Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, June 22, 2010

Tip Untuk Hapuskan Lipas.


Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:

Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu.Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terpenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dengan air dan sabun.

Membunuh lipas dengan cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

Sediakan botol yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.

Dapatlah menjimat duit sikit daripada memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Lebih baik gunakan duit tu untuk bersedekah.

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, spray dengan air sabun.

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:

MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

Jangan biarkan sampah sarap di rumah, Selalu cuci bilik air, Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya, Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas.

Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai. Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.

2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah. Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.

Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.

Mengurangkan lebuhraya lipas:

Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur. Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat. Begitu juga di ceiling.

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya. Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.

Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:

Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )

Dua bahagian tepung gandum

Satu bahagian koko

Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu. Sebelum mula proses meracun, pakai topeng hidung. Letakkan di tempat-tempat gelap seperti dibawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya. BASUH TANGAN ANDA BERSIH-BERSIH.

Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang duduk di kulit telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.

1 comments:

Faye said...

Nak tanya kalau bersihkan tempat kita pukul lipas dgn air panas adkh cacing lipas mati? Tapi x pastilah terpukul perut di ke tidak.. Seriau x mati ja cacing tu😭

Haha selalu mmg x suka pukul or b7nuh lipas ni sbb tau dia ada cacing bahaya tu tapi kalini terpaksa pukul sbb panik dua ekor sekali🤦‍♀