Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, February 16, 2010

Menentang Tekanan Oksidan Dengan Vitamin E


KAJIAN saintifik telah membuktikan bahawa tekanan oksidan (kerosakan sel angkara radikal bebas) merupakan penyebab sebenar bagi lebih 70 jenis penyakit kronik yang berpunca daripada penyakit-penyakit seperti kencing manis, kanser, penyakit jantung, artritis, sehinggalah ke penyakit sklerosis dan Alzheimer.

Proses yang sama membuatkan besi berkarat atau epal yang dipotong bertukar warna menjadi perang, merupakan sebab yang mendasari terjadinya penyakit-penyakit berkenaan.

Apa sebenarnya yang ingin dinyatakan ialah kita semua sedang “berkarat” dari dalam. Setiap penyakit degeneratif yang kronik merupakan akibat secara langsung kesan-kesan toksik yang dihasilkan oleh tekanan oksidan ataupun kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Sebenarnya, tekanan oksidan merupakan teori utama di sebalik proses penuaan itu sendiri.

Di samping itu, badan kita sentiasa diserang oleh pencemaran yang wujud dalam udara, makanan dan air.

Gaya hidup yang penuh dengan tekanan dan ketegangan juga amat berbahaya. Sekiranya kita tidak menyekat proses ini daripada terus berlaku, akibatnya ialah kemerosotan sel yang berterusan dan akhirnya kita akan menderita dengan penyakit.

Melalui penyelidikan dan amalan yang dilakukan sendiri, didapati bahawa pertahanan yang paling kuat terhadap penyakit-penyakit ialah sistem ketahanan semula jadi badan kita sendiri.

Ia jauh lebih unggul daripada mana-mana ubat yang mampu dipreskripsikan oleh doktor.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa penggunaan suplemen nutrisi terhadap para pesakit bukan hanya sebagai perubatan alternatif, tetapi sebaliknya merupakan satu bentuk perubatan pelengkap.

Pada hakikatnya, ia mungkin mewakili perubatan terkemuka yang paling baik kerana ia merupakan perubatan pencegahan yang tulen.

Mengambil suplemen nutrisi bukan bertujuan hendak menghapuskan sama sekali penyakit tetapi ialah untuk menggalakkan kesihatan, bersemangat lagi bertenaga.

Vitamin E dengan tokoferol bercampur adalah salah satu daripada suplemen yang memanfaatkan hampir semua orang yang mengambilnya.

Di bawah ini terdapat beberapa hasil penyelidikan yang telah mengesahkan kesan pencegahan dan kesan anti oksidan vitamin E bercampur tokoferol:

Bagaimana Hendak Memilih Jenis Vitamin E yang Betul

Dengan kesan-kesan perlindungan dan kesihatan yang begitu hebat, maka persoalan yang timbul ialah jenis vitamin E yang mana satukah patut anda ambil.

Untuk memberi sedikit pemahaman tentang perkara ini, vitamin E (tokoferol) terdiri daripada empat ahli, iaitu alfa-, beta-, gamma-, dan delta tokoferol.

Kebanyakan jenama produk suplemen vitamin E yang dijual mengandungi hanya satu ahli daripada keluarga tokoferol vitamin E, iaitu alfa tokoferol, yang tidak memberi anda perlindungan secara lengkap dan menyeluruh.

Jika anda mengambil suplemen vitamin E, maka pilihlah produk vitamin E yang mengandungi campuran alfa-, beta-, gamma- dan delta tokoferol bersama dengan succinate vitamin E, kerana ia bertindak secara bersinergi untuk memberikan manfaat-manfaat kesihatan yang maksimum.

Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.

0 comments: