimum, tidak lupa juga kepada kenaikan gaji kakitangan awam menerusi penambaikan Sistem Saraan Malaysia yang baru dan tidak lupa juga “durian runtuh” yang dinikmati oleh kalangan peneroka seperti yang diumumkan baru-baru ini.


Masing-masing sudah dapat “bahagiannya”. Ada lagi yang tertinggal untuk menerima “durian runtuh” daripada kerajaan?



Dan……Sempena Hari Guru 2012 ini, Menteri Pelajaran telah mengumumkan sesuatu yang berharga kepada kalangan guru-guru di Malaysia. Tetapi benarkah ia merupakan sesuatu pengumuman yang baru kepada kalangan guru-guru di Malaysia?

24,053 Guru Naik Pangkat Bermula Bulan Depan!!

KUALA KANGSAR: Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikan pangkat mulai Jun hingga hujung tahun ini.
Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sempena sambutan Hari Guru ke-41 di sini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kenaikan pangkat itu membabitkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.
Beliau turut mengumumkan 3,085 pengetua gred DG48 ke DG52 dan penolong pengetua gred DG44 ke DG48 akan diperakukan untuk kenaikan pangkat secara berperingkat mulai bulan depan.
Guru terbabit boleh menyemak status kenaikan pangkat di laman web Kementerian Pelajaran.
Jikalau diperhalusi semula pengumuman daripada Tan Sri Muhyiddin Yaasin, ia sebenarnya bukanlah suatu pengumuman yang baru. Ini kerana kebanyakan guru-guru yang ada sekarang ini sudah pun sampai ke tahap time based. Jikalau Menteri tidak umum pun, kenaikan tetap akan berlaku apabila sudah “cukup matang” tempohnya.
Dan kenaikan gred ini akan terus berlaku setiap tahun kepada mana-mana kalangan guru yang sudah sampai tempohnya. Dalam bahasa mudahnya :
  1. Umpama Timbalan Perdana Menteri mengumumakan hujung bulan ini kerajaan bagi gaji.
  2. Maknanya tidak perlu umumkan pun tidak mengapa. Gaji tetap akan diterima kakitangan awam setiap hujung bulan.
Ini kerana sejurus daripada “pengumuman ini” ramai yang bertanyakan beberapa persoalan untuk mendapatkan kepastian. Sedangkan pengumuman seperti ini adalah sama seperti yang diumumkan pada tahun lepas ini lagi. Semoga ini dapat membantu menjawab beberapa persoalan daripada kalangan pengirim email sebelum ini. Sempena hari guru data senarai timebase pun dimuat naik.
Guru Naik Pangkat Kenaikan Pangkat Guru (Lepasan Ijazah & Diploma) Seramai 24,053 Bermula Jun   Disember 2012!!

Pecahan Kenaikan Pangkat Guru Mengikut Gred :

  1. Seramai 390 guru akan dinaikkan ke gred DG54 manakala 676 lagi ke gred DG52
  2. 3,938 guru juga dinaikkan gred ke DG48 dan 19,805 lagi dinaikkan ke gred DG44

Kenaikan pangkat Guru Secara Time Based:

  1. Guru ijazah gred DG41, hanya lapan tahun diperlukan untuk kenaikan ke gred DG44;
  2. Gred DG44 ke -DG48 (lapan tahun);
  3. DG48 ke DG52 (enam tahun)
  4. Gred DG52-DG54 (tiga tahun)
  5. Gred DGA29, hanya lapan tahun diperlukan untuk naik ke gred DGA32
  6. Gred DGA32-DGA34 (lapan tahun)
  7. GredDGA34 ke DGA38 (lima tahun)
Walaubagaimanapun, kami rasa masih belum terlambat lagi, kami di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Guru 2012 kepada semua guru-guru di Malaysia yang pernah mengajar kami, mendidik rakyat Malaysia dan membantu dalam pembelajaran anak-anak kami semua

0 comments: