Oleh: lidahbenar
"Nampaknya
Ummi Hafilda sekali lagi turun padang ke kencah politik negara.
Khidmatnya kini diperlukan menjelang pilihanraya. Al-maklumlah, UMNO tak
boleh mengharapkan Ketua Wanita mereka untuk berkempen memberi ceramah
kerana telah terpalit isu hitam. Timbalannya Ketua Wanita UMNO pula
entahkan masih wujud atau tidak. Terpaksa UMNO patah balik ke belakang
mencari Ummi Hafilda.
Di ceramah yang yang di hadiri oleh Ummi
Hafilda, puluhan bendera serta banners Umno didirikan. Begitu lantang
Kak Ummi kita bersuara bagi pihak Umno. Ummi Hafilda sebelum ini juga
pernah mencabar Dato' Seri Anuar Ibrahim untuk berdebat namun permintaan
serta cabaran itu tidak dilayan oleh DSAI kerana umum mengetahui bahawa
jika debat itu dianjurkan, ia tidak membawa sebarang kepentingan kepada
negara. Tujuan DSAI dicabar untuk berdebat tidak lain dan tidak bukan
hanyalah untuk memalukan Anuar dihadapan umum dengan soalan-soalan yang
berbentuk serangan peribadi dan kelucahan.
Tidak perlu kita
turunkan Anwar untuk berdebat dengan Ummi Hafilda. Ummi Hafilda, jika
benar anda layak memegang gelaran ''SRIKANDI NEGARA'', berdepanlah
dahulu dengan tentera kecil PKR (YB. Nurul Izzah) sebelum berdepan
dengan Panglima Tenteranya (DSAI). Kita lihat jika Ummi Hafilda mampu
berdepan dengan Nurul Izzah melalui debat. Ini satu cabaran bagi Ummi
Hafilda yang sudah lama kehulu dan kehilir mencabar Anuar untuk
berdebat.
Kepada YB Nurul Izzah saya yakin YB mengenali lawan YB.
Bapa anda telah ditelanjangkan maruahnya sebelum ini di mahkamah pada
1998. Selama bertahun-tahun bapa anda dicoreng dengan arang hitam
malalui ceramah-ceramah di seluruh Malaysia, maruah keluarga anda
dipermainkan, difitnah dengan sekejam-kejamnya dan kini kawasan yang
diamanahkan kepada YB dibedil.
Tebuslah kembali maruah yang
telah sekian lama diperkotak-katikkan itu. Masanya telah tiba. Kami
percaya kepada kebolehan YB. Tunjukkan bahawa YB merupakan contoh ahli
politik yang berpolitik secara matang dan bertamadun dan bukannya
seperti pihak lawan anda yang hanya mampu berbicara dengan omong kosong,
dengan berita dan fitnah yang tidak langsung memberi faedah kepada
negara. Tebus kembali maruah yang telah dicoreng itu. Buktikan hujah
siapa yang mampu membantu kepada pembangunan negara, dan siapa SRIKANDI
NEGARA yang sebenar.
Lidah Benar yakin, jika hari ini YB berdebat
dengan Ummi Hafilda, esok juga akan keluar di dada akhbar Utusan;
''Ummi Hafilda bukan suara UMNO''. Selamat maju jaya dan salam
perjuangan.
Wednesday, May 30, 2012
Debat dengan Ummi Hafilda. YB Nurul Izzah sila tebus kembali maruah!!
Minggu lalu
negara dikejutkan dengan insiden ceramah perang UMNO – PKR di lembah
pantai. Amboi amboi amboi Ummi Hafilda..dah la datang kawasan YB Nurul
Izzah..Bikin kacau ye sama tuan rumah..Caci maki Anwar Ibrahim, TGNA dan
Pakatan Rakyat. Sebenarnya ceramah Ummi Hafilda ni tak perlu datang pun
kita dah tahu apa isi ceramahnya. Bukannya mengenai kepentingan serta
pendedahan yang bersifat politik dan kenegaraan tapi lebih kepada
serangan peribadi.
Posted by Suhaimi at 12:14 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment