Ibrahim (a.s.) : (Nabi) Ibrahim termasuk golongan Rasul Ulul Azmi. Nama baginda ialah Ibrahim bin Aazaar (Tarih) bin Tahur bin Saruj bin Rau’ bin Falij bin Aabir bin Syalih bin Arfaksyad bin Sam bin Nuh (a.s.) Ini bererti Nabi Ibrahim adalah keturunan yang ke 10 Nabi Nuh (a.s.) Bapanya seorang pembuat patung berhala. Lahirnya di zaman Pemerintahan Namrud, seorang Raja Aties (anti tuhan), yang mengaku dirinya maha agung dan maha kuasa.
Nabi Ibrahim (a.s.) ketika masih kanak-kanak lagi telah pandai berfikir dan melarang manusia menyembah berhala, kerana dia yakin bukan tuhan (sebab ayahnya yang mengukir di hadapan matanya). Baginda lalu mencari tuhan pada alam sekitarnya. Ketika melihat matahari baginda berfikir mungkin itulah tuhan sebab matahari amat besar, cerah dan bersinar. Tetapi apabila malam tiba matahari menghilang, maka nabi Ibrahim mengingkarinya dan berfikir mungkin bulanlah tuhan yang sebenar, sebab bulan berjaya menghilangkan matahari dan cahayanya lebih lembut. Namun apabila datang pula hari siang nabi Ibrahim memutuskan bahawa keduanya bukan tuhan.Ketika baginda semakin dewasa Allah (S.W.T.) meresapkan wahyu ke dalam hatinya, maka mulailah baginda berkeyakinan bahawa Allah (S.W.T.) tuhan seru sekalian alam yang patut disembah. Sejak itu mulalah nabi Ibrahim menyeru kaumnya kepada kewujudan Allah (S.W.T.) tetapi seruannya tidak diendahkan walaupun oleh ayahnya sendiri. Lalu baginda mula memusnahkan berhala-berhala di tempat pemujaannya dan meninggalkan sebuah berhala sahaja.
Apabila ditangkap baginda membuat alasan bahawa berhala yang tinggal itulah yang telah memusnahkan berhala-berhala yang lain. Tetapi mereka tidak percaya kerana mereka semua tahu berhala tidak boleh bergerak dan berhala adalah ciptaan manusia semata-mata, tidak berkuasa. Walaupun demikian mereka masih tetap beriman kepada berhala dan nabi Ibrahim di bakar hidup-hidup oleh Namrud bin Kan’an bin Kusy, tetapi tidak cedera walau sedikitpun.
Nabi Ibrahim pernah tinggal di Mesir bersama Nabi Lut (a.s.) iaitu anak saudaranya; mereka berkonsi dalam perniagaan dan penternakan. Usaha sama ini dalam waktu yang singkat telah menghasilkan keuntungan yang banyak, tetapi Allah (S.W.T.) menghendaki perkongsian mereka berpecah dua, masing-masing mendapat sebahagian harta perniagaan mereka. Nabi Lut (a.s.) berpindah ke Sadum di daerah Yornadia, tetapi nabi Ibrahim tetap tinggal di Mesir sehingga beberapa lama. Setelah itu berhijrah ke Palestin bersama isterinya Sarah dan Hajar dayangnya. Beliau juga telah membawa semua binatang ternakannya
Beliau mempunyai dua orang isteri, iaitu Hajar dan Sarah. Beliaulah bersama anaknya Nabi Ismail mula-mula membina Kaabah di Mekah. Nabi Ibrahim (a.s.) manusia yang pertama berkhatan atas perintah Allah (S.W.T.), ketika berusia 95 tahun dan diikuti oleh Nabi Ismail (a.s.) ketika. Mengikut riwayat baginda wafat ketika berusia 175 tahun. Mengikut riwayat hadith nabi Ibrahim adalah orang yang pertama diberi pakaian oleh Allah di Padang Mahsyar.
Al-Qur'an menceritakan kisah Nabi Ibrahim (a.s.) dengan agak panjang dalam surah-surah al-Baqarah ayat 260, surah Maryam dari ayat 41 hingga 48, surah al-Anbiya’ ayat 51 hingga 72, surah al-An’am ayat 74 hingga 83, surah adz-Dzariyaat ayat 24 hingga 37.
0 comments:
Post a Comment