Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, February 2, 2010

Batu Sumpah Di Sabah


Jika pergi ke Keningau, Sabah pastikan anda jangan ketinggalan mengujungi Sebuah Tanda Sejarah Malaysia yang dikenali sebagai Batu Sumpah Peringatan Mengikut Perlembangaan Kerajaan Malaysia. Batu ini sebagai tanda Janji Kerajaan Malaysia keatas Hak dan Kuasa Tanah dan Rakyat Sabah apabila bersatu bergabung menjadi sebuah negara Malaysia.

Batu Sumpah Peringatan Mengikut Perlambagaan (Perlembagaan)Kerajaan Malaysia Jamin.

Kerajaan Malaysia Memberi Jaminan kepada Sabah bahawa,

1. Ugama (Agama) Bebas Dalam Sabah

2. Tanah2 Dalam Sabah Di-Kuasa Oleh Kerajaan Sabah

3. Adat Istiadat Anak Rayat (Rakyat) Sabah Di-Hormatkan Dan Di-Pelihara Oleh Kerajaan

Sabalek (Sebaliknya) Pula Rayat2 (Rakyat-Rakyat) Sabah Di-Dalam Interior (Daerah Pedalaman) Bersumpah Taat Setia Kapada (Kepada) Kerajaan Malaysia

Batu sumpah ini terletak di Keningau, didirikan sempena penubuhan Malaysia sebagai satu perjanjian antara Negeri Sabah khususnya penduduk daerah Pedalaman dengan kerajaan Persekutuan Malaysia. Batu sumpah peringatan ini adalah salah sebahagian syarat dalam perjanjian 20 perkara. "SABAH MASUK MALAYSIA"

0 comments: