Oleh Kamaruzman
Dewan
Pemuda PAS WP (DPPWP) mendesak Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad
Fuad Ismail menyelesaikan dengan segera masalah banjir kilat yang kerap
melanda ibu negara sejak akhir-akhir ini.
DPPWP
melihat masalah banjir di Kuala Lumpur seolah-olah tiada kesudahan.
Rakyat berada di Kuala Lumpur samada yang bekerja ataupun yang menetap
di sini berasa trauma setiap kali hujan lebat melanda.
Baru-baru ini, Kuala Lumpur dikejutkan sekali lagi dengan masalah banjir yang melanda. Kejayaan pembinaan Terowong SMART yang kononnya mampu mengatasi masalah banjir ini, dilihat tidak mampu berfungsi dengan baik dan hanyalah sebuah retorika semata-mata. Pada tahun 2012 ini sahaja, Kuala Lumpur telah dinaiki air sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Mac dan bulan Mei. Manakala pada tahun 2011, tidak kurang 4 kali Kuala Lumpur dinaiki air. Malah pada bulan Disember 2011, direkodkan bahawa ianya adalah banjir yang paling teruk dalam tempoh 40 tahun di Kuala Lumpur.
Datuk Bandar Kuala Lumpur diminta lebih peka dalam menangani isu ini seperti mana pekanya beliau terhadap penggunaan Dataran Merdeka oleh BERSIH 3.0 yang lepas. Apakah Datuk Bandar Kuala Lumpur hanya cepat memberikan respon jika ianya melibatkan halangan penggunaan infrastruktur awam oleh pembangkang tetapi seolah-olah membisu setiap kali insiden banjir berlaku?
DPPWP mengharapkan agar Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail segera menjaga kepentingan rakyat Kuala Lumpur dan bukannya hanya pandai mengikut telunjuk para menteri Barisan Nasional sahaja.
Disediakan Oleh :
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
0 comments:
Post a Comment