Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, June 21, 2010

'Penjara Pudu bukan sesuatu untuk dibanggakan' - Tim Menteri Kewangan

Penjara Pudu bukanlah sesuatu yang boleh banggakan oleh Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang), yang bertanya sama ada sebahagian daripada dinding penjara itu - dengan lukisan mural terpanjang di dunia - akan dikekalkan dan dipulihara.

Beliau juga bertanya sama ada sebuah muzium akan dibina untuk memperingati nilai warisan bekas penjara itu.

Awang Adek menjelaskan bahawa kerajaan telah mengkaji perkara itu dan memutuskan bahawa Penjara Pudu bukan tapak warisan dan tidak akan dijadikan sebagai sebuah tapak warisan.

Katanya, ia kerana Penjara Pudu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

Sebaliknya, kata beliau, terdapat benda-benda lain yang boleh dibanggakan, daripada sebuah penjara, walaupun lama usiannya.

Berikutan itu, katanya, ia tidak dianggap sebagai tapak warisan dan muzium juga tidak akan dibina di situ.. M/kini.






Hari ini 20 Jun 2010 maka hilanglah sebuah peninggalan sejarah yang pasti sekadar tinggal namanya sahaja. Namun wajahnya hilang di muka bumi.Penjara Pudu yang bertempat di Kuala Lumpur dirobohkan.
Harga sebuah sejarah dihapuskan demi sebuah pembangunan. Generasi akan datang tidak akan kenal lagi penjara pudu sebagaimana mereka dapat mengenali kota A famosa atau lain lain peninggalan generasi dahulu kala.

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkatdan siap sepenuhnya pada 1895.

Tembok penjara yang dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen dan diimport dari negara penjajah Britain, mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja bernilai RM15,360.90 (harga pada tahun 1800an).

Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985 apabila dua orang awam, Dr Radzi Jaafar dan Dr Abdul Aziz Abdul Majid ditawan oleh enam orang banduan reman yang diketuai Jimmy Chuah.

Penawanan berakhir selepas enam hari apabila banduan itu menyerah diri.

Pada tahun 1985 penjara ini juga mencatatkan bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa yang menyebabkan kesesakan dan memaksa banduan tidur secara bergilir-gilir.

0 comments: