Koh ditahan di
persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Parlimen berdekatan dengan
Dataran Merdeka ketika merakamkan aksi polis meleraikan sekumpulan para
peserta demonstrasi aman Bersih 3.0.
“Walaupun menunjukkan tag
media di baju jurugambar saya, dan memberitahu bahawa saya seorang
wartawan, saya telah diperintah oleh dua orang polis untuk meletakkan
kamera saya.
"Saya memberikan respon dengan merendahkan kamera,
dan menjerit ‘Media! Media!’ dan cuba mencapai ke dalam poket saya untuk
mendapat penutup kanta, tapi pegawai polis tersebut tidak berpuas
hati,” tulis Koh di Malaysiakini.
Situasi tersebut berlaku pada jam 5.30 petang di mana beliau ditahan dan kamera dan tag media beliau dirampas polis.
“Semasa
dibawa melepasi sebarisan pegawai polis dan orang beruniform di Jalan
Raja, satu daripada anggota polis mengambil kesempatan melepaskan
tumbukan ke perut saya,” tulis Koh, sambil menambah kesakitan itu masih
dirasai ketika beliau menulis artikel beliau.
Koh berkata ketika
ditahan, ada pihak polis yang tahu beliau ialah wartawan, tapi soalan
beliau mengapa beliau ditahan terus tidak diendahkan.
“Saya
ditahan di luar Royal Selangor Club, bersama 200 tahanan yang lain,
sehingga 7 malam di mana saya memberikan bantuan merawat luka-luka yang
dialami oleh ramai dari mereka yang ditahan,” tulis beliau.
Beliau berkata ketika memberikan rawatan kepada tahanan, beliau sempat bertanya pada semua tahanan, “Adakah mereka dipukul?”
“Jawapan yang saya terima adalah ‘Ya’ dan secara sinisnya, ‘Siapa yang tak kena?” tulis beliau.
Koh berkata beliau berjaya berunding untuk mendapatkan kembali tag medianya dengan menukarkannya dengan MyKad.
Kemudian, ada pegawai polis datang memulangkan kembali kamera beliau, namun kad memori kamera itu dirampas.
“Saya
tak tahu apa di dalam, tapi pihak atasan telah melihat gambar tersebut
dan mereka hendakkannya sebagai bukti,” kata pegawai polis itu kepada
Koh.
Koh berkata beliau terkilan dengan jawapan tersebut kerana
kad memori tersebut adalah hasil kerjanya yang paling penting untuk hari
tersebut.
“Antara gambar yang ada ialah bagaimana polis mengejar
dan menahan sekumpulan peserta, deraan yang dialami oleh seorang
pegawai polis, tembakan gas pemedih mata, gambar berlumuran darah
wartawan TV Al-Hijrah Mohd Azri Mohd Salleh Khalid bersama tag media
beliau yang beliau berkata dipukul oleh sekumpulan pendemo,” kata Koh.
“Di
sebelah lewat petang, saya dibawa di dalam bas bersama tahanan lain,
dan saya dapat melihat lebih banyak kekejaman polis. Tahanan dalam bas,
yang sudah merasai keperitan aksi polis, melihat dengan seram ketika bas
berjalan bagaimana para pendemo dipukul, termasuk seorang di atas jalan
raya sedang ditendang oleh beberapa pegawai polis,” kata Koh.
Koh
berkata beliau dibawa ke Pulapol di Titiwangsa dan seorang
superintenden polis berkata tahanan beliau adalah satu kesilapan dan
mengarahkan pegawainya untuk melepaskannya dengan serta merta.
“Tiada dokumentasi yang dilakukan pada penahanan saya atau rampasan terhadap kad memori saya,” kata Koh.
Harakah Daily
Wednesday, May 2, 2012
Kisah wartawan Malaysiakini dikasari polis
KUALA
LUMPUR: Menyingkap kembali pengalamannya di Bersih 3.0, wartawan
Malaysiakini Koh Jun Lin berkata beliau ditahan ketika merakam aksi
polis mengasari para peserta perhimpunan.
Posted by Suhaimi at 4:12 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment