SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa2..
TOKYO: Kaum bapa di Tokyo kurang menghabiskan masa bermain dengan anak mereka dan jarang membantu melakukan kerja rumah berbanding kaum bapa di bandar besar Asia lain berikutan terpaksa kerja untuk tempoh yang panjang, menurut satu laporan.
Hanya 37 peratus bapa di Tokyo menghabiskan dua jam sehari dengan anak mereka pada hari biasa berbanding 50 peratus bapa di Seoul dan tiga perempat di Beijing dan Shanghai, kata penyedia perkhidmatan pendidikan Benesse yang membuat tinjauan.
Ia juga menunjukkan bapa di sini pulang lebih lewat berbanding kebanyakan bapa di Asia, dengan 40 peratus pulang pada jam 9 malam berbanding 29 peratus di Seoul dan tiga peratus di bandar China.
Masyarakat Jepun secara tradisinya lebih mementingkan kerja keras namun ramai menyatakan budaya korporat dan meluangkan masa panjang di pejabat menjadi faktor menyumbang kepada kadar kelahiran yang rendah di negara itu.
Jumlah penduduk Jepun berkurangan tahun lalu masuk tahun kedua berturut-turut dan dijangkakan mengecut tahun ketiga dalam tempoh 50 tahun jika aliran terkini berterusan.
“Jepun memerlukan struktur sosial bagi memudahkan bapa kembali ke rumah dari tempat kerja lebih awal dan turut sama menyumbang dalam proses membesarkan anak mereka serta membantu isteri melakukan kerja rumah,” kata Ketua penyelidik Benesse, Noboru Kobayashi, dalam laporannya.
Sebanyak 45 peratus bapa di Tokyo berkata mereka tidak pernah membuat sebarang kerja rumah manakala hanya 4.4 peratus membantu membersihkan rumah setiap hari.
Selain itu, 52 peratus bapa di Tokyo hanya meluangkan masa hujung minggu dengan menghabiskan 10 jam sehari bersama anak mereka berbanding 48 peratus di Seoul manakala 34 dan 31 peratus untuk Beijing dan Shanghai. – Reuters
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!
Sumber :BH
0 comments:
Post a Comment