Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, November 15, 2010

F1: Sebastian Vettel (Red Bull) juara dunia termuda

Oleh Kosmo


VETTEL muncul juara dunia termuda dalam sejarah F1 selepas menjuarai GP Abu Dhabi semalam.

ABU DHABI - Pemandu Jerman, Sebastian Vettel muncul juara dunia termuda dalam sejarah perlumbaan Formula Satu (F1) selepas menjuarai Grand Prix (GP) Abu Dhabi di Litar Yas Marina semalam.

Selain memenangi kategori pemandu, Vettel, 23, turut mencipta sejarah apabila membantu pasukan Red Bull menjuarai gelaran dunia sulang dalam kategori pengeluar.

Air mata mengiringi kejayaan Vettel itu sebaik tamat perlumbaan apabila dia menangis teresak-esak ketika masih memakai topi keledar selepas diberi ucapan tahniah oleh pengurusan pasukannya.

Walaupun berada pada kedudukan ketiga keseluruhan dalam kategori pemandu sebelum perlumbaan semalam, Vettel bijak menguasai petak depan yang dimiliki- nya untuk kekal di tempat pertama sehingga tamat 55 pusingan.

Pemandu Ferrari, Fernando Alonso dari Sepanyol pula muncul naib juara dunia selepas sekadar menamatkan perlumbaan semalam di tempat ketujuh.

Alonso hanya dipisahkan empat mata daripada Vettel yang mengumpul 256 mata daripada 19 perlumbaan musim ini. Rakan sepasukan Vettel, Mark Webber di tempat ketiga keseluruhan dengan mengumpul 242 mata.

Ternyata strategi Ferrari semalam memakan diri apabila Alonso diarah keluar terlalu awal daripada hentian pit menyebabkan pemandu dari Sepanyol itu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan kesukaran memintas pemandu lain.

Ini memberi kesempatan kepada Vettel untuk memandu selesa apabila langsung tidak dicabar Alonso yang berada jauh di belakang gara-gara terikut rentak Webber yang masuk hentian pit lebih awal daripadanya sebelum itu.

Sementara itu, kejayaan dua pemandu McLaren, Lewis Hamil- ton dan Jenson Button menamatkan perlumbaan semalam di tempat kedua dan ketiga sudah tidak membawa apa- apa makna.

Hamilton sekadar menamatkan musim ini di tempat keempat keseluruhan manakala Button di tempat kelima keseluruhan.

Pada perlumbaan semalam, Vettel mencatat masa terpantas 1 jam 39:36.837 saat, 10.162 di hadapan Hamilton manakala Button (ketiga). - Agensi



0 comments: